Paderi mengaku liwat kanak-kanak

Seorang paderi gereja katolik di Belgium juga merupakan bakal pemegang Anugerah Nobel Keamanan mengaku telah melakukan penderaan seksual ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun 40 tahun yang lalu.

Kes ini muncul apabila sepupunya, yang juga merupakan kakak kepada mangsa telah tampil ke hadapan sebagai reaksi bantahan terhadap kempen yang diadakan bagi mencalonkan Francois Houtart sebagai penerima penghargaan itu.

Kakak mangsa telah memberitahu pihak berkuasa Gereja Belgium yang sedang menyiasat kes penderaan seksual kanak-kanak, Suruhanjaya Adriaenssens bahawa penderaan terhadap adiknya berlaku sekitar tahun 1970 sewaktu adiknya itu tinggal di rumah tertuduh.

Houtart, 85, pernah menjadi aktivis terkenal dunia ketiga dan pengerusi sebuah agensi pemangunan yang diasakannya dalam tahun 1976, Center Tricontinental, sehingga dia meletak jawatan daripada lembaga pengarah di dalam bulan November tahun ini berhubung dakwaan tersebut.

Paderi itu kini dipercayai berada di Ecuador, dan dikatakan enggan menjawab panggilan telefon dan email. Houtart telah memberitahu sebuah akhbar Belgium Le Soir bahawa dia telah menyentuh "bahagian-bahagian sulit" sepupunya itu di dalam kejadian yang disifatkannya sebagai "tidak bertimbang rasa dan tidak bertanggung jawab"

Namun kakak mangsa berkata bahawa paderi itu yang juga merupakan kawan kepada ayahnya, telah masuk ke bilik adik lelakinya sebanyak dua kali untuk meliwatnya.

"Sebelum perkara tersebut berulang untuk kali ketiga, adik lelaki saya telah memberitahu ibu bapa, yang telah mengurungnya di dalam bilik" menurutnya yang dipetik di dalam sebuah laporan.

Paderi itu berkata bahawa dia telah bertanya kepada ibu dan ayah mangsa sama ada mereka mahu dia meletak jawatan sebagai seorang paderi, namun mereka menyuruhnya untuk bertanya kepada seorang profesor di Brussels.

Mereka menasihatkan paderi itu untuk terus kekal sebagai paderi dan terus menumpukan tugas akademiknya di dalam bidang sosiologi keagamaan.

Houtart juga memberitahu kepada akhbar bahawa dia telah menyuruh para penyokongnya agar menangguhkan kempen untuk mencalonkannya sebagai penerima Anugerah Nobel Keamanaan 2011.


Sumber: Free Malays
ReJaM©

1 Comments

  1. "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri
    mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi
    bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak
    ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."

    http://prihatin.yks.org.my/tempatan/zon-sabah/333-paderi-besar-sabah-peluk-islam.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan