Friday

Siapa kuat? Korea Utara atau Korea Selatan?




Heboh dengan berita ketegangan yang berlaku antara Korea Utara dan Korea Selatan yang bakal mencetuskan peperangan di antara kedua-dua buah negara. Amerika Syarikat seperti biasa akan menangguk di air keruh untuk mengambil kesempatan menjadi batu api agar kedua-dua negara ini bertempur.

Seperti perihal peperangan yang berlaku di Afghanistan dahulu, kekalahan tentera Taliban bukan kerana tentera Amerika kuat, tetapi kerana tentera Taliban terpaksa berundur lantaran tidak mahu bertempur dengan tentera pakatan Utara yang ditaja oleh US. Mereka tidak mahu bertempur dengan rakyat negara sendiri.

Dalam hal ini, Amerika yang mendabik dada konon nak jadi polis dunia, tak berani pun sebenarnya nak serang Korea Utara, dah terang-terang Korea mengaku ada teknologi Nuklear untuk membuat senjata pemusnah! Tapi Amerika bacul tak berani serang pun. Macam biasa si pengecut ni akan gunakan orang lain untuk berperang dengan Korea Utara. Bila yang menang jadi arang, dan yang kalah jadi abu, maka si bongkak Amerika akan masuk menjajah dengan alasan menjaga keamanan.

China dalam keadaan pening kepala. China kalau boleh tak mahu sekutu dia berperang! Sungguh pun Korea Utara disekat dari segi ekonomi, namun China tidak pernah lupa membantu geng komunisnya itu melalui Singapore. Berdasarkan pendedahan Wikileaks, China menjual beribu tan bahan makanan ke Korea Utara melalui sebuah syarikat di Singapura dan melenyapkan syarikat itu sebelum sempat dihidu oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.

Kekuatan kedua-dua negara yang bakal kemungkinan besar berperang boleh dinilai daripada data ketenteraan di atas, namun Korea Selatan dijangka akan mendapat bantuan luar seperti US dan sekutunya, manakala China pula akan membantu Korea Utara.



ReJaM© "Apa pun peperangan ini dijangka bakal meletuskan peperangan yang lebh besar!"

7 comments

Kena ada kuasa pengimbang supaya kepoyoan negara2 kuasa besar ini dari berlanjutan..
Dulu Ada USSR tp sekarang dh jatuh tanpa AS tembak sebutir peluru pon..Ini adalah kecakapan perisikan mereka masuk dan memecahkan kesatuan USSR..
Negara2 Islam?
Dukacita dimaklumkan bahawa kemerdekaan mereka dari Empayar Othmaniah Turki datang dari jasa Negara2 Kuffar British,France,Italy dan A.S...
Negara Islam lbh kpd doktrin Demo-demo,kawe-kawe..huhuhu..
Maka nk harapkan siapa lg klu bukan rakyat yg kena bangkit sbb yg terikat dgn penguasa luar adalah penguasa kita sendiri..
Jgn biokot dulu klu x blm mampu hasilkan produk dan teknologi sendiri...

ikut sedap mulut ko jer yer miloSuam.. cam ner ko tau yang USA tu takut nak serang korea Utara???
Bapa ko ada kerja kat pentagon ker??? sedap mulut jer becakap.. cam SIAL!!!

Anon kat atas ni yang bodoh... ini semua ada kat dalam wikileaks bodoh! Tak baca surat khabar ke? 3 hari lepas AS ckp tidak mahu tentera banyak terkorban kalau serang Korea... ckp pakai duburlah ko anon keh keh keh...

kpd azim....ate percaya sgt dgn wikileaks...anwar kene liwat kamu caye ke....itu wikileaks bgi tau...

kepada man....
pasal amerika takut kat korea...
memang document dari pentagon.....
didehkan wikileak..
pasal liwat2 plak...
sumber wikileak dari musuh islam dan musuh anwar...
xkan nak caye kottt

Kalau perang Korea kedua berlaku, ekonomi Korea Selatan tumbang dan muflis. Sebab itu Amerika tak berani perang Korea Utara sebab lagi banyak chaebol Korea Selatan kena bayar ganti rugi.

Kena ingat, Korea ada agenda PENYATUAN semula negara!!!!

Kalau Korea Utara menang dalam perang, lebih 30 juta rakyat Korea Selatan akan melarikan diri ke USA. Kalau Korea Selatan menang, ekonomi Korea Selatan muflis akibat ganti rugi perang dan memulihkan ekonomi Korea Utara serta Kim Jong-il akan dibicarakan.

Amerika takut perang dengan Korea Utara sebab kemajuan ekonomi Korea Selatan menyebab Korea Selatan turut juga tumbang akibat perang, bukan sebab Nuklear Korea Utara tetapi menjaga kepentingan ekonomi Korea Selatan.

tak usah kisah negara lain fikir negara sendiri...


EmoticonEmoticon