Tuesday

Pengebom berani mati Taiwan rempuh pelajar sekolah



Portal Chinapost melaporkan berita seorang lelaki memandu sebuah kereta sarat dengan 4 tong gas yang telah melanggar 4 orang murid sebelum kereta tersebut dikatakan terbakar.

Namun pemandu kereta berkenaan dikatakan bernasib baik kerana kereta dan tong-tong gas tersebut tidak meletup semasa kemalangan, yang mungkin boleh mengakibatkan tragedi yang lebih buruk, lebih-lebih lagi apabila dipercayai 2 orang murid tersekat di bawah kereta tersebut.

Chinapost menyifatkan ia sebagai kejadian yang luar biasa apabila pengawal keselamatan Sekolah Elementary Puchien, guru-guru dan ibu bapa bertindak cepat memadamkan kebakaran. semua individu yang tercedera termasuk pemandu tidak terkorban.

"Ia sangat dahsyat dan menakutkan," seorang penjaga murid yang menyaksikan kejadian tersebut memberitahu media tempatan. "Syukurlah kereta itu tidak meletup, jika tidak jumlah kematian tidak dapat dibayangkan."

Pemandu yang terbakar teruk ke wad kecemasan, di mana beliau dilaporkan di dalam keadaan yang kritikal. Pemandu yang hanya dikenali sebagai Wu, didakwa melakukan cubaan membunuh diri semalam pada pukul 7:40 a.m, saat kemuncak murid-murid tiba, dan ramai kakitangan fakulti dan staff di kawasan tersebut membimbing murid-murid untuk melintasi jalan untuk ke sekolah.

Menurut pengetua Sekolah Puchien Elementary Wu Yu-Mei, sebuah kereta kecil, berwarna putih diletakkan di seberang jalan berhadapan dengan pintu pagar sekolah tersebut. Secara tiba-tiba melencong ke kiri dan dikatakan menuju ke dalam kampus
meluru ke arah himpunan pelajar, dan melanggar 2 orang berturut-turut sebelum menyebabkan 2 lagi terperangkap di bawah kereta sehinggalah ia berhenti.

Guru-guru yang sedang bertugas meniupkan wisel sebagai tanda amaran, kata seoran pengawal keselamatan Liu. Mereka meluru ke arah kereta serta memecahkan tingkapnya, menjerit kepada pemandu bahawa terdapat dua orang kanak-kanak terperangkap di bawah kereta. Pada waktu ini, api sudah mulai marak di dalam kereta. Orang ramai yang takut mula mengundur akibat terkena bahang dan asap, kata Liu.

Guru-guru bertindak pantas mengambil pemadam api dan terus menghalakan serbuk pemadam api ke arah api yang sedang marak. Orang ramai bersama-sama mengangkat kereta tersebut untuk menyelamatkan pelajar yang terperangkap di bawahnya.

Para pelajar telah dibawa ke Banciao branch of Taipei County Hospital sementara Wu telah dibawa ke Far Eastern Memorial Hospital. Doktor yang merawat kecederaan pelajar-pelajar itu berkata, tiada kecederaan yang boleh mengancam nyawa.

Empat tong gas yang dibawa mengandungi kira-kira 20 liter gas, dengan satu daripadanya diletakkan pada ruangan tempat duduk penumpang hadapan, dua di belakang dan satu lagi di tengah. Sebuah tong gas di bahagian hadapan dikatakan separuh penuh. Polis menjangkakan bahawa Wu telah terlebih dahulu menyimbah dirinya sendiri untuk mengorbankan diri.

Pihak penyiasat telah mengesan tempat tinggal Wu di Bandar Nantou dan bertanya kepada jiran-jirannya yang dikatakan terkejut mendengar berita tersebut.

"Dia sentiasa bersopan santun dan suka menyapa," menurut seorang jiran, namun mengakui bahawa mereka jarang berinteraksi antara satu sama lain, serta tidak mengetahui perihal Wu kecuali pangkal namanya. Mereka sekadar mengetahui Wu berpindah di kawasan tersebut, kira-kira 2 tahun yang lalu. Jiran-jiran telah mengesahkan bahawa kereta putih tersebut milik Wu.

Sumber: Free Malays

ReJaM© "Taiwan pun dah ada pengebom berani mati?"


EmoticonEmoticon