Saturday

Taib Mahmud berkahwin dengan wanita Lubnan




KUCHING, 18 Dis -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikatakan telah mengahwini seorang wanita Lubnan berusia lingkungan 30-an.

Beliau dilapor akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan selepas majlis akad nikah yang disempurnakan Mufti Sarawak Kipli Yassin secara tertutup di sini Sabtu.

"Kita kena tunggu. Biar Ketua Menteri buat pengumuman rasmi," kata setiausaha akhbarnya, Amin Sahmat ketika dihubungi Bernama.

Khabar angin mengenai status perkahwinan Taib tersebar luas setelah isteri beliau Puan Sri Laila Taib yang berketurunan Poland, meninggal dunia akibat barah April tahun lalu selepas 50 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu dikurniakan empat anak dan 15 cucu. -- BERNAMA


Sumber: Free Malays
ReJaM©

1 comments so far

wah...taib mahmud ni bape umonye yekk


EmoticonEmoticon