Thursday

Menteri rogol Amah Indonesia - Wikileaks



KUALA LUMPUR, 23 Dis: WikiLeaks bukan sahaja menyusahkan ahli politik yang masih aktif bahkan juga bakal menyusahkan mereka yang dikira telah bersara dari politik.

Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan (gambar), menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.

Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya. - Harakahdaily


Ingin tahu siapa menteri yang dimaksudkan? Klik sini Menteri rogol amah




ReJaM©

38 comments

sanggup jaga kroni,tapi tak sanggup tegakkan keadilan..ape punye pemimpin daa..

sila jawab depan Allah Taala di mahkamah akhirat kelak!!

benda dah lamakan kalau DNA HAMPEH

cakap kena ada bukti...WikiLeaks bukan Al Kuran

aku sokong ngan jatpin~ admin,,, mane link dari wikileaks? nape x penah bahaskan kat parlimen? x penah dengar pown kes ni? boleh percaya ke tuduhan ni? kalo x, dah kira fitnah~ x nak terlibat dalam menyebarkan fitnah~~

hah... Bila bab kerajaan yang salah cepatnya menuduh... Bila bab sebelah yang salah,...bukan main manafikan....amcm pertimbangan....

kalau fitnah anwar xde bukti laju je org percaya..klu menteri2 lain semua kes tutup walaupun ade bukti...miahaha..


-Amri-

HAHAHA BODOH... rejam ko kalau tak reti baca bahasa inggeris ke? suruh la kawan2 translate blog mamat ni.. jgn la malukan diri sndri.

mmg ada pendakwaan tpi bukan oleh mamat ni. kahkahkahkahkahka adoi kesian2. ko memalukan diri sndri tau tak. nak aku malukan ko post link tak? ke ko nak tarik artikel ni? budak kg mana ni baru nak belajar mmbaca?

GYAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA ini mmg post terlawak ko setakat ni!

shah: pekate bubuh je link tu~~ nak gak tau~~ ilmu dikongsi, aib simpan sampai mati~

aku tunggu dia reply. atau lagi seronok dia hentam atau maki aku. gyahahahaha

Aku rasa ko yang biol ni shah.... (jgn padam plak komen ko tu ye)
meh klik sini

Sumber Artikel

Tengok siapa yang bodoh? ish ish ish... lain kali hati-hati bila menulis =P

rejam... tu bkan dari wikileaks,,, dari wiki leaks punye mane??? shah cakap ada yang dalam bi punye~

Pemikir x jauh harap bersabar... aku baru download full archieve dari wikileaks, tgh analisa satu persatu... nak meletup mata aku membaca ni ha... nanti dah jumpe aku post ko jgn risau... byk skandal tentang kerajaan Malaysia dalam tu... Harap tunggu pendedahan di post2 akan datang =)

Tu Harakah.. maknanya penulis Harakah Daily yg biol. Orang yg copy paste tanpa usul periksa camna plak? Meh sini:

http://rockybru.com.my/2010/12/wikileaks-malaysian-senior-politician.html

"I have not been able to lay my hands on a said Wikileaks series of diplomatic whisper in 2007 regarding the alleged rape of an Indonesian maid by a Cabinet minister then."

"I can't say for sure it existed in the first place. But there has been talk. "

ALAMAKKKKKKKKKKK ape ni? Harakah putar belit atau Harakah tak pandai bahasa inggeris? mcamane ni? alamakkkkkkkkkk utusan tipu harakah tipu.. baca komik ujang je la aku camni lagi tulus ikhlas kahkahkahkahakhakh

pemikir[x]jauh:

WikiLeaks ada orang DAKWA tapi belum DIJUMPAI sumber asalnya.
Aku tak kata maklumat ini salah, aku cuma kata bukan Mr Rocky yg dakwa. Orang lain yg dakwa. Jadi siapa boleh jumpa bukti dari WikiLeaks, sila beritahu aku, atau boleh bagi encik rejam dan minta encik rejam postkan (aku sure dia mesti post sebab itu akan discredit kerajaan)

Shah u dont deserve my time la nak jelaskan satu-satu kat ko nih... Apa yang jelas terdapat pendedahan tentang isu ni dalam wikileaks, bro rocky bru tak mahu bertanggung jawab terhadap isu ni, that is simple, dan harakah ulang balik apa yg ditulis oleh rocky bru, that s all. Apa yang jelas rocky bru mmg pernah dengar cerita tu... apa yang putar belitnye?

hahaha~~~ xda bukti la nampak nye..... so, apa yang harakah tulih tu ada lah fitnah? thax shah!!! rejam, jangan tulih kalau x pasti~ siasat dulu~~ harakah ke haramkah? adoyai~~

aku rasa sama jaaaa dari dlm blog tuh... apa yg putar belitnya shah??

rejam::: cakap2 diplomatic antara orang atasan,, saya nak tanya... adakah menteri yang merogol itu orang kerajaan atau orang pembangakang sendiri? memang benar bro bru tidak mahu bertanggung jawab keatas isu ini, akan tetapi adakah apa yang ditulis harakah itu seperti apa yang ditulis oleh bro bru?

bro bru-hanya menyatakan dia masih tidak menjumpai artikel dokumen terbabit dalam wikileaks dan dia hanya terdengar kata-kata orang lain dimana ia mungkin fitnah yang hanya diuar-uarkan bagi menjatuhkan pihak lain...

harakah telah menulis"Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini."
apakah??? adakah harakah tidak reti berbahasa ingeriss? atau harakah memanipulasikan maklumat tersebut sambil menuduh pihak lain memanipulasikan maklumat? jika benar ada maklumat terbabit dikeluarkan di wiki leaks, pasti hari ini dah masuk surat khabar~~ tapi tidak ada!

rejam,,, anda kata anda hanya menampalkan apa yang ditulis harakah,,, tapi jika maklumat itu tidak pasti/ meragu-ragukan/ syubhah,,, adakah perlu untuk anda menyebarkannya? jangan,,, kita semua tahu,,, perkara2 seperti itu harus di elakkan...



"did i deserve your time now?"

korang pernah dengar tak kes menteri atau bekas menteri(aku pun dah lupa) sorang ni meraba. tub tub kes ditutup. yang tak tahan tu keluar berita kecik je ruang dia, besar lagi dua jari aku.. nama orang tu tak ditunjuk. korang cari la sendiri. malas aku nak membebel kat sini huhuhu..

Aku sibuk skang ni... ngah makan kat kedai makan ni... jap lagi aku dah jumpa artikel dari wikileaks tu aku akan dedahkan... so tak payah pening2... tunggu je... kalau aku tak jumpa tak adalah... kalau aku jumpe, korang nikmatilah ye... haha anyway thanks for visiting this blog... hahaha aku akan cube sedaya upaya memenuhi trendline "menentang dengan fakta bukan auta"

hahahaha itu lar.dok mengata umngok sana sini la ni,dia plak yg kna balik

REJAM !!
JGN NK TUNJUK BAGUS SGT PLZ>>
KO BKAN MALAS NK LAYAN ORG, CUNE KO X BERPENDIDIKAN UTK LAWAN BAHAS ORG 2..
2 HAKIKATNYE !!

Kepada yang tak paham isu ini, anda harus tahu, ada seribu lebih dokumen yang berkaitan dgn penyelewengan kerajaan Malaysia di dalam Wikileaks. Tetapi akhbar Utusan, Berita Harian hanya utamakan berita yg berkaitan dgn Anwar ibrahim sahaja... berita penyelewengan kerajaan tentu tidak akan didedahkan...

eh3??? now im deserve for your little time? anyway thank you! btw,,, if you click my link,,, that is who i truly am,,, not pro with anything.. just a mere uslim who want pure truth...

Haha penyokong UMNGOK pening kepala bila dokumen wikileaks kena kat batang idung sendiri kah kah kah....

yang kes meraba tu aku ingat kit-kit. lepas kes tu ditutup. lepas perlantikan semula menteri kabinet, bekas menteri tu tak jadi menteri dah kan..

Dulu penyokong UMNGOK terlompat-lompat bila dapat berita wikileaks tentang Anwar, bersumberkan Lee Kuan Yew punya kenyataan. Skarang ni semua dah pening pulak keh keh keh...

anonymous sekalian,,,, ada ke dokumen wilieaks tersebut??? mane die??? share sikit link kat sini~~ n cube pikir,,, kalo ada wikileaks kuar dokumen macam tu,, x ke sume paper ada muke depan ngan tajuk entry macam ni?

Kalau ko tgk statement aku, sebenarnya aku tak berpihak mana2 parti. aku akui aku sedikit bias bila ckp pasal keburukan pembangkang, tapi aku pon muak dengan cover up2 oleh media kerajaan.

Ye, aku lebih memihak kerajaan. tapi aku ni seorang yg sukakan kebenaran, jadi apa2 fakta tak kira sokong kerajaan aku akan cari dan buktikan kebenarannya.

Dan sekarang aku dah buktikan. Sama ada Harakah pun putar belit atau pun penulis dia jenis orang melulu, tak translate betul2 statement bro Rocky tu.

En Rejam, nmpak sgt baculnya. Ayat2 dia semua nak tunjuk bagus. Minta bagi bukti tgh busy, tapi nak backup diri sndri laju je reply. Sudah la. Jangan jadi bacul. TOLONG la sedar politik kita sangat kotor, UMNO, PAS, PKR, semua tak terkecuali.

Dan En Rejam, saya sendiri minta sapa jumpa kebenaran dan bukti wikileaks, tlong submit kat awak. Kalau itu kenyataan, kita terima. Saya tak bacul untuk memilih ape yg saya percaya sahaja.

Hahahaha. Inilah manusia. Mempercayai ape yg dia mahu dengar sahaja. Masyarakat kita tak terkecuali.
Tgk aje politik. Yang UMNO, bila kuar bukti pasal Anwar, berebut2 nak percaya WikiLeaks. Tapi bila kuar kes kena batang hidung kerajaan, PAS pulak berebut2 nak percaya WikiLeaks.

Ape kes? masing2 pilih berita mana yg disukai je? Sedangkan sumbernya sama.

CEH.

shah::: ini first time dalam hidup aku tngok ada orang yang berfikir sebijik macam aku:::

berita jenayah mengenai pemimpin BN dan UMNO adalah biasaaaakk

tapi kalau berita mereka nk kebenaran dan islam...itu gempaqqqqqqqqqqqqqq oooooooooo !!!!

emph....hangpa carila link 2 sndri xkan nk suh si rejam 2 carikan....kalu xdak makna rejam tipu la senang ya la ni xmo la kalut2

dlm qrkib Wikileaks, ade beribu2 dokumen dan beribu lagi belum direleases oleh wikileaks.pastu ko suruh rejam yg carik dokumen tu pastu ko mintak pure truth.nanti bile rejam dh jumpa ko ckp lak yg dia saje2 buat2 dokumen tu.ape kate ko carik sendiri dlm beribu2 dokumen tu.ko tanak percayakan org tapi ko malas bertindak carik kebenaran.wujud gak ye org cam ko ni?

Ekelehh.. Weh shah bongok.. Bajet bagus abis la, pastu ada mamat sama mikir cam ko.. Kire abis genius la ekk hahahaha..

Bekas menteri itu Syed Botak?

ape ke bebal pelik nie .... masalahnyer ... dah rejam yg siarkan artikel nie .. die kene pandai2 la ..da die terbabit ... abis kalo ko berak ko nak suruh mak ko cebokkan ke ?? ... hahah...lawak doe ko nie kot ... haha


EmoticonEmoticon