Monday

Selamat Tahun baru Maal Hijrah


Kami di MiLo SuaM mengucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah kepada semua pembaca setia blog ini mahupun pembaca-pembaca yang baru menemui blog ini. Mari kita bina azam kuatkan semangat berubah dari yang tidak baik kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik.

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, nescaya Syaitan berkata,

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Berikut adalah Doa Awal Tahun



Maksudnya,

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka


ReJaM© "Selamat menyambut Maal Hijrah!"

2 comments

Salam Maal Hijrah juga buat team Milo Suam... Semoga terus menyampaikan isu-isu dan berita-berita terbaik wat paparan penyokong2 PR. InsyaAllah..:)

salam maal hijrah...
semoga tahun ni lebih baik dr thn lps


EmoticonEmoticon