Selalunya rasuah berlaku melibatkan Polis - Kajian

Rasuah di dunia hari ini dianggap lebih teruk berbanding tiga tahun lalu, berdasarkan satu bancian yang telah dibuat.

Sebilangan 56% daripada orang ramai yang ditemuramah di dalam bancian yang dijalankan oleh sebuah badan pemerhati bebas dunia Transparency International mengatakan bahawa negara mereka kini mengalami rasuah yang lebih buruk.

Badan pemerhati bebas itu meletakkan Afghanistan, Nigeria, Iraq dan India di dalam kategori negara yang paling teruk kadar rasuahnya diikuti oleh China, Russia dan kebanyakkannya yang lain adalah negara-negara di Timur Tengah.



Sementara itu menurut bancian sebuah akhbar online, BBC News, menunjukkan bahawa rasuah merupakan masaalah yang paling banyak dibincangkan kebanyakkan orang di dunia.

Kira-kira satu daripada lima orang yang telah dibanci oleh BBC mengatakan bahawa mereka ada berbincang atau memperkatakan tentang isu-isu yang berkaitan dengan rasuah pada bulan lalu menjadikan rasuah sebagai isu yang paling banyak dibincangkan berbanding isu perubahan cuaca, kemiskinan, pengangguran dan peningkatan harga tenaga dan makanan.

Dalam tinjauan yang telah dibuat oleh Transparency International, parti politik telah dianggap sebagai institusi-institusi paling korup, manakala tinjauan juga menunjukkan bahawa 50% daripada rakyat mempercayai bahawa kerajaan mereka tidak berkesan di dalam menangani masalah itu.

Satu dalam empat daripada individu yang ditinjau mengatakan bahawa mereka telah memberi rasuah pada tahun lepas - Polis merupakan penerima rasuah yang paling lazim.

Kira-kira 29% daripada rasuah dicatatkan diberi kepada polis, 20% untuk pendaftaran dan pegawai , dan 14% untuk ahli-ahli badan kehakiman.

Ahli dan parti politik telah sekian lama dianggap mendahului ranking institusi paling korup. Di dalam senarai Transparency 2004, tahap anggapan ini adalah 71%. Laporan tahun ini pula 80% menganggap ahli politik sebagai paling korup.

Rakyat Afghanistan, Nigeria dan India adalah antara yang melihat tahap rasuah paling tinggi di dalam kehidupan harian mereka.

Sekurang-kurangnya separuh daripada individu yang ditinjau dari negara-negara tersebut di atas dilaporkan memberi rasuah di dalam tahun lalu.

Sementara rakyat di Cambodia (84%) dan Liberia (89%) dilaporkan sebagai rakyat yang paling gemar memberikan rasuah.

Robin Hodess, Pengarah Dasar dan Kajian Transparaency meluahkan kebimbangannya terhadap fakta angka rasuah ini.

"Malang sekali, kejadian rasuah selalunya melibatkan Polis, dan ini benar-benar membimbangkan" Katanya.

Sumber: BBC News
ReJaM© "Kata orang anak Polis selalunya nakal sebab bapak dia bagi makan duit rasuah! Orang kata bukan ReJaM yang kata!"

4 Comments

  1. so kalau macam tu sikiranya pembangkang menjadi pemimpin adakah raduah didunia terutamanya negara kita akan hapus sama sekali?
    jgn nak salah kan kerajaan(UMNO) sahaja....

    ReplyDelete
  2. Nak tau pawaan kenalah undi Pakatan Rakyat! Baru kita boleh tau rasuah malaysia menurun atau tidak? Jangan lupa ye pawaan, PRU 13 undi pakatan rakyat! caya sama lu pawaan! peace!

    ReplyDelete
  3. http://www.facebook.com/rokokmoden#!/pages/Max-Power-Controller/108994032507000

    MAX FUEL CONTROLER
    Alat Teknologi Terkini Dari Jepun!
    *Barang Baru Jaminan Produk 1Tahun!
    *Harga RM99(Semenanjung)& RM109(Sbh/Sarawak)
    *Penghantaran Percuma Seluruh Malaysia!

    Kelebihan :
    *Menjimatkan Minyak Kenderaan Anda Sehingga 45%
    *Sesuai Untuk Semua Jenis Kenderaan Petrol Termasuk Berenjin DIESEL/TURBO/NA.
    *Menstabilkan Voltan
    *Sistem pencucuhan lebih berkuasa, menjadikan Engine lebih pick-up.
    *Lampu lebih terang
    *Melancarkan pertukaran gear
    *Sistem pembakaran pada engine lebih sempurna
    *Mengurangkan asap hitam
    *Memanjangkan Jangka Hayat Beteri & Pug
    *Mudah dipasang
    *TIDAK PERLUKAN PENJAGAAN!!!

    BERMINAT SILA HUBUNGI @ SMS
    H/P:0146081909 baha
    -------------------
    sila bank in ke ==
    Maybank
    Account Name : Mohd Asri B Abd Rahim
    Account Number : 153083165687
    -----------------
    Bank Islam
    Account Name : Mohd Asri B Abd Rahim
    Account Number : 03036020276621
    -----------------
    RHB Bank
    Account Name : Mohd Asri B Abd Rahim
    Account Number : 1-03011-0037135-4

    selepas bank in sila inform melalui email di gongbatu@gmail .com atau call ke 0146081909

    ReplyDelete
  4. aku ank polis baek je!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan