Saturday

Polis samseng, tak dapat rasuah pukul orang


Merdekareview melaporkan kisah seorang lelaki cina yang ditumbuk bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak. Muntah darah, terpelanting ke dinding. Dia ditendang sehingga jatuh berguling-guling dari tangga. Wang tunainya sebanyak RM13,000 hilang entah ke mana. Dia dipaksa membuat laporan bahawa kecederaan ini disebabkan kemalangan jalanraya. Dia diugut untuk diletakkan dadah dan parang dalam keretanya. Malah, perniagaannya, keselamatan dirinya dan keluarganya akan terancam seandainya dia membuat laporan polis.


Demikianlah pengalaman Chia Buang Hing (gambar kanan), yang enggan menyogok polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput. Chia meminta agar polis menyaman dirinya, tetapi dibalas dengan tumbukan bertubi-tubi oleh anggota polis. Beliau dibawa ke balai polis, dibelasah tujuh orang anggota sehingga muntah darah.


Chia Buang Hing yang takut dirinya "mati buta-buta" seperti Teoh Beng Hock secara senyap-senyap meninggalkan cop jari darahnya pada dinding, almari, cermin dan pintu tandas di Jabatan Nakrotik ketika dibawa ke sana. Beliau tidak dapat kencing lagi ketika disuruh untuk berbuat demikian kerana habis air kencingnya ketika dipukul polis.


Lelaki yang berumur 34 tahun ini pernah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman. Beliau yang sudah cedera, berdarah dan tidak terdaya untuk berdiri mengadu kepada majistret, bahawa dirinya dipukul polis dan duitnya diambil polis. Chia Buang Hing memohon untuk menghubungi isteri dan ibunya, tetapi semuanya tidak dipeduli. Dia dipukul lagi selepas dibawa keluar mahkamah.


Demikianlah pengalaman lima hari Chia Buang Hing, yang didedahkan dalam satu sidang media bersama ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), pagi ini. Chia Buang Hing akhirnya dilepaskan pada 22 Disember, selepas Pegawai Penyiasat (IO) Azizuddin mengetahui beliau tidak bersalah dan diseksa polis, malah menyuruh Chia membuat aduan selepas itu.


Sembunyikan diri dalam longkang


Chia Buang Hing yang masih diselubungi ketakutan, tidak berani untuk masuk ke balai polis secara bersendirian. Menurut pembantu peribadi ADUN Damansara Utama, Cheah Wing Yin yang mengaturkan agar ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat aduan bersama Chia di balai polis Shah Alam semalam, berkata mereka tidak menjumpai Chia Buang Hing setelah tiba di balai.


Apabila dihubungi dengan telefon, barulah mereka mendapati bahawa Chia Buang Hing bersembunyi di dalam longkang kerana terlalu takut untuk masuk ke Balai Polis secara bersendirian. Meskipun melalui segala penyeksaan ini, Chia Buang Hing masih bersyukur, "Saya berterima kasih kepada Tuhan, kerana nyawa saya masih hidup bila keluar (dari balai polis). Saya ingat, dalam balai polis ... saya akan mati di situ. Saya rasa tak ada harapan lagi. Bila saya minta nak hubungi isteri dan ibu, mereka memijak saya dengan lebih kuat... Jadi saya percaya saya akan mati."


Chia Buang Hing menyeru, "Saya mengharapkan bantuan anda. Saya tidak berharap peristiwa macam ni berulang. Seorang yang pukul saya berkata, banyak kes yang tidak disiasat, banyak yang dipukul mati..."


Beliau menahan sebak ketika mengenang apa yang berlaku beberapa hari lalu, berkata "Dengan bantuan YB dan peguam, rakyat, jangan perkara ini berulang pada orang lain... Saya masih berani untuk tampil dan menyuarakannya, kerana ia berlaku pada diri saya. Walaupun doktor kata tidak apa lagi (kecederaannya), tapi saya asyik pening kepala saja beberapa hari ni..."


Polis nampak wang nota


Peristiwa ini berlaku pada jam 11 malam, 18 November, apabila Chia Buang Hing memandu Proton Waja milikan isterinya dari rumahnya di Tropicana menuju ke Kota Damansara. Beliau ditahan polis yang sedang buat halangan jalan (road block) di PJU 3/15, yang memintanya untuk menunjukkan lesen memandu. Chia berkata polis nampak wang nota RM50-nya, ketika beliau menyeluk saku depan seluarnya. Menurut Chia, polis meminta wang daripadanya, tetapi ditolak Chia.


Chia (gambar kiri) berkata kepada polis, "Bang, saya tak mahu bagi duit, saya mahu saman saje. Kalau you angkat duit saya, saya akan report balai." Menurut Chia lagi, anggota polis nampak Kad VIP Kelantannya, seorang polis yang berada di tempat meja berkata, "You Kelantan Istana banyak besar, banyak besar."


Chia mula ditumbuk bertubi-tubi apabila cuba mengambil gambar polis dengan kamera telefon bimbitnya. Chia terus digari, dan dipukul dalam kereta walaupun beliau menjerit "Tolong, polis pukul orang. Polis mahu duit!"


Menurut Chia, pengawal keselamatan di Jalan PJU 3/15 nampak kejadian ini, malah kawannya dalam kereta juga menyaksikan apa yang berlaku. Beliau dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway. Beliau terus dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh orang anggota polis, sehingga Chia muntah darah, cedera di kedua-dua mata, kening sebelah kiri dan di bawah dagu.


Kemudian, seorang anggota polis mengambil wang nota milikan Chia yang berjumlah kira-kira RM10,000 dari sakunya dan taburkan di atas lantai. "You mahu duit ambillah," kata polis tersebut, menurut Chia. Chia mendakwa bahawa dirinya mempunyai RM18,000 pada dirinya, dan beliau hanya keluar balai dengan RM5,000.


Chia Buang Hing ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor. Chia menjelaskan bahawa dirinya memungut wang pendapatan di ketiga-tiga kedainya pada hari itu, untuk membayar jamuan hari jadi ibunya di restoran. Malah, beliau membawa dana bantuan untuk seorang penganut agama dari persatuan kuil-nya. Ini menjelaskan mengapa beliau membawa wang tunai begitu banyak pada dirinya ketika ditahan.


Diugut polis


Chia Buang Hing diugut untuk membuat laporan bahawa kecederaannya disebabkan kemalangan jalan raya, seandainya beliau mahu dibenarkan untuk menelefon isteri dan ibunya, dan dibebaskan. Malah, polis yang menggarinya berkata, "Kalau you tak buat report itu, saya akan taruh parang besar yang berdarah dan taruh dadah dalam kereta awak kasi you supaya kaukau (dahsyat), dan lokap sama lu long term."


Pada jam 3 pagi 19 November, Chia dibawa ke IPD PJ, dan diugut polis untuk menyuntik Chia dengan dadah. Chia diarahkan untuk kencing di Jabatan Nakrotik, tetapi beliau gagal berbuat demikian kerana habis air kencingnya semasa dipukul polis. Menurutnya, polis memasukkan kencing polis sendiri ke dalam botol dan memasukkan sesuatu ke dalamnya.


Chia ditolak oleh polis yang menggarinya sehingga jatuh berguling-guling dari tingkat ketujuh hingga ke tingkat ketiga. Chia mendengar suara polis berbunyi "Mahu tolak lu mati". Pada ketika itu, Chia sudah muntah darah dan berbuih di mulut. Menurut Chia lagi, beliau dibawa oleh lima anggota polis ke satu padang dan ditolak jatuh, namun beliau tidak mati, dan akhirnya dibawa ke hospital.


Selepas pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh, Chia terus dibawa ke mahkamah untuk dipohon reman. Aduan Chia tentang kecederaannya dan permintaannya tidak dipedulikan majistret. Chia kemudian dibawa untuk disiasat pegawat penyiasat bernama Azizuddin. Azizuddin membuat panggilan di depan Chia kepada polis yang memukulnya, mendapati Chia tidak bersalah dan diseksa polis.


Chia yang dilepaskan pada 22 Disember, membuat aduan polis semula di balai polis Shah Alam pada 23 Disember bersama Lim Lip Eng. Beliau tidak lagi menaruh kepercayaan kepada polis di IPD Petaling Jaya, dan beliau mendakwa dirinya masih mampu cam polis yang memukulnya.


Menurut Lim Lip Eng, IPK Selangor telah mengesahkan bahawa mereka akan menjalankan siasatan ke atas balai polis Kota Damansara dan mengambil keterangan daripada mangsa kes ini.



ReJaM© "Lepas ni kena suruh perompak pula tangkap Polis!"

15 comments

aku mmg kurg berkenan sikit ngan polis malaysia

macai2 polis yg wat kerja ni rata2 kelulusan SRP SPM... so boleh paham dah kualiti mereka walau pun x semua...

sama lah mcm aq dlu xpasai kna tahan ngan polis/// walhal ku difitnah.. yg xthannya kata2 polis 2 mgakitkan kan ati yg mndengarnya.. klu laaa...

ssh nk kate,xsemua la polis ni same,flmy aku pon polis jgk,mgkin yg buat mcm 2 ad sebb,kite x leh nk salah kan polis 100%,kite sndri pon kne bijak brfikir,skrg ni kan bnyk jenayah berlaku,jd tekanan pada polis,polis pon main peranan penting....btl,kebnyk kan polis lulusan SPM SRP,diaorg masih muda,dan polis yg lame kene perhatikan mereka,bukan kite yg perlu tuduh mcm2 kat dia,bayangkan kalu negara kite ini x ad polis,korg rase la kan,ape akn terjadi????blh bg jwpn yg cerdik skt,jg bg jwpn yg ikt ati korg je....

AKU PUN PERNAH KENA ANIAYA DENGAN DIORANG delete 25 December 2010 at 10:28

AKU PUN PERNAH KENA JUGAK KES LEBIH KURANG MACAM BRO CHIA NI.TAPI SAMPAI SEKARANG BELUM SETEL.ANTARA AKU DENGAN DIORG NI PUN BELUM SETEL!! SAMPAI MASA AKU ADA PELUANG AKU BAGI BALIK APA YANG DIORANG DAH BUAT KAT AKU! DIORANG MEMANG KURANG AJAR!!!!!!

dh klo polis nie penting sangat kenapa kerajaan amek setakat SRP SPM...polis nie pegang tanggungjawab besar jaga keselamatan negara...klo setakat fizikal je ok tapi otak kurang wt pe...bia la setaraf ngan kerja...

kekadang ape2 nie provok polis..biase la, kekadang ade polis yang gile kuase, tp kite x boleh dengar sebelah pihak..

jika kita xle dengar 1 pihak je, aku harap PDRM jawap la kes ni. jangan senyap je.aku tak salahkan polis 100% tapi kalo jadi mcm ni jawap la.ni tidak,diam je.paling koman yg buat tu di gantung je

did, dina, korang jangan la percaya sangat polis, ak pon pernah kne saman dengn polis waktu fom3, wktu tu aku taktau apa2 psal rasuah, pastu petang tu aku dpt kall dari polis tu spaya dtg pejabat trafik utk bincang( sebab waktu saman tu aku merayu kata aku kecik lagi @ interpersonal skill). merayu punya merayu, dapat la polis tu kasi lepas, ingat dia nak lepas, tapi, dia mintak duit kopi, yalah budak2 taktau apa lagi. ak kasi ja la.. hmm, WALLAHI KISAH INI BETUL..

aku klu ade pluang tibai polis mmg mdpt dorg..
hdup nk mkn duit haram jer la..
tu sume PDRM kutip tepi jalan..bangkai2 rempit yg mmg xde masa depan..last2 join polis..dh join polis jd mcm ni la..
aku xpnh tkut polis pun..klu xde polis pun xpe..aku bleh brtindk sendiri..adik brdik aku ramai kt luar nun..hrap kn polis..ktuk kple bru nk jalan...mcm lembu!!!!!bodoh!!!!

Tugas polis merupakan st tugas yg mulia. Pd perkiraan ku, bukan senang menjawat jwatan anggota polis ni. Tugas mereka yg berhadapan dgn risiko tinggi (kelas pekerjaan 7 bg underwriting insuran) yg melibatkan nyawa. Dalam masa yg sama juga, mereka mempunyai kuasa istimewa yg tidak dipunyai oleh org2 awam. Aku rasa, inilah antara tugas yg lebih sukar yg perlu dihadapi oleh setiap anggota polis. Dgn kuasa yg mereka ada, mendorong mereka terdedah dgn pelbagai rasuah, ugutan dan sebagainya. Jika kita mempunyai kuasa sebagaimana anggota polis, belum tentu kita tidak terjebak. Ditambah dgn kekangan kos saraan hidup yg makin menghimpit, dorongan2 dlm memanipulasi kuasa akan semakin bertambah.

Situasi rasuah yg dilakukan oleh anggota polis, aku rasa berbeza dgn dgn mengikut pangkat dalam badan uniform tersebut. Bgitu juga dgn rasuah yg dilakukan oleh penguasa (pemimpin politik). Mereka yg bjwatan dan penguasa melakukan rasuah lebih menjurus kpd ketamakan, sifat sentiasa x pernah puas bg mengumpul kekayaan berbanding anggota polis biasa yg mgkin kbyakannya atas faktor desakan kesempitan kewangan. Sbgai buktinya, cuba semak baki gaji anggota polis biasa. Malah institusi kewangan kebyakannya tidak menerima permohonan pinjaman peribadi mereka wpun mereka dr kalangan kakitangan k'jaan.

Soal tahap pendidikan, aku rasa tidak menjadi persoalan. Malah kalu kita blajar tinggi pun skali, belum tentu kita implimenkan 100% ilmu kita ke dalam kerjaya kita. Ssbgai contohnya, jika kita ambil Bus Admin (pentadbiran perniagaan) di Universiti, dn bkerja di bank, brape byk ilmu yg kita belajar digunapakai? 10% pun aku rasa dah cukup tinggi w.pun ada sstengah kerjaya perlukan kepakaran dr apa yg kita belajar. Mngkin tahap pendidikan menjurus kpd cara berfikir sahaja yg berbeza.

Ilmu yg lg penting, adalah ilmu ketahanan diri. Ilmu ketuhanan. Sebenarnya tiada istilah ilmu agama, krn setiap ilmu islam ada bhagian2nya tersendiri. Ilmu takut kpd Pencipta apabila kita melakukan kesalahan. Ilmu inilah yg perlu diterap ke dlm setiap jiwa rakyat. Tidak kira la dia anggota polis, askar, ahli politik atau sesiapa saja.

K’jaan sebenarnya mampu utk menggubal dasar pendidikan yg lebih baik dlm mendidik raykat. Melahirkan polis, lain2 penjawat awam, doktor, peguam dsb yg mempunyai kataqwaan. Tetapi seringkali dkhuatiri, pendidikan ini akan menjurus kpd kesan jangkapanjang kpd pemerintahan yg ada sekarang. Mgkin kerajaan sekarang cukup phobia, andainya ramai rakyatnya berpendidkan agama. Kerana golongan ini kbyakan cenderung kepada pembangkang dan scara x langsung memberi kesan politik di masa akan datang. Aku rasa bukan terlalu sukar utk kerajaan melalui kementerian pendidikan menjadikan slibus pengajian agama sebagai subjek teras dalam peperiksaan sebagaimana matematik & sains. Jika ini dilaksanakan, pendedahan awal kpd pelajar2 memberi kesan yg besar dlm membentuk sahsiah masyarakat.

This comment has been removed by the author.

polis manusia juga...tugas untuk menjaga keamanan negara sendiri bukannya mengancam rakyat!!!polis tu manusia juga...adakah anda percaa polis tdk pandai menbuat jenayah??sekiranya kes ni tdk betul...buat apa si mangsa melaporkan hal tersebut?knp mencederakan diri sendiri??ini sangat memalukan dan akan menyebabkan rakyat malaysia tdk menaruh harapan keats pdrm!!! oleh kerana menjawat jawantan sebagai polis mempunyai gaji yg lumayan dan juga allowance banyak dgn masa depan yg cerah...sekiranya jawatan polis tdk mempunyai gaji atau berkenaan rm....adakah mereka ingin menjawat sebagai polis? seperti mana anggota rela yg tdk mempunyai sebarang gaji....

polis mmg celak r..mchmnela malaysia nk aman,klu polis sndri yg mngapuskan keamanan..cmnerla,rakyat nk percye pd polis2 yg ci ni..semoga Tuhan mmbri petunjuk pd polis2 n pemimpin2 negara ini..

polis kat malaysia ni x de kualiti.. ilmu kurang.. speking pun x pandai.. tau buat muka garang je.. sombong tu biasa.. berlagak pun toksah cakap la... alasan dieorg.. hati dah kering sbb kena belajar buat semua mcm tu nak bg org jahat takut.. pi mampus la polis.. dah la kroni keturunan bukan main ramai lg tu.. dr atuk turun ke bapak turun ke anak... dasar keturunan bodoHHH...darah daging hasi dr benda2 yg haram...


EmoticonEmoticon