Cukai perkhidmatan naik mulai 1 Feb 2011


Kali ini MiLo SuaM nak hebahkan satu berita baik untuk penyokong-penyokong kerajaan Satu Malaysia yang kaya raya, yang juga merupakan berita baik untuk penyokong-penyokong dari golongan rakyat miskin. Kadar bayaran bil pengguna telefon akan melambung mulai 1 Febuari 2011 ini berikutan Kerajaan Satu Malaysia Najib telah menaikkan kadar cukai yang harus dibayar kepada kerajaan. Sila rujuk pengumuman bertulis yang dipetik dari bil maxis berikut.



Untuk maklumat lanjut, anda dipersilakan menghubungi sendiri khidmat pelanggan Maxis.

Apapun ReJaM nak ucapkan tahniah untuk berita baik ini kepada penyokong-penyokong Kerajaan Satu Malaysia yang kaya raya dan selama ini pening kepala mencari jalan bagaimana untuk menghabiskan duit anda. Inilah masanya untuk anda berbakti kepada kerajaan kebanggaan anda yang sudah semakin kekurangan duit untuk menganjurkan pilihanraya.

Bagi penyokong Kerajaan yang miskin, (ada juga penyokong kerajaan satu Malaysia yang miskin) pula, ini juga berita baik untuk anda, kerana inilah masanya anda menunjukkan taat setia kepada kerajaan. Sebagai rakyat yang taat setia kepada kerajaan, anda wajib bersedia untuk berkorban, terkorban, dan dikorbankan oleh kerajaan demi memastikan kemenangan Kerajaan Barisan Nasional!

Pasti penyokong-penyokong kerajaan sedang terlompat-lompat kerana terlalu gembira mendengarkan berita ini, seruan bakti kepada kerajaan sudah tiba (bagi golongan kaya) juga seruan untuk mengorbankan anda juga sudah menjelma (bagi golongan miskin). Anda tidak perlu risau dan menunggu-nunggu untuk dikorbankan oleh kerajaan, kerana ReJaM akan maklumkan lebih banyak lagi kenaikkan harga barang-barang dan perkhidmatan dalam masa terdekat ini berikutan peningkatan cukai yang mendadak.


ReJaM© "Kalau duit masih banyak lagi jangan lupa belanja ReJaM, ReJaM ni orang miskin je..."

32 Comments

  1. Maknanya lagi banyak bercakap lagi banyak cukainya. Betul tak?

    ReplyDelete
  2. Korang ni semua miskin,
    sebab tulah banyak bunyik!
    cuba kalau kaya, takdelah bising-bising
    macam ni...
    Tulah siapa suruh malas kerja...
    Dah miskin tu duduk diam-diam sudahlah...
    Nak barang murah duduk kat zimbabwe, Indon, Vietnam
    Najib pemimpin bijak, dia taulah apa dia buat
    Korang ni rakyat bodoh semua...

    ReplyDelete
  3. ade jugak yg sokong...x tau dh nk ckp mcm mane.

    ReplyDelete
  4. hehehehe buta hati agaknye....

    ReplyDelete
  5. Korang nak salahkan kerajaan buat ape?
    Tak payah pakai telefon, abis cerita...
    Ini semua politik puak pembangkang....

    ReplyDelete
  6. kpd org kaya...
    mmg ngok ko ni...dasar kerajaan yg x adil...
    mengamalkan konsep yg kaye semakin kaye,yg miskin semakin pape kedana...
    2 la konsep yg najib kesayangan ko amalkan...
    bukak ar mate ckit kawan...
    terang2 deorg membebankan rakyat...
    jgn smpai ko dah pape bru nk sedar...

    ReplyDelete
  7. ermm... dah memang kena cukai nak buat macam mana... kerajaan tengah dalam defisit.. aku pun tak tau tu apa tapi bukan mudah takmo naik harga minyak, naik cukai dsbgnya...

    tak paham kenapa ada yang confident kalau Lim guan Eng jadik PM minyak dapat free... tak kena cukai... belum dapat boleh sembang laa... dah dapat baru ada akai naik ka tak naik!!!

    ReplyDelete
  8. ini tanda2 k'jaan pandai per.. leh wat untung pd negara, tambah hasil mahsul. Ckp ting tong, utg sana, income negara naik sana, sykt GLC utg sana bilion2, dn mcm2 lg laaa yg best2 didgr smer... last2 air naik, api naik, tel naik, gula naik minyak naik. Igt ke tong tong tong smer tuh, leh laa cover utk rakyat balik.. mmg dasar BN Barang Naik laaa nh...

    1Malaysia
    Rakyat dihulukan = mana2 pun, rakyat laaa kena getah dulu
    Pencapaian diutamakan = utk poket sendiri & kroni laa..

    ReplyDelete
  9. "tak paham kenapa ada yang confident kalau Lim guan Eng jadik PM minyak dapat free... "

    Dari mane ko dapat berita bangang ni? Aku tak penah dengar pon, gila ke ape ko nih.

    ReplyDelete
  10. Orang kaya said yang bodoh dan tolol

    ReplyDelete
  11. Orang kaya cakap macam orang bodoh jer...

    ReplyDelete
  12. kelakar la korg nih...cube kaji dlu isu tu seblom kecoh mcm org bodoh
    aku refer pd bil aku sbg contoh
    bil maxis aku lebih kurg rm259.12
    service tax 5% rm7.15(tak sure mcm mane kire sbb bil tmasuk rebate dsb)
    naik jd 6% nnt lebih kurg rm8.50
    naik rm1.40 sebulan utk aku yg pakai POSTPAID bil rm250.00
    skali blog kluar ayat berkorban terkorban...omakkkaihhhh
    takde duit pakai prepaid jgn gayut byk2 la...itu pun nk salahkan gomen ke?

    "mengamalkan konsep yg kaye semakin kaye,yg miskin semakin pape kedana..."
    rakyat bodoh mcm ko ni lah yg menyusahkan rakyat..dah la bodoh,menghabiskan duit kerajaan pegi skolah,pastu memperbodohkan rakyat lain...dah tu ko nak malaysia pakai konsep sosialism?komunisme?sume org sama kaya sama miskin?dasar malaysia utamakan pendidikan.ko tgk bajet utk pendidikan kt msia ni brp byk gomen bagi?sbbnye pendidikanlah cara terbaik utk org susah keluar dr kemiskinan.bukan bantuan JKM,bukan sedekah2,bukan bagi duit longgok2 kat org susah.dah gomen bg skolah,blajar la..kalau semua org miskin gomen tanggung,buat pe pegi skolah?baik duduk rumah tggu duit gomen hantar.kalau sendiri malas belajar kat skolah,dah susah jgn nk salahkan kerajaan.peluang utk ubah nasib dah kerajaan bagi kat semua.nak dgn taknak je.

    kalo takda rm1.40 tu pegi la mintak JKM kut2 dapat.hehee

    ReplyDelete
  13. Lagi sorang si bodoh Maxisuser, org bukan tumpukan semata-mata
    kat bil telefon ni bangang, berapa banyak lagi barang yang naik dlm tahun 2011 ni...
    ko sedar ke tak sedar?
    Ini salah satu je barang yang naik...
    sebab itu dinamakan rakyat dikorbankan...
    kah kah kah...
    kena perah dgn kerajaan masih lagi nak membela
    nanti kerajaan sapu taik atas kepala ko pun ko ckp bagus!!!!

    ReplyDelete
  14. hahahaa..aku xtau lar..sape yg nk miskin..miskin bkn bererti hina..saranan utk tidak pki telefon sama jer jwpn2 dgn menteri2 bn..gula naik rege jgn guna gula..beras naik rege jgn mkn nasi..minyak naik rege suh naik basikal...apa kata org2 yg cakap camni buat dl...bpe byk ketirisan wang berlaku kt negara kita..projek 1juta jd projek 100 juta..dgn sewenang wenangnye naik rege..ckp negara nk bankrap..msia xakan bankrap sekiranye tadbir urus wang rkyt(bkn wang kerajaan bn) diurus dgn baik dan amanah...gaji najib tuh...rkyt yg byr k..

    ReplyDelete
  15. kurgkan guna gula..kalau ye pon nak berpolitik,jgnlah semua benda baik kita tolak..rakyat jugak yg bayar gaji menteri kesihatan,bila menteri buat kerja bgtau rakyat byk ambik gula mengakibatkan obesiti,kencing manis dsb antara yg tertinggi dlm dunia,takda plak korg pk.mcm mana nk suruh rakyat msia yg digula2kan oleh ahli politik sbg 'sudah pandai' utk kurgkan ambik gula?kempen kurgkan gula?hahah...tak..naikkan harga..kalau rakyat gemuk dan tak sihat sbb gula murah sapa nak tanggung?psl ketirisan tu mmg aku setuju 100%.kita kene hapuskan org2 mcm ni tak kira dr parti mana.tp come on lah rakyat2 yg 'sudah pandai'...takkan service tax 5-6% pun nk bawak jd isu..duk komplen gomen mbazir tu elok lah,tp cermin la diri sendri jgn hipokrit.tak ke kite ni pun mbazir jugak.henpon nak mahal2,kereta nk gempak2,makan nk tempat mahal2,duit ada 10ringgit nk bli tshirt branded jugak.sendiri kna jaga ekonomi masing2 la.kalau tak reti tu sbb pegi skolah main lastik anak org.tapi ye lah,kalau dah tak reti,kalau sendri dah buat silap,takkan la nk buat blog maki diri sendri ye tak?sape nak baca.lg senang maki gomen,bangkitkan amarah rakyat2 lain,bg semua ikut ckp setan.ramai penyokong,ramai org bace blog,nnt femes kan best.sbb dah terbiasa mkn sedekah(subsidi),bila kena tarik balik hangin la.masa gula murah dlu bukan main tayang kasut bata,baju cap buaya,rokok dunhill...huh kaya kaya..kaya apa?kaya dgn subsidi?

    aku tetap dgn pendirian aku byk isu kerajaan kena perbetulkan dan banyak jugak rakyat kena perbetulkan.nak bawak isu,pikir2 lah dulu.jgn nak mengamuk tak tentu hala.library awam ada byk buku ekonomi makro mikro,bleh pegi baca dlu.kalau tuka anwar ke ana rafali ke jadi PM pun ko igt harga barang tak naik ke?jgn jadi bodoh la..time nk pegang kuasa kena la janji lebeh sket...semua parti politik dlm dunia ni mcm tu..ngorat isteri dlu pon ramai buat camtu..adoyaiii..

    ReplyDelete
  16. Kali pertama saya tengok ada orang bodoh macam ni.
    Harga barang naik dikatanya benda baik
    Maxis ni tak sekolah ke?

    ReplyDelete
  17. Biol budak maxis ni...
    Inilah orang-orang gila yang
    membantu kemenangan BN dan UMNGOK
    Cakap apa pun dia akan terus kata
    kenaikkan harga barang adalah baik...

    ReplyDelete
  18. Si bodoh Maxis!
    Najib Altantuya ko sekarang ni tengah kemaruk
    naikkan harga barang pasal apa?
    Nak beli spender rosmah banyak banyak ke?

    ReplyDelete
  19. Asasnya, kenaikan harga & cukai sst barangan atau perkhidmatan tentunya mempunyai kaitan dgn kedudukan kewangan k'jaan. Di samping perubahan faktor harga pasaran yg mgkin tidak boleh dikawal dgn melibatkan kos dan sebagainya, dan juga keperluan kepada penambahan dana kerajaan.

    Hari ini, kita seringkali dimomokkan kenaikan harga brangan (terutama petrol) dgn perubahan harga & stok pasaran (stok pasaran tempatan boleh dikawal oleh peniaga & k'jaan, ttp samada k'jaan mengawal peniaga atau peniaga mngawal k'jaan jd persoalan) tetapi mungkin kita tidak pernah mendengar secara k'jaan perlukan modal atau dana tambahan dalam pembangunan negara melainkan kita melihat bajet yg dibentangkan menunjukan kadar defisit. Telinga kita sentiasa dicuci dgn pelbagai keuntungan dan lebihan telah dihasilkan oleh k'jaan bg menunjukkan pemimpin sekarang mampu dan pandai mengendalikan ekonomi negara. Kalu itu lah hakikatnya, tiada siapa yang harus bangkang, malah harus memberi sokongan penuh dalam menambah dana negara. Bukan bermakna, bangkangan dibuat menandakan tiada satu pun yg berjaya dilakukan oleh k'jaan kini.

    Pendapatan negara dilaporkan setiap tahun meningkat dan secara logiknya kemudahan yg dinikmati oleh rakyat tentunya selaras dgn kenaikan pendapatan. Tidak dinafikan, segala kemudahan2 tersebut adalah berbayar (spt talian telefon) dan tidak berasas juga jika hendak diberi percuma krn itu bukanlah st tanggungjawab sosial yg paling wajib (buat masa kini) disediakan oleh mana2 k'jaan yg memerintah.

    Persoalan yg cuba dibangkitkan oleh rakyat kini adalah kebocoran & ketirisan yg berlaku dalam dana k'jaan yg secara langsung memberi kesan kepada persekitaran ekonomi negara. Laporan audit negara, bknaan kehilangan RM28 billion masih gagal dijawab oleh k'jaan. Bukan tahun lepas sahaja, malah saban tahun ketirisan berlaku. Kos2 melepas dgn jumlah sbegini, tentunya tidak mampu ditampung oleh pertambahan pendapatan dan tidak seimbang dengan pertambahan penduduk, malah k'jaan TERPAKSA mencari sumber lain termasuk menaikan kadar cukai, mengurangkan subsidi dan sebagainya yg terpaksa ditanggung oleh rakyat. Ini lah sebenarnya yg menjadi beban kepada rakyat.

    Aku rasa, tidak perlulah k'jaan memainkan sentimen krn gula berlebihan mengkibatkan kencing manis dan alasan2 seumpamanya krn hari ini rakyat sedia maklum & juga telah celik dalam ilmu2 sbgini. Mungkin ada segelintir sahaja yg masih berfikiran seperti maxisuser!

    ReplyDelete
  20. lisa,andak dan yg dihormati Pelangi Malam bgtau la cara nak mengatasi mslh obesiti+penyeludupan gula keluar(bmakna kebocoran subsidi kpd negara jiran).kut pandai sgt.

    sistem subsidi sedia ada ni tak sesuai.petrol,gula,minyak msk dsb.lg byk korg bli lg byk dpt subsidi,btol?dlm erti kata lain,orang yg mampu bli byk yakni org kaya dpt subsidi byk,org miskin yg penggunaan petrol,gula,minyak msk x seberapa,subsidinya sikit. sdgkan sasaran utama subsidi ni sptutnya utk org miskin.cdgn suruh kurgkn subsidi ni bkn dtg dr BN je,dr PR pun ade,ngok!sbb sistem ni tak sesuai.jdnye sistem cukai lah sasaran lepas ni.bli lebih,cukai lebih.org susah tak terasa sgt,yg kecoh org x kaya tp blagak kaya!

    Pelangi Malam yg dihormati,sy setuju mmg byk yg kena diperbetulkan kerajaan.mmg setuju.sy merujuk twitter @mpkotabelud yg mencabar kesahihan dakwaan kenyataan AG mengenai ketirisan rm28bil yg dilaung2kan,namun masih blom dpt dibuktikan oleh mana2 pemimpin pembangkang.dr dlm sidang parlimen lg dicabar utk buktikan di bahagian mana dlm AG report yg dinyatakan ketirisan rm28bil?YB ipoh timur pun x dpt jwb! mpkotabelud berpendapat 28bil tu adalah propaganda anwar sendiri.dkt parlimen xnak jwb,tros hebahkan pd rakyat benda tak betul.tp kita sama2 tahu ada ketirisan,kebocoran dsb cuma x lah 28bil.walau 28ringgit skali pun,kita kena halang.tp bknlah dgn cara politikkan isu remeh temeh,ikut rentak pemimpin yg ada kepentingan diri sendiri dlm perjuangan.

    perkataan beban tu sy nk ulang skali lagi,beban yg mcm mana?siapa?seberat mana bebannya?beban secara relatif kpd keadaan yg terdahulu?sbb dah terbiasa dgn subsidi?jujurlah dgn diri sendri,tgk sendri cara hidup rakyat kita ni mcm mana.membazir ke tak?bandingkan dgn negara2 lain.keluar dari bangku anda,bukak mata tgk sendiri.muhasabah diri sendiri.semoga yg memimpin dan yg terpimpin kembali ke jalan yg benar.tak guna kerajaan BN atau PR atau kerajaan ayah pin skali pun bagi semua benda yg rakyat nak tp rakyat merosakkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  21. Perlu ke aku jwb maxisuser?
    Ko cari laa sendiri laporan audit. x perlu laa refer ngan pembangkang. Byk nanti ko jumpe mcm2 laporan yg pening2.. 2 baru 28b.. lain2 lagi.

    ReplyDelete
  22. Hipnotis bn kepada penyokong2nya, sehingga mereka tidak percaya adanya yg lebih baik dari bn. seumpama duduk dalam jamban, sudah lali dgn bau busuk dan najis keliling. sudah selesa dan terima bahwa jamban itulah yg terbaik, tidak ada tempat yg lebih wangi dan bersih selain dari jamban.

    kalau kamu nak duduk dulu kini dan selamanya dlm jamban yg 'wangi' utk kamu tu, silalah. rakyat yg bijak mahukan sesuatu yg lebih baik dan wangi yg tidak mustahil boleh dibuat. bukan PR hendak mencipta syurga utk rakyat, hanya kehidupan yg lebih selesa, adil dan tidak memeras rakyat.

    kesian katak yg lama bawah tempurung, tidak ada dunia lebih luas selain dr tempurung umno tu. tu sebab yg masuk umno digelar katak. tapi mereka lebih bijak kerana nilai katak mereka tu mahal macam harga tokek.

    yg menyokong masih kais pagi makan malam ni yg kesian. masih bersemangat perjuangan yg kosong sedangkan pemimpin kamu sudah lupa apa itu org melayu.

    ReplyDelete
  23. aih ... malaysia ni berada di tahap yang nauzubillah .
    inilah akibatnya kalau kerajaan x pandai uruskan kewangan .
    harga brg naik , minyak naik ...

    Dah sah malaysia ni negara jg JUBO

    ReplyDelete
  24. Pelangi Malam, yg bawak propaganda 28bil tu pembangkang,pembangkang la kena buktikan.bila tny lim kit siang mana dpt angka 28bil tu,x berjwb.mcm aku ckp ada kebocoran dlm AG report tp mana ada smpi 28bil.15bil pon blom tentu.buktikan la.

    JAKA : aku bukan kata tak ada lg baik dr BN,tp bkn PR mcm skrg ni.PKR tak tentu hala dgn ketua umum bermasalah,DAP+PAS lain2 ideologi...apa yg PR ada?BN teruk?betul,aku stuju.kalau betul ada yg lg baik dr BN,mmg aku sokong dah tp takda.aku bharap PR akan bertambah baik dr hari ini utk masa2 akan datang.sbg pembangkang ke sbg kerajaan ke,PR itu penting utk negara ni.kita kena buang anasir2 perosak dlm PR ni.contohnya org mcm ko lah.taksub.nak tanak kena PR jugak menang,biaq pi la PR teruk mcm mana pun.tipikal lah ko ni.

    majoriti rakyat msia dah undi BN.tp ada plak rancangan 16 september nk rampas kerajaan.sekali perak yg terlepas,la ni konon2 selangor plak nk kena rampas.kalau ye pun tak undi BN,hormat lah pemimpin yg dipilih rakyat.ni najib altantuya lah,spender rosmah lah.jgn samakan 'rakyat' Pakatan Rakyat sbg seluruh 'rakyat' malaysia.duk mintak kerajaan yg baik,rakyatnya tak pulak jd rakyat yg baik.bodoh.

    ReplyDelete
  25. sy x menyebelahi sesapa...BN pun bkn,PR pun bkn tp pada sy apa yg krjn laksanakan sekrg dgn kenaikan semua harga brg mmg membebankan rakyat..mmg la bgs kurangkan gula,kurangkan minyak dalam makanan tapi kekadang tu bila nak beli kuih dan makanan pun harga dah melambung..sapa yg kata kalau dah miskin jgn la nak pakai kete besar2,hp mahal2...x kira la kalau line telefon tu postpaid ke prepaid ke,lepas nie tax utk prepaid pun mesti la naik, touch n go pun bila dah top up mesti dah krg 6% dari harga belian top up..saya sendiri pun pakai kereta kancil je pakai line prepaid tapi semua tu dah naik kosnya..dan bukan itu sahaja...bil astro pun dah ada tax 6%...bayangkan la...apa la org yg x berapa nak ada kemampuan tu nak bagi keluarga diaorang makan...sebelum ni mungkin la makan pun boleh la beli ayam,beli ikan...lepas ni,agak2 apa yang diaorang nak makan??ikan bilis ke??kepada sesiapa yang cakap besar,iye memang awak boleh kata semua tu tak membebankan anda semua...bagusla,hidup anda di tahap yang mana anada tak perlu nak risaukan apa2...tapi,apakah yang anda akan rasa apabila anda yang berada di dalam situasi kami ni??bukan semua orang hidup senang macam 'awak2' semua itu...

    ReplyDelete
  26. Aku rasa, dlm ulasan aku di atas, x de mngaitkan info ngan memane parti politik pun bkenaan blakunya ketirisan tuh. Bjela2 plak mamat tu huraikan yg itu propaganda ditimbulkan oleh pembangkang... ehehehe.. aku bagi link ni sket dah laa.. Tp kot nanti kau ckp propaganda editor tuh plak.. ehehehe.

    http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/polisi-awam/129-kerajaan-gagal-jelaskan-ketirisan-rm28-bilion

    p/s:
    Jgn ko cakap Shahrir Abdul Samad pembangkang plak dah ler. Adik bradik dia Khalid Abdul Samad pun BUKAN pembangkang, psl UMNO kat Selagor plak pembangkang.. Hehehehehe

    ReplyDelete
  27. hehe bukan maxis jer..sumer tax yg 4% yg dikenakan kat kedai2 b4 ni akan jadi 6%...

    harap maklum.

    ReplyDelete
  28. customer service maxis mcm hampes... Lebih 20x aku call ngadu masalah servis yg dia org provide, lbih 20x plak aku tpaksa start dr awal citer benda yg sama. 3 hr plak tuh baru slesai. Konon2 nk pujuk aku, bg laa aku kredit RM5 ke no prepaid aku, katanya di atas kesulitan yg aku alamai. Mmg hampessss...

    ReplyDelete
  29. kamen rider black~13 January 2011 at 20:45

    Digi siap antor mesej lg utk inform penggune postpaid mcm aku yg kne cas service charge 6%..siot..

    ReplyDelete
  30. Kalu x de DiGi, aku rasa kadar pengunaan skrg kita x dpt. Kalu korang perasan laa, DiGi laa biasanya 1st turun rate, pastu br celcom n maxis ikut... Sskali aku terasa cam DiGi di anak tirikan jer. Aku dgr khabar2 psl dia mgkin compny luar, apa2 lesen kena lmbat laaa sket. Masa aku pakai broadband DiGi dulu2, aku tanya kat staff dia org, nape x dpt 3G masa tuh? Katanya, gomen x kasi lesen lg masa tu. Nanti kot maxis ngan celcom pening plak..

    ReplyDelete
  31. let say, on simple calculation berlaku pertambahan bil sebanyak minima rm1.40 bg setiap perkhidmatan yang digunapakai oleh orang ramai skrg spt astro, telefon, internet, handphone, teller etc jika ada 10 perkhidmatan bermakna tambahan rm14.00 sebulan. ini tambahan direct dr kocek/akaun pengguna. penyedia perkhidmatan lain juga akan turut terlibat dgn kenaikan ini dan mereka akan memindahkan kemudahan ini ke atas pengguna. jadi tambahan yg akan berlaku adalah lebih dr rm14.00 sebulan. multiply effect.

    org ramai tidak takut membantu kerajaan tetapi apa yg org ramai lihat adalah kerajaan masih mampu berbelanja secara mewah. jadi mengapa mereka perlu dikorbankan?

    ReplyDelete
  32. apasal rokok xnaik2 lg? cis betul laaa.
    -max

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan