Tuesday

Anwar Ibrahim di Tenang, UMNO goyang


KUALA LUMPUR: Walaupun sepasukan 50 anggota polis dan lima trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal termasuk sekatan jalan raya bagi menghalang kelangsungan program Ceramah Perdana Pakatan Rakyat malam tadi, namun masyarakat Felda Johor yang dianggap kubu kuat Umno itu tidak memperduli sebarang ancaman asalkan dapat mengikuti amanat pimpinan Pakatan.

Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Syed Hamid Ali berkata, perkara itu terbukti apabila beliau mendapati kira-kira 400 penduduk sekitar Felda Cempelak, Labis hadir pada program itu yang diadakan di kawasan padang tetapi bersembunyi di bawah rimbunan pokok untuk mendengar ceramah berkenaan.

“Ternyata sokongan rakyat Felda di bawah kawalan BN memihak kepada Pakatan Rakyat. Biarpun ada kekangan dan kawalan yang ketat dari pihak keselamatan, tetapi kubu kuat Umno berjaya kita tembusi berikutan kehadiran kelompok itu beramai-ramai pada program berkenaan walaupun terpaksa mendengar ceramah dari jarak jauh,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ceramah Anwar di Felda Cemplak dan Kampung Air Panas yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Pekan Labis tegang apabila anggota polis terbabit berpakaian lengkap dengan meriam air telahpun bersedia di Labis sejak awal-awal lagi.

“Polis bersiap sedia untuk menganggu-gugat pentas ceramah seawal 6.00 petang dimulakan dengan sekatan jalan raya termasuk menurunkan pasukan FRU.

“Malah sekatan jalan turut dilakukan di jalan-jalan utama ke Felda Tenang, Jalan Muar-Labis dan Felda Cempelak.

“Umno Johor cukup takut dengan kehadiran (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kerana beliau cukup berpengaruh di sini,” katanya.
Di dua ceramah malam tadi, polis terus bertindak sebaik sahaja Anwar mengambil tempatnya untuk berceramah.

“Bagaimanapun, bila Anwar mula berucap, polis akan terus menganggu dan menghentikannya. Sebaliknya, bila pemimpin lain yang berucap dibiarkan tanpa diganggu, sah menunjukkan ketakutan mereka (BN) terhadap pengaruh Anwar di kawasan itu,” kata Syed Hamid.

Pada majlis pertama di Kampung Ayer Panas, jalan menuju ke tempat itu dibarisi kenderaan polis dan sekatan jalan raya.

Katanya, kehadiraan polis yang ramai itu menakutkan masyarakat setempat untuk keluar menghadiri majlis berkenaan dan didapati hanya kira-kira 300 orang hadir.
Apabila tiba giliran Anwar berucap pada jam 9.45 malam semalam, polis terus bertindak dan mengarahkan ceramah berkenaan dihentikan. Anwar akur dan bergerak menuju majlis keduanya di Felda Cempelak.

Ceramah di Felda Cempelak berjaya menarik lebih ramai hadirin iaitu sekitar 3,000 orang, meskipun dengan kehadiran anggota polis yang ramai dan diperlengkapkan dengan dua trak meriam air.

Anwar mengambil tempatnya di pentas utama pada jam 10.45 malam selepas ucapan pemimpin lain seperti Ketua KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Timbalan Pengarah 1, Jentera Pilihanraya Kecil Tenang, Mazlan Aliman.
Sebaik sahaja Ketua Pembangkang itu mula berucap, polis naik ke pentas untuk menghentikannya.

“Bagaimanapun, keadaan berjaya dikawal setelah pihak kami berunding bersama mereka. Malah saya sendiri bertindak meredakan ketegangan,” katanya.
Polis membiarkan ceramah itu berterusan selama kira-kira 40 minit sehinggalah Anwar menimbulkan isu Apco Worldwide, sebuah firma Yahudi yang diupah oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Polis terus mengepung kawasan itu sebaik Datuk Seri (Anwar) menimbulkan isu Apco. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini, kami terpaksa menamatkan ceramah itu,” katanya.


ReJaM© "Kepada perompak-perompak sekalian, masa yang paling sesuai untuk merompak adalah sewaktu Anwar Ibrahim mengadakan ceramah, kerana pihak Polis semua termasuk peronda, pegawai dan pemandu trak akan ke lokasi ceramah untuk menjaga Anwar Ibrahim seorang!"

5 comments

kerajaan x profesional.. takdak teloq..... kalau ada teloq, xpakai lipstik laa...

Sah polis alat bn, polis dan bn alat APCO, APCO alat yahudi, yahudi dok di Israel, Israel pengikut Masseiah, Masseiah adalah Dajjal dan Dajjal bertuhankan Iblis.

Bagi rakyat pilihlah mana suka. Nak sokong agen syaitan atau bersama kebenaran. Sendiri pilih sendiri tanggung dunia akhirat.

Bukan senang utk mencari pemimpin anugerah yg sanggup membela rakyat walaupun diri sentiasa dalam ancaman. Amat mudah menjadi selesa dan hidup dalam syurga kalau beliau memilih utk bersekongkol dgn puak2 syaitan.

Tetapi ternyata hatinya mementingkan nasib rakyat yg diutamakan. Bukan semata2 slogan2 munafik rakyat diutamakan.

Setiap kali harga barangan naik disuruh berjimat cermat dan tukar gaya hidup. Sikit masa lagi beras dan makanan asas pun akan naik. Ketika itu tinggallah puak umno saja masih bersyukur. Sampai ketika nanti rakyat sangat terhimpit kerana barang semua naik, maka ketika itu memang kena tukar gaya hidup. Daripada mati kebuluran biarlah belajar buat bom.

Jangan sampai semua itu jadi kenyataan. Melayu akan hilang didunia jika umno dibiar terus memerintah. Dulu melayu tidak kenal gay dan liwat, kini umnolah yg mengimpot budaya ini. Ini bukan budaya melayu. Satu persatu kemelayuan terhakis, yg tinggal hanya Perkasa yg berkokok tapi tangan penuh taik.

tiada integriti..........

itulah polis...alat BN. Bila kerajaan bertukar tangan kpd BA, mula terhegeh2 nk sokong BA plak..

ko org ni tau cite je...fakta x de...saya org tempatan di tenang,sebenarnya penduduk tenang x suke pon anwar ibrahim...hanya segelintir saja yg menyokong anwar...mereka keluar disebabkan calon terdiri dari PAS...mereka menyokong di sebabkan PAS bukan anwar ...


EmoticonEmoticon