Pasangan Gay berpeluang lahirkan anak sendiri!

Penyelidik kini telah berjaya menghasilkan tikus makmal yang memiliki dua ayah, lantaran itu ia dilihat dapat meningkatkan kebarangkalian untuk pasangan gay mendapatkan anak-anak yang terhasil dari gabungan gen / baka mereka sendiri.

Di dalam satu ujikaji yang dijalankan "pembiakan mamalia bentuk baru", Para penyelidik dari Amerika Syarikat telah menggunakan langkah-langkah di dalam satu siri komplek bagi mengubahsuai "telur jantan" untuk dimasukkan ke dalam rahim tikus betina.

Ibu tikus ini kemudiannya dikacukkan dengan tikus jantan yang normal bagi menghasilkan kandungan atau janin yang terhasil daripada gabungan gen-gen daripada dua ayah, berbeza dengan kejadian semulajadi kandungan yang terhasil daripada kacukan jantan dan betina.

Tikus betina yang mengandungkan 'telur-telur jantan' dari seekor tikus jantan - Ayah A, ini dikacukkan dengan seekor lagi tikus jantan yang lain - Ayah B. Dengan itu anak yang terhasil mewarisi sepenuhnya bahan maklumat genetik dari Ayah A dan Ayah B.

Para penyelidik genetik di sebalik penggunaan teknik pembiakan yang menjadi kontroversi ini mengatakan bahawa teknik ini berpotensi untuk meningkatkan kualiti baka ataupun memelihara species-species yang terancam. Tambah menjadi kontroversi apabila mereka juga mengatakan sekiranya teknik ini boleh dipehalusi lagi,"Satu hari nanti dua orang pasangan lelaki boleh mendapatkan anak-anak daripada baka mereka sendiri".

Bila ilmu dan kebijaksanaan digunakan pada lorong yang salah, nescaya manusia akan cenderung untuk menentang Tuhan!

Sumber: Zon Fikir


ReJaM© "Berita baik bagi gay paling hot di Malaysia!"

6 Comments

  1. Kesian plak kat anak yg dilahirkan...
    Agak2 diorang boleh membesar secara sihat tak ??

    ReplyDelete
  2. Macam mana pun anak die terpaksa menyusu kat ibu tumpang tu...

    ReplyDelete
  3. awatnya pelik umno? ini baru experimen kat tikus, kat org tak dibenarkan lagi, menyalahi etika penyelidik he he...

    ReplyDelete
  4. sekarang nie mmg la terbukti yg wanita semakin ramai dr lelaki..tp xkan smpi mcm nie kot xmau bg lelaki pupus..agenda dr saintis mana lak nie..YAHUDI..??

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan