Bukti penyelewengan Datuk Ai, Calon BN DUN Tenang

Pada siri pendedahan yang lalu, CiLiK© telah mengutarakan kisah lelongan yang menyebabkan tanah berkenaan terlepas ke tangan pihak ketiga akibat Keculasan Datuk Ai, Calon BN semasa menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah Segamat ketika itu, sila rujuk link ini [Penyelewengan Calon BN].

Sebelum ini, Datuk Ai (Calon BN DUN Tenang) mengatakan bahawa dia tidak bimbang dengan serangan pembangkang kerana "beliau tidak ada perkara yang disembunyikan" [Utusan]. Nampaknya Datuk Ai sudah lupa dengan salah guna kuasa yang pernah dilakukan malah sudah diketahui oleh seluruh warga di Segamat! bangkai gajah mahu ditutup dengan tudung saji "Pelanduk mudah lupakan jerat". CiLiK cabar Datuk Ai! Sila nafikan pendedahan ini!


Pendedahan diteruskan

Walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh tuan tanah, sehingga terpaksa bergolok bergadai untuk mempertahankan tanahnya daripada dilelong, namun proses lelongan tetap juga berlaku.

Sebagai jalan terakhir, tuan tanah yang terlalu terdesak telah menawarkan wang RM 3000 kepada pembida agar menarik diri daripada lelongan tersebut. malangnya pihak pembida menolak, sebaliknya meminta wang sebanyak RM 30,000 jika mahu pihaknya menarik diri dari pembidaan tersebut.

Akhirnya terlepaslah tanah seluas 8 ekar ini kepada pembida tersebut. Tuan tanah yang berasa dianiaya oleh masaalah birokrasi Datuk Ai selaku PPT pada waktu itu telah melantik peguam bagi memastikan perkara ini dibawa ke mahkamah.

Keadilan harus dituntut! Salah guna kuasa Calon BN, Datuk Ai harus didedahkan kepada masyarakat! Ini bukan isu peribadi, tetapi isu penyelewengan yang melibatkan tanah rakyat yang teraniaya.

Sebagai bukti dakwaan ini, di bawah ini CiLiK© dedahkan dokumen-dokumen yang berkaitan, [Sila klik untuk membesarkan imej]









Nantikan pendedahan seterusnya, apabila pembeli tanah telah mengambil tindakan saman ke atas Kerajaan Johor akibat dari keculasan Calon BN DUN Tenang, si Datuk Ai ini.

CiLiK© "Datuk Ai cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji walaupun bau busuknya sudah lama dihidu oleh seluruh warga di Segamat Johor!"

16 Comments

  1. Terbaik! Teruskan pendedahan! MiLo SuaM = Wikileaks Malaysia !
    Saya akan terus menyokong MiLo SuaM!
    Bakal Pemimpin Zalim kita bagi mampos!!!

    ReplyDelete
  2. bro, kalau dapat satukan dlm satu artikel/post kan senang semua pendedahan ni...takut mcm ni orang tak faham n timbul lain2 isu pula..

    ReplyDelete
  3. kamen rider black~24 January 2011 at 18:51

    Besa la tu...org beend mmg perangaio cenggitu..
    btw, cilik...lame x nampak...

    ReplyDelete
  4. Di akhir pendedahan CiLiK akan buat satu
    entry khas sebagai rumusan kesemua pendedahan ini....

    ReplyDelete
  5. Yup kamen rider... sibuk sikit hehe...

    ReplyDelete
  6. Kpd semua pengundi dun Tenang, beri lah undi anda kepada calon PR CIKGU MALA yang bejiwa rakyat untuk di angkat menjadi wakil rakyat, yang pasti nya lebih amanah dpd calon BN. Wakil BN belum diangkat sbg adun dah tak boleh jaga hak rakyat, ini pula jika menang, apa akan jadi rakyat Tenang. Jika nak kan ketenangan UNDI LAH CALON PR LAMBANG PAS ( CIKGU MALA ). HIDUP RAKYAT HIDUP PR.

    ReplyDelete
  7. peh ini kes salah guna kuasa ni! kita nantikan mengapa
    Datuk ai beriya-iya membenarkan lelongan tanah itu!
    Adakah rasuah berlaku?

    ReplyDelete
  8. ???????????????????Siapa pemilik tanah tu sekarang?

    ReplyDelete
  9. Nantikan pendedahan seterusnya!

    ReplyDelete
  10. bising2 pun tarak guna.. akta dan semua hukuman perundangan hanyalah untuk pembangkang dan rakyat yang tidak menyokong BN... daftar sahaja ahli UMNO atau BN, semuanya beres dan menjadi maksum dari apa2 perundangan Malaysia...

    ReplyDelete
  11. tsk tsk tsk ado tok ai ni kira spesis bilis le ni baru nk berjinak2 nk jadi ikan besor sikit...tapi bilis pun dah mengketedarah baik punya (patut la lemak melilit satu badan)...kalau taiko2 jerung ntah apa yg dibaham tak tahu le...sebelum ado tokai ni jadi ikan besor kita kene pastikan makhluk ni dituba habis habisan

    ReplyDelete
  12. i like milo suam.....cukup susu...cukup milo....secawan tak puas....satu lagi milo suam.....

    ReplyDelete
  13. hidup umno... umno terus mara untuk bankrapkan negara.....

    ReplyDelete
  14. allo milosuam..kalau betul nak cakap pasal keadilan awat tutup nama....mane buktinyer...'bukti' yg ko wat ni...budak tadika pun leh taipkan...ngeh3x....dgn takde tandatangan...huhuhu...sapa yg kena tipu nih??????

    ReplyDelete
  15. tak payah lah nak susah2...kat johor ni letak bangkai pun diorang sokong.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan