Pelakon Utama Blades, Wesley Snipes dipenjara

Pelakon terkenal filem pemburu hantu, Blades Wesley Snipes kini menjalani hukuman penjara selama tiga tahun ke atasnya di penjara federal McKean, Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Pelakon berusia 48 tahun yang terkenal dengan wataknya sebagai seorang drakula di dalam filem Blade ini dikatakan bersalah kerana mengelak untuk membayar cukai dalam perbicaraan di Florida pada tahun 2008.

Jurucakap Biro Persekutuan Penjara, Ed Ross, hari Khamis lalu (09/12) mengesahkan bahawa Snipes sudah dimasukkan ke penjara, seraya menambah ''Dia akan melalui proses orientasi dan memulakan hukuman penjaranya''.

Penjara di negara berkenaan di bahagian Pennsylvania bukanlah penjara dengan penjagaan yang ketat malah tidak memiliki pagar di sekelilingnya. Terdapat seramai 300 tahanan yang kini turut sama dipenjara di tempat tersebut.

Seorang jurucakap penjara McKean, Shirley White, mengatakan: ''Kami sedar dia adalah seorang pelakon terkenal, tetapi kami melayannya sama seperti tahanan lain''.

Rayuan

Snipes terkenal dengan wataknya sebagai drakula dalam filem Blade

Dalam sebuah wawancara di television Wesley Snipes mengaku tidak gugup untuk menghabiskan tiga tahun di penjara.

Meskipun telah dimasukkan ke penjara, peguam Snipes mengatakan ada kejanggalan dalam kesnya dan pelakon -yang juga membintangi film White Men Can't Jump dan Demolition Man- ini membuat rayuan.

Snipes sebelum ini membuat rayuan di sebuah mahkamah di Atlanta di negara bahagian Georgia setelah didapati bersalah oleh juri pengadilan Florida. Tetapi rayuannya itu ditolak dan dia harus menjalani masa hukuman di penjara.

Peguam Snipes menilai sepatutnya penahanan aktor yang memperolehi keuntungan jutaan dollar dari serial film Blade ini boleh ditangguhkan dengan wang jaminan sementara menunggu keputusan rayuan yang baru.

Semasa didapati bersalah pada April 2008, hakim mengatakan bahawa keuntungan Snipes mencapai lebih dari US$37 juta selama tahun 1999-2004, tetapi tidak pernah membayar cukai.



ReJaM© "Duit dah banyak pun tak mau bayar cukai apa da?!"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan