Calon BN Tenang , Kerajaan Johor disaman RM 1.5 Juta

Sebelum ini MiLo SuaM telah mendedahkan bagaimana calon BN yang pernah menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah daerah Segamat, akibat kecuaiannya telah menyebabkan sebidang tanah milik penduduk dilelong kepada pihak ketiga secara tidak sah. [Calon BN DUN Tenang].

Pemilik tanah yang tidak berpuas hati telah membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi Muar untuk menuntut keadilan, hasilnya Calon BN Datuk Ai telah kalah di dalam perbicaraan dan tanah tersebut berjaya dikembalikan kepada tuan punya yang asal pada tahun 2008 bersama kos kerugiannya. [Dokumen mahkamah]

Namun begitu pembeli (pihak ketiga) yang telah membeli tanah tersebut dengan harga RM 70, 000 telah mengalami kerugian yang besar akibat kes ini, lantas melantik peguam untuk mengeluarkan saman sivil dengan menamakan Datuk Ai sebagai defenden pertama diikuti oleh Pegawai dan Pejabat Tanah Segamat, serta Kerajaan Negeri Johor.

Hari ini, di dalam sidang media yang dilaporkan oleh Malaysiakini, Pengarah Pilihanraya PAS, Salahuddin telah mendedahkan bahawa Calon BN Mohd Azahar Ibrahim telah disaman bersama-sama dengan Pegawai dan Pejabat Tanah Daerah Segamat, serta Kerajaan Johor sebanyak RM 1.5 Juta sebagai ganti rugi akibat kerugian yang dialami oleh pembeli. [Malaysiakini]


Kes saman Rm 1.5 Juta ini difailkan pada tahun 2009 dan akan didengar di mahkamah pada 7 Febuari 2011 ini. Namun begitu Calon BN ini dilihat berbohong apabila mengatakan bahawa kes tanah tersebut sudah selesai. [Utusan]

Nampaknya wang RM 1.5 Juta milik kerajaan Negeri Johor bakal digunakan untuk membayar tuntutan saman ini sekiranya kes ini kalah. Belum apa-apa dah menyusahkan Negeri Johor!



ReJaM© "Baru bertanding nak jadi ADUN dah mula nak menipu nampaknya!"

16 Comments

  1. pendedahan demi pendedahan dikeluarkan ...agak2 bape persen bakal2 pengundi kat sana baca ek.akak kat umah ni macam nak jadi pengundi antu tolong cikgu mala.milosuam ada apa2 lagi nak dedah....dedah aurat harungi banjir..

    ReplyDelete
  2. takpa arr
    uuntung orang saman tu
    hahahaha

    ReplyDelete
  3. cayalah bro rejam! aku mmg respek kat kau goa2 punya!

    ReplyDelete
  4. tula tok ai... aku nengok muka hang ni nampak sangat kuat tido petang.. pasni petang hang kena g kebun, cari hasil nak bayaq 1.5 grand

    ReplyDelete
  5. Mampos! Calon penipu pun boleh jadi calon ke? Tukang ghembat tanah orang nih! kah kah kah....

    ReplyDelete
  6. perghh semua komen 'wee in the mornin'' penangan melo suam! cayalah hehehe...kpd datok ai, takdan apa2 dah tunjuk taiko nampak...potong lilitan lemak kat muka tu baru tau...

    ReplyDelete
  7. perh...milosuam punye penangan.lu mana angkat ini belita.ini belita tatak betutnya.hebat la bro.tk bagi can langsong kat datok ai.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan PAS kelantan juga kena saman kes Balak?

    ReplyDelete
  9. Biasanya kalau seseorang calon ada kes mahkamah yang belum selesai bukankah dia boleh 'disqualified' ke masa penamaan calon hari tu?...sekadar bertanya...

    Tapi kes2 mmacam2 ni kalu kat johor tu, orang johor tal ambik pot, janji perut mereka 'terisi'...

    ReplyDelete
  10. rasenye media umngok nk siarkan k kes ni hak3

    ReplyDelete
  11. hahha biawak hidup nak jadi ADUN ceh~ makan nasi kang2 ke org2 org2 johor ni?

    ReplyDelete
  12. Saya Mencabar kepada pemilik blog ini agar mendedahkan No saman ! tersebut , selagi tidak didedahkan No saman tersebut , selagi itu lah Dakwaan saman 1,5 juta tersebut adalah PALSU !

    ReplyDelete
  13. dh mmg perangai umngok

    ReplyDelete
  14. kluang man
    hahaha...
    apa lagik bro...dedah la No Saman...]
    ada mamak dah cabar lu...
    lu dedah kasi tutup mulut itu mamat...

    ReplyDelete
  15. Kenapa kebenaran tetap kalah ditenang..kenapa????]

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan