Majlis bodoh membazirkan duit kerajaan



Dalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program Sidang Wanita pertama tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99.

Siapa-siapa tolong jawab, apa faedahnya Suami Perdana Menteri Najib si Rosmah Mansor mengadakan "sidang kemuncak wanita pertama" ni? Apa faedah yang diperolehi daripada duit sebanyak RM 4.5 juta yang dibazirkan? Inilah salah satu program bangang memperabis duit kerajaan agar bini orang kaya dapat berhibur dan berlagak jadi "Wanita Pertama" Walaupun perlembagaan tidak mengiktiraf perempuan perasan ni sebagai wanita pertama.

Tapi biasalah orang kalau dah perasan dia ingat dia bagus. Mentang-mentang dia Suami Perdana Menteri dia boleh la buat apa sahaja. Ini negara Isteri dia punya! Nak pakai duit negara isteri dia boleh bagi! Rm 4.5 Juta bukan banyak bagi diorang ni. Kalau bagi kat rakyat biasa Rm4.5 Juta tu suruh kira sorang-sorang, 4 hari empat malam kira pun tak habis-habis, last-last jadi gila sebab asyik salah kira dan terpaksa ulang dari awal semula.

Tapi kita kena terima, inilah perangai Wanita Pertama negara ni. Penyokong BN dan UMNO kena bersyukur sebab negara Malaysia ni kaya raya! Kalau tak ada orang macam Rosmah Mansor ni, siapa nak tolong perabis duit Malaysia yang banyak-banyak tu?


ReJaM©"Terima Kasih Bik Mama"

16 Comments

  1. penyokong tegar UMNO akan sentiasa bersyukur kepada kerajaan selagi presiden Umno tu orang melayu...1/2 melayu pun tak mengapa asalkan ada darah melayu...Pakistan, Bangladesh, Arab pun kira okey...

    ReplyDelete
  2. sangat-sangat bersyukur adanya RM di Malaysia ni... Bukan senang nak dpt org mcm dia...

    ReplyDelete
  3. yg memerintah malaysia ialah rosmah, dgn dinasihati apco, najib sebagai simbol..

    ReplyDelete
  4. memerintah negara bukan sehala sahaja. Semua pihak ada peranan. Samada namapak atau tidak. Kita mempunyai kepentingan terhadap negara tersebut terutama negara-negara mundur. Kita melabur 4.5 juta tetapi hasilnya berterusan.

    Ada banyak produk yang kita ingin pasarkan dinegara itu terutama sawit dan produk IKS. Kita ajak mereka kenal Malaysia gahulu. Kita tunjukan kepada mereka we are the best islamic state in the world.

    Jadi sebagai rakyat kita harus tahu setiap langkah diplomasi kerajaan ada tujuan jangka pendek dan jangka panjang. Kita ajak isteri, suami datang sekali. Mereka menemui pemimpin2 negara dan berbincang dalam banyak hal. Dalam erti kata lain kita sedang menjajah ekonomi negara mundur sdr harus tahu. Tetapi penjajahan kita melalui penguasaan bukan penindasan ekonomi.

    ReplyDelete
  5. Pembaziran yang sangat ketara oleh kerajaan sedangkan di Malaysia sendiri, masih lagi terdapat negeri dalam kategori termiskin dengan pendapatan per kapita sangat rendah jika dibandingkan dengan keadaan ekonomi sekarang. Wajarkah perbelanjaan sedemikian..??? Apakah tujuan utama pembaziran tersebut..?? Kalau pun sesorang ingin menonjolkan diri cuba lah contohi mendiang Princess Diana..Biarpun hidup beliau penuh dengan kontroversi namun sehingga ke hari ini masyarakat seluruh dunia tetap menyanjung tinggi jasa bakti yang telah beliau hulurkan..Malaysia mengamalkan sistem beraja dengan DYMM Agong sebagai ketua dan sepatutnya isteri baginda yang lebih layak untuk digelar Wanita Pertama Malaysia.Jawatan PM silih berganti dan yang terlama adalah Tun Doktor Mahathir tetapi isteri beliau tidak pun menggelarkan dirinya Wanita Pertama..!! Nampaknya Ketuanan Melayu telah di cabar oleh kerajaan memerintah sekarang..Bagi kami Rakyat Sabah cuma tunggu dan lihat apa akan jadi seterusnya..Renungkanlah...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. we are the best islamic state?! That richhhh... trolololo

    ReplyDelete
  8. xpe la...bagi la kt si puaka ni mewah jap..
    lps PRU ni dh xmerasa dh..
    ko plak merasa makan ikan masin taruk kicap!!!!

    ReplyDelete
  9. ler..x salah pun..mungkin dgn cara tu akan tolong rakyat..ade r bnd nk di sampaikan tu..kite mn taw kn?jgn tuduh bkn2.kalo RM salah..api neraka ada..kalo tuduh2..kt pn dpt dosa..pk positif yer..allahuakbar!!

    ReplyDelete
  10. Dah lama tidak lihat shahrizat kt tv. hari tu banjir baru hamba nampak shahrizat bantu mangsa banjir kt johor. Selama ni kesian dia makan gaji buta sebb kerja dia diambik RM.

    Apakah RM takut akan pacat dan lintah air banjir, takut makeup luntur, takut paras air melebihi paras jambulnya, takut tk glamor maka turun padang buat kerja amal yg menyusahkan itu diserah semula kepada shahrizat.

    Nak sibuk yg glamor je ye.kerja kotor2 taknak sibuk....nak kena rotan makcik ni.

    ReplyDelete
  11. ha ni sumbangan terbesar shahrizat. cer banding rm4.5m ngan rm5.81m tu.. haha tu pun dah kembang kepih idung

    JKM belanja RM5.81 juta bantu mangsa banjir kali ini

    04/02/2011 12:41pm

    KUALA LUMPUR 4 Feb. - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membelanjakan RM5.81 juta setakat ini untuk menguruskan pusat pemindahan di empat negeri yang terlibat dengan banjir kali ini.

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jumlah itu meliputi penyediaan bantuan makanan serta keperluan asas kepada mangsa banjir di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

    "Sepanjang tempoh kejadian banjir kali ini, sebanyak 430 buah pusat pemindahan telah dibuka oleh JKM yang mana 194 pusat masih lagi beroperasi yang menempatkan 44,672 orang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

    Selain itu katanya, JKM juga telah menyediakan 1,147 petugas dan 2,150 sukarelawan untuk membantu dalam kerja pengurusan pesat pemindahan mangsa banjir dan urusan penyaluran bantuan. - Bernama

    ReplyDelete
  12. nampaknya, secara kasar, telah hilang RM 10 juta duit rakyat Malaysia.

    1. RM 5 juta pertama : majlis mengagungkan RM
    2. RM 5 juta kedua : OPS Piramid

    Nasib je Mesir tu huru hara. harapkan dia org lepas hbs belajar nk balik Malaysia? haram!

    ReplyDelete
  13. ya ALLAH ta tuhan ku..
    pembaziran!!!
    lebih baik la duit 2 disalurkan untuk membantu bawa pulang pelajar kita yang masih terperangkap di mesir..
    oh Malaysia..

    ReplyDelete
  14. sape yg ckp kita ni the best islamic state..angkat bakul?amerika yg bg?negara islam contoh konon..malu la skit..kalu kononnya the first lady pon xpakai tudung..contoh yg baek..bagus..
    apa guna negara islam contoh kalu perlksanaan islam xdijalakn..

    ReplyDelete
  15. kelakar tul aku tgk rambut bik mama...hahaha

    ReplyDelete
  16. insyaAllah setiap pelaburan yg kita buat pasti mendtangkan keuntungan klau menjadi rezeki kita.. untuk maklumat lanjut sila layari web2 rasmi untuk mengetahui apap pengisian sidang tersebut.. atau d sini
    http://trainexec.com/events/view/370-the-first-ladies-summit-2010
    apapun takda yg melenting bila wakil2 PR p kejo wakil2 BN utk melobi konon nya PR akan ambil alih putrajaya 16 sept lepas.. 16 sept tak jadi2, wakil2 BN pun depa tak jumpa.. apa cer..? depa p kelain kot nie.. takda plak yg melenting.. or..depa guna duit poket sendri kot.. ok2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan