Beranikah Najib berdebat dengan Anwar isu ekonomi?

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk berdebat untuk menentukan siapa mempunyai dasar ekonomi yang lebih baik untuk negara.

Menurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat kerana Najib sering-kali mempersoal dan memperlekehkan dasar Pakatan serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi Pakatan Rakyat.

"Oleh kerana Najib secara terbuka mengkritik Program 100 Hari dan mendakwa ia akan membawa kehancuran ekonomi kepada negara seperti yang dialami Greece, saya mengusulkan debat terbuka diadakan.

"Sebagai pemimpin kerajaan dan Perdana Menteri, beliau sewajarnya menyahut cabaran ini untuk berdebat dengan saya. Biar rakyat menentukannya kemudian," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Katanya, serangan terbaru perdana menteri ke atas polisi Pakatan bukan sahaja tidak berasas malah polisi ekonomi yang diguna-pakai BN adalah punca hutang negara kini mencecah RM362.39 bilion atau 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Hutang lebih 50 peratus KDNK

Anwar berkata dengan menangani hanya dua masalah - rasuah dan ketirisan serta memotong subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) - Pakatan akan mampu menjimatkan negara RM51 bilion.

"Hakikatnya Umno-BN yang berhutang setiap tahun. Laporan Ketua Audit Negara dikeluar 25 Oktober 2010 menyatakan hutang negara sekarang melebihi 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah.

“Hutang kerajaan 2009 meningkat kepada RM 362.9 bilion atau 53.9 peratus KDNK. Angka ini bertambah di bawah pentadbiran Datuk Najib," kata Anwar yang juga ketua pembangkang.

Menurutnya, program 100 hari Pakatan Rakyat itu bertujuan mengurangkan beban yang dihamparkan oleh Umno kepada rakyat marhaen yang semakin dihimpit denga kenaikan harga barangan asas dan pendapatan yang mengucup.

Anwar mendakwa kira-kira 40 peratus daripada rakyat negara ini, masih dalam lingkungan pendapatan RM1,500 sebulan dan sebahagian besar daripada mereka adalah orang Melayu dan golongan bumiputera lain.

'Umno begitu dangkal'

Beliau berkata pemimpin-pemimpin Umno begitu dangkal mempersoalkan janji Pakatan untuk memberikan imbuhan tambahan RM500 kepada pendidik bagi mengiktiraf kepentingan profesyen itu tetapi berpeluk tubuh apabila Najib membayar RM77 juta kepada Apco, syarikat perunding pro-Zionis untuk memulihkan imejnya yang tercalar.

"Kita boleh senarai pelbagai fakta. Tidak baik untuk mempermain dan perolok program kita semata kerana nak bagi RM500 elaun tambahan kepada guru sedangkan mereka bayar RM 77 juta kepada Apco. Keutamaan inilah yang membimbangkan kita," kata Anwar.

Memberi pecahan kewangan program 100 Hari Pakatan Rakyat, Anwar berkata imbuhan tambahan RM500 kepada para guru akan menelan belanja sebanyak RM3.2 bilion, manakala subsidi minyak dan gas memasak RM8 bilion, dan penstrukturan sistem tol sebanyak RM 8 bilion.

Anwar berkata Najib harus tampil secara terbuka berbahas dengan beliau untuk memperinci Program 100 hari supaya rakyat boleh mendengar dan membuat keputusan terbaik demi masa depan mereka.

Beliau berkata apa yang jelas sekarang ialah kerajaan pusat memberikan syarikat kroni subsidi yang jauh melebehi subsidi yang diberikan kepada rakyat.

"Empat, lima syarikat kroni IPP dapat subsidi RM 19 bilion. Seluruh rakyat Malaysia dapat subsidi RM11 bilion. Kerajaan takut berdepan dengan syarikat kroni yang kaya, " kata Anwar.





ReJaM© "Tak baik betul lah anwar buli najib macam ni, nanti berbuih-buih mulut dia, kepala kat bawah kaki kat atas kah kah kah..."

13 Comments

  1. Bestnya if pendebatan ni dpt dilakukan... dpt kita tgk sendiri sejauh mana 'mereka diatas tu' manjaga ekonomi rakyat melayu itu sendiri...

    ReplyDelete
  2. nama fazly john

    fakta atas tu betul atau auta? kenapa hanya najib atau kerajaan sahaja yang diserang dgn tanggapan negatif sedangkan pihak pembangkang itu sendiri maksom dr kaca mata pihak penyokongnya?

    ReplyDelete
  3. Fazly ko ni sekolah tadika lagi ke?
    Selama ni yang kena serang dlm utusan, tv3 tu
    Najib ke pembangkang?
    Bangun woi bangun jangan mimpi je...

    ReplyDelete
  4. najib comfirm x berani punye..najib xde butuh..butuh tu pelir dlm bhs srwk..

    ReplyDelete
  5. Betul la rentap,
    memang kuat btul fazly ni merapu.

    ReplyDelete
  6. puteri


    setuju sgt kalau debat di adakan antara mereka...terserlah kehebatan anuar nt! i like.

    ReplyDelete
  7. Selain di atas, program 100 hari jg utk mengembalikan hak negara dan rakyat kepada tempat asalnya terutama projek2 penswastaan yang menjadi perniagaan monopoli kroni2 umno dan bn.

    Kalau dibiar najib terus berkuasa, pembaziran Menara Warisan(Penjajah) yg berbillion ringgit itu akan dilaksanakan. Begitu juga dengan pengambilan pihak syarikat 1Malaysia terhadap hak negara lapangan terbang TUDM Sg. Besi.

    Disamping kebodohan pm dulu yg menyerahkan 2 padang minyak di Limbang kepada negara kecik yg sudah sedia kaya. Ia bernilai RM300B lebih. Itulah padahnya kalau pm kuat tidor.

    PM sekarang tidak boleh tidor pula sebb disekeliling dia terutama teman tidor dia menjadi parasit yang menjahanamkan negara.

    Dulu berita mengenai ketirisan RM28B setiap tahun ...diulangi...setiap tahun..tidak pula menjadi berita besar dan fokus umno. Mereka masih fokus dan berminat mengadap, menghidu dan menjilat bontot saifool...dgn harapan bontot puaka jahanam itu akan dapat mengekalkan mereka memerintah bila Anwar dapat disingkirkan. Kalau berjaya setiap mereka akan mencium bontot keramat yg akan menyelamatkan mereka daripada diheret ke pengadilan.

    Sedarlah, umno dan bn sudah terlalu lama dirasuk syaitan dan hilang kewarasan. Mereka talibarut APCO yg menghimpit kehidupan rakyat supaya umat lemah dan tidak ada masa memikirkan umat. Masing2 akan sibuk untuk nak hidup saja yg tidak pernah cukup2.

    Bagi mereka rakyat adalah seumpama binatang ternak yang diberi sedikit rumput agar gemuk supaya boleh diperah susu, disembelih dagingnya dan dijual kulitnya demi kepentingan mereka.

    Tanyalah diri sendiri, dgn keadaan kehidupan semakin terhimpit, harga barang naik, semakin duit tidak cukup utk sara hidup, apakah ini namanya pandai memerintah? Apakah masih mau dengar kata2 syaitan munafik yg ekonomi sentiasa berkembang, tidak pernah tidak kembang..berkembang sentiasa. Inilah yg keluar dari mulut munafik yg memerintah sekarang.

    Tanyalah diri sendiri apakah kita rasa anak2 kita akan lebih selesa dimasa akan datang atau makin terhimpit kalau trend pemerintahan durjana ini berterusan? Kos pengajian semakin meningkat, bila sudah tamat, tiada pula jaminan kerja. Pertanian sudah dipinggirkan, sekarang terhegeh2 suruh siswazah berkebun pula. Sedangkan wawasan 2020 belum tercapai.

    Bila di tawar sesuatu yg baik, rakyat dibrainwash konon semua tu mustahil. Memang mustahil utk perompak dan penyamun memberi keselesaan kepada rakyat. Tidak ada dalam kamus mereka utk memberi keselesaan kepada rakyat, jauh sekali berkorban utk rakyat. Maka rakyat jgn biar penyamun dan perompak bermaharajalela lagi.

    Hancurkan perompak, penyamun, pengkhianat bangsa agama dan negara yg memerintah sekarang...kalau betul mahukan ketuanan melayu terjamin. Ketuanan melayu yg memberi manafaat kepada semua rakyat tidka mengira bangsa dan agama. bukan ketuanan melayu munafik yg menyembelih bangsa sendiri, menghina agama sendiri dan bersekongkol dgn musuh Tuhan dan musuh manusia sejagat. Musuh yg menganggap selain mereka adalah binatang belaka. Itulah sahabat mereka.

    Nota : carikan hamba seorang pemimpin yg sanggup dihina, dipukul, ditelanjang, diaibkan berdekad2 demi membela rakyat?

    ReplyDelete
  8. jaka, agak2 la nk komen, malas aku nak bace.. tpi ape2 pun, xsabar nk tgk muke merah padam najib, mesti semerah lipstik die kan...
    untuk fazly, kalau ko masuk raja lawak mesti terus jadi juri la, sbb lawak ko high class l beb.. bangang punye fazly..

    ReplyDelete
  9. Jib steady laa.. kang ko ade dgree ekonomi, nuar stakat degree sastera je.. kot takut gak. Aku rasa ko boleh belasah2 je nuar tuh..

    ReplyDelete
  10. Kira ok lah kalau Utusan, Berita Harian, etc sokong BN, The Sun/MI/MT/Harakah etc sokong PR, tak perlu nak komplen...pergi cakap kat Lim Kit Siang yang asyik-asyik nak pangkah Utusan je.

    ReplyDelete
  11. Kira oklah utusan meloya, berita hairan, nstpee, kosmo, mektro, the star, tiwi3suku, rtm1, rtm2, ntwi7, tiwi8, tiwi9, radios-radios, spee-rm, spr, polis, askar, fru, gani pigtail n geng...(tambah sendiri la aku penat) 'SOKONG' BeEND...kalau nak banding PR ni mcm rakyat palestine pakai lastik dgn batu nak lawan ISRAEL/UPCO/BeEND yang ada jet pejuang(yg hilang enjin tak kira) kahkahkah...tak perlu komplen konon...

    ReplyDelete
  12. Ai PM tak berani ke nak debat dengan PEMBANGKANG Dato' seri Anwar Ibrahim yg layak jadi PM tak lama lagi pr13.

    ReplyDelete
  13. kadang susah nk bagitau orang yg asyik buat fakta berpandukan tv1,tv2 & tv3 serta suratkabo diorang je...kena ade pro & contra laa..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan