Cikgu Mala dihina kerana ikut suruhan Allah


Presiden MCA dilihat menghina calon PAS Normala Sudirman atau juga dikenali sebagai "Cikgu Mala" apabila meminta pengundi-pengundi bukan Islam agar jangan mengundi calon PAS kerana wanita ini hanya mahu bersalaman jika memakai sarung tangan. Presiden MCA itu berkata, "Jangan undi Normala, kerana bekas guru itu tak akan melawat tokong Cina, sama seperti Presiden PKR, DS Wan Azizah hanya akan berjabat tangan sekiranya dia memakai sarong tangan ..."[Malaysia chronicle].

Sambil menyamakan Cikgu Mala dengan isteri Anwar Ibrahim, Pelakon video lucah itu juga mendakwa calon PAS ini tidak akan mahu melawat kuil dan tokong dan tidak mahu bersalaman jika tidak memakai sarung tangan.


Para pembaca yang saya hormati, jelas sekali terdapat batasan dan larangan di dalam Islam kepada muslimah untuk bersalaman dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya. Namun imej wanita Islam ini secara jelas dihina oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek yang sejak kebelakangan ini sering menunjukkan sikapnya yang anti Islam.

Kita tidak boleh menyalahkan sepenuhnya pelakon video lucah ini kerana selama ini wanita-wanita UMNO telah berjaya memberikan tarbiyah yang salah kepada beliau.

Mana tidaknya, lihat sahajalah bagaimana pemimpin-pemimpin wanita UMNO yang selama ini mengaku merekalah yang paling Melayu dan yang paling Islam, dalam masa yang sama berkelakuan seperti pelakon-pelakon dari barat dan bersosial tanpa batasan malah kadang kala dilihat lebih teruk daripada orang bukan Islam.

Adakah imej seperti Rosmah Mansur yang telah dijangkiti sawan "tak tahu malu" dan sanggup berpelukan di khalayak ramai dengan lelaki bukan Islam ini yang anda mahukan untuk membawa wadah perjuangan Islam?

Para pembaca yang saya hormati sekalian, imej dan amalan wanita Islam yang dibawa oleh Cikgu Mala ini diperlekeh dan dihina di depan mata anda oleh seorang pemimpin bukan Islam! Tergamakkah anda sebagai seorang Islam membiarkan wanita ini dihina?

Hari ini seorang wanita yang taat kepada perintah Allah, mengikut ajaran Islam di dalam menjaga kehormatan dirinya dihina di depan mata anda sebaliknya orang yang secara terang-terangan mencemarkan kehormatan Islam diagung-agungkan. Sekiranya ada sedikit iman dan rasa tanggung jawab ke atas Agama ini (Islam). Mainkanlah peranan anda.



ReJaM© "Tolak MCA tolak BN, Hentikan penghinaan terhadap Islam! "

34 Comments

  1. mana pergi pengikut@orang BN yang muslim?? xkanlah x tahu salah sama sekali dalam islam bersentuhan lelaki & perempuan bukan muhrim. waktu ni buat apa?? ni la yang dikatakan dalam quran, "ada mata, tapi tidak melihat, ada telinga, tapi tidak mendengar". cukuplah ini menunjukkan mereka bukan jahil, tetapi cuba menolak ajaran islam dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  2. Nasib ler..dunie skang..cmtu la..yg baek diperlekeh..yg...paham2 la..ntah la labu

    ReplyDelete
  3. pemimpin seperti ini harus diajar, jgn berkata jika tidak tahu menahu tentang sesuatu, orang seperti ini tidak layak digelar pemimpin,walaupun diluar negara pemimpinnya bukan Islam,jika ada salah laku seperti berzina spt dilakukan oleh Choi Soi lek ini mereka akan ditendang, ini di Malaysia orang2 seperti ini masih diangkat, tidak kiralah pembangkang atau kerjaan, jika ada orang2 seperti ini mereka harus ditolak dan digulingkan!

    ReplyDelete
  4. mana perkasa la konon nya gagah sgt tu

    ReplyDelete
  5. mane perkasam..
    mane pukida..
    mane pejuang jihad..
    nie agama islam dihina nie apsal dok diam lg...
    xkan senyap pasal org islam pas yg kene hina kot..
    kalo org islam umno kene hina baru nak demo..
    tu namenye bodo....

    ReplyDelete
  6. As-salam,
    Boleh saya dapatkan URL SNAPSHOT yang anda snap?

    kalau boleh, bagilah url tu. semua tu boleh direka.
    w'Salam.

    ReplyDelete
  7. aku rasa Chua Soi Lek ni nak mampos kot.. walaupun aku penyokong UMNO-BN tapi kalau da perangai chua soi lek ni.. bole kne hukum bunuh dia ni.. lu tunggu chua..

    ReplyDelete
  8. as-salam,
    already view the http://www.malaysia-chronicle.com, sorry for asking.

    tapi, isi kandungan url itu fakta kah?

    ReplyDelete
  9. as-salam,
    mmg x d nafikan,,kita sudh brada di dunia kehancuran umat islam(akhir zaman),,org yg teruk diagungkan,,arg yg baik diburukkan..wallahualam

    ReplyDelete
  10. khilafah menuju parlimen....hapuskan..,

    ReplyDelete
  11. sbnrnya...umno ni kalu xde halangan dia lah yg nk bg jawatan perdana menteri pd org kafir laknat.....sng skt dorang nk tindas org islam....cuba kita renungkn kenapa asl dkt je PRU mcm2 propaganda dorang akn wat.....yg terbaru smlm thaipusam nk wat cable car...kenapa BN/UMNO ni mesti dktkn diri dorang ngan kapir utk meraih undi...sbb org islam yg sejati memegang prinsip dan syariat islam xkn plh dorang ni....jd renungkanlah....sutera kasih

    ReplyDelete
  12. laa.... Kerajaan BN la yang terbaik, sentiasa menurunkan harga barang, harga minyak termurah di rantau asia, pemimpinnya semua bermoral, tak pernah makan rasuah, duit judi tak pernah disentuh, perlakuan sumbang semua mana pernah buat...

    Jadi, jangan kutuk pemimpin suci BN, kata Mufti Haram Sana Harus sini...

    ReplyDelete
  13. tentulah soi lek pelik kerana sentuh tgn pun tak boleh. cuba lihat dia, bukan sentuh tgn saja, melekat dan basah lencun pun masih dijunjung punggungnya oleh umno. bangga pulak tu...i am the man. umno jawab; soi lek gentleman, wa caya lu apek tua. lu jadi mentili kesihatan, lu byk ambik viagra ka?

    adapun 'kesalahan' calon PAS itu hanyalah dua perkara saja iaitu bersalam dgn sarung tgn dan tidak melawat kuil. inilah pemimpin yg baik untuk semua. kedua 'kesalahan' itu tidak langsung merugikan 1sen pun wang rakyat. barulah melaka tidak akan bangkrup. langsung tkde unsur penyelewengan harta rakyat...very clean!

    soal pergi kuil tu memang lah sebab mereka islam. soi lek pun tak pergi masjid. bukan setakat masjid, kuil pun soi lek tk pergi. kalau rajin pergi kuil tentulah takkan buat lucah. yg soi lek rajin pergi ialah ke hotel bersama jalang.

    kita minta 40 ulamak umno termasuk general pencen dan ulamaknita penghalal pelacuran utk memberi komen.

    kenyataan soi lek adalah ujian buat ulamak umno. apakah kamu benar ulamak akhirat atau 'syaitan bisu' saja.

    tq kepada soi lek sebab semakin bercakap semakin lucah hamba dengar. semakin menunjukkan perangai gila sexnya itu. org lain yg salam tk sentuh tangan, dia yg marah sebab tak dapat terangsang. makan lagila babi byk2.

    kalau dgn org islam kita kata, "assalamualaikum wbh". kepada org bukan islam kita katakan, "salam sejahtera"...tetapi untuk soi lek kita ucapkan," f.....k you man!!!"

    tu paling afdhal utk dia.

    ReplyDelete
  14. jangan terlalu melihat isu ini sebagai raja semua isu....jangan sebab isu sarung tangan...isu orang kafir masuk masjid , isu arak di selangor , isu campur tangan dalam sistem beraja di selangor , isu hina sultan di perak , isu baca al quran walaupun tidak betul....semua orang dah lupa semua ini....baru isu yang ranting..isu pokok di lupakan...jangan jadi seperti...kerajaan turki uthmaniah...sebab marahkan sultan yang korup...kerajaan digulingkan dan Islam berpecah...sampai sekarang Islam di dunia ini tidak bangkit lagi....renungkan lah....bagi yang celik hati...anda boleh menilai...

    ReplyDelete
  15. harussani!!!sila komen

    ReplyDelete
  16. plakon lucah ni mmg bdoh. X bermoral.

    Mane pukida, perkasa yg x perkasa, ulamaaak perasan muda Umno?? Tgh ada kt batu cave ke? Lpa plak kn 1malaysia.. Hahaha...

    ReplyDelete
  17. JiwaLara,Tmn Kencana KL: Saya berpendapat Chua Soi Lek masih berfikiran ditakok lama akibat indoktrinasi BN/UMNO kepada masyakat Bukan Islam selama lebih 50thn. Beliau kena menghormati amalan & ajaran agama lain. Sama juga dgn amalan kaum Sikh yg mewajibkan kaum lelaki mereka menyimpan rambut & janggut. Itu kepercayaan mereka jadi wajib kita hormati.Seseorang wanita Islam yg menjaga kehormatan diri dgn memakai sarong tangan utk berslaman dgn bukan muhrim WAJIB umat Islam sanjungi. Adalah diharapkan agar Penganut Agama UMNO tidak terikut-ikut dgn fahaman politik kuno Chua Soi Lek ini, kecuali jika sememangnya ajaran Agama UMNO. Semoga Allah meredhai perjuangan Cikgu Mala & wassalam

    ReplyDelete
  18. tu r.bnda yg Islam larang.bnda tu r yg org xske...pdhal pe yg Allah larang,msti de pape yg akn brlku ble wt jgk.ini r mslh yg brlku ble xikt undang2 islam...brlku kes pecah amnah,rsuah,n mcm2 g...

    ReplyDelete
  19. murah kebenda mnyk nyer...ritu kt tv dok compare ngn ngra yg xkluarkan mnyk,nk tnjuk mnyk kt murah lg....dah die xkluarkan mnyk mmg la mahal..bengap UMNOno ni tip rakyat...

    ReplyDelete
  20. Kalo pemimpin Islam Umno buat xtau jak pasal hal nih konpem bg diorang Keutamaan Parti lebih penting dari Keutamaan Agama Islam...xkesa la dari parti apa pun...orang Islam tetap orang Islam..kalo hukum Agama pun pandang sebelah mata...apa yang kita boleh harap dari menteri2 sedia ada...negara Islam?heh..

    ReplyDelete
  21. Cikgu Seks NormalaWAk, tak payahlah nak tunjuk baik
    pakai sarung tangan konon...
    Masa berzina sebelum kahwin dengan maarof dulu
    telanjang bulat boleh pulak?

    ReplyDelete
  22. Kesedihan Dan Kematian Diperalatkan Untuk Kepentingan Politik Di PRK Tenang..!!

    Parti Islam punya keje..??
    Bukan2..
    Parti Ajaran Sesat (PAS)
    Na'uzubillaah..

    http://www.pejuang-maya.com/2011/01/bangsat-punya-pas-kesedihan-dan.html

    ReplyDelete
  23. din kaki lutu dreba22 January 2011 at 19:14

    pemuda umno n9 dah buat fitnah

    bawak le ke kubur hasil fitnah tu
    dapat jugak saham ke neraka

    ReplyDelete
  24. pejuang maya....

    alif mim nun wau
    alif tendang wau
    sarkis

    pergi Lanchowww laaa
    ko ingat rakyat bodoh????

    ReplyDelete
  25. soi leak, bukan shj bole pegang tangan, isap batang pun dibolehkan...

    tak gitu pemuda umno n9??

    ReplyDelete
  26. kita ucapkn jutaan terima kasih kepada pemuda umno n9 kerana sanggup menyedekahkan segala pahala yang dimilikinya selama ini kpd cikgu Mala.

    heran ye, mcm mana dia boleh fitnah tanpa bukti. die saksi kejadian kot. klu camtu pegi la buat laporan. gi la jadi saksi mahkamah. klu setakat cakap je, tanpa bukti,org lain pun boleh tuduh hang berzina dengan ramai rakan skolah hang dlu2. hebohkan ramai2 kat dunie cyber nih. pasti lepas tu sume org percaye.

    buat Anonymous January 21, 2011 9:37 AM,

    hang ni mengaji agame habis ke idak??

    mane hang blajar yg bersentuhan lelaki-perempuan ni soal ranting?? cube tunjuk hadith ke ayat qur'an ke?

    mane hang blaja yg org kafir tak leh masuk masjid?
    hang paham ka, isu arak kat selangor tu, mende?
    hang tau ka, siapa yang sebenarnya merosakkan sistem beraja di selangor dan seluruh malaysia nih?
    hang pahamka, isu hina sultan di perak tuh?
    .isu orang kafir masuk masjid , isu arak di selangor , isu campur tangan dalam sistem beraja di selangor , isu hina sultan di perak? Hang penah tanya ke sultan2 tu apa sebenarnya dalam hati mereka?
    hang ada dalil ka, yg org bukan Islam tak boleh guna ayat Qur'an? mana dalilnya? sedangkan kita sendiri umat Islam masih boleh guna ayat dalam kitab mereka (kitab injil atau taurat) dalam berhujah menyedarkan mereka. cara paling senang bagi mereka nak menyedarkan kita adalah menggunakan ayat Qur'an. Selagi ia tidak menyimpang dari maksud sebenar. Jangan dok haramkan, mende yang ALLAH tak pernah haramkan! Lagipun, itu membuktikan mereka percaya kepada ayat2 ALLAH. sepatutnya, kita tempelak atau pujuk mereka dengan menggunakan bukti ini: kalau awak dah percaya dengan ayat2 kami, marilah masuk Islam.

    tapi, tengokla sendiri, sikap dan mentaliti orang umnolah yang menjarakkan lagi orang bukan Islam kepada Islam. Korang tak sedarke, yang korang la punca mereka membenci Islam? Cube fikir, ape yang korang pernah buat untuk menunjukkan Islam itu agama yang mudah, indah dan serba lengkap kepada non-muslim.

    cubelah sedar skit bahawa Al-Qur'an itu diturunkan untuk sekelian alam. SEKELIAN ALAM!! Maksudnya, termasukla untuk kesedaran orang bukan Islam. Malah, kita sepatutnya membuka ruang bagi mereka untuk mengkaji al-Qur'an dengan lebih trbuka lagi. Yang penting, mereka mengkajinya dengan bimbingan kita orang2 Islam, supaya mereka tak tersasar.

    dah tu, marah pulak bile pas bersekutu dengan dap. sedangkan yang lagi terok ialah, gabungan umno dengan apco yg jelas di dalamnya ada orang2 yahudi yang pernah terlibat dengan pembunuhan umat Islam Palestin. cube la fikir: betapa banyaknya ayat2 Qur'an yang mengingatkan kita tentang bahayanya orang yahudi berbanding orang bukan Islam yang lain?

    tak pernah ke korang trfikir yang org2 dap sesetengahnya benci kpd Islam sebab die cuma nampak buruknya perangai orang Islam sendiri. masalah ni, bukan berlaku kat dap jer. mca, mic, gerakan pun same. so, nape tak cube sedarkan mereka kebenaran dan hakikat Islam yang sebenar? kenapa pulak marah bile mereka takut dan benci pada Islam, sedangkan kita sendiri tak cuba tunjukkan keindahan Islam? kenapa nak sempitkan pemikiran kita bahawa Islam hanya untuk umat Islam sedangkan ALLAH turunkan Islam untuk SEMUA??? kenapa memandai2 sempitkan Islam nih? sape yang suroh? Nabi ker... atau sebenarnya nafsu bodoh korang sendiri???!!!!!

    ReplyDelete
  27. cuba la yg bangkitkan soal x nak salam ni DAP... silap2 keta kebal tung depan rumah... hahahahahaha... double stended??... sedah tentuuuuu

    ReplyDelete
  28. renungkan dan ambil iktibar.....

    ReplyDelete
  29. Betapa MUNAFIKnya puak2 Pakatan Haram terutama Parti Ajaran Sesat (PAS) ni..

    http://www.pejuang-maya.com/2011/01/isu-salam-bukan-muhrim-betapa.html

    ReplyDelete
  30. emmmm...kita org islam ni da diajar tatasusila sesama muhrim..setinggi mn pn darjat kita, kita sebenarnnya di nilai sama taraf di hadapan Allah s.w.t.....

    ReplyDelete
  31. Manataknya sampai mongolia ....

    ReplyDelete
  32. Pejuang Maya tak faham satu konsep penting: bahawa ada di antara orang Islam yang percaya dan yakin dengan sesuatu hukum ALLAH itu. Tetapi dari segi perlaksanaan, dia kurang bersungguh, lemah imannya, cuai, leka dsb.

    Satu lagi golongan ialah, mereka tak meyakini/ tidak menganggap penting hukum yang telah ditetapkan ALLAH. Siap memperlekehkannya, menghina dan menganggapnya tidak relevan. Dah la tak nak ikut suruhan ALLAH, siap hina lagi suruhan itu.

    Manakah di antara 2 golongan di atas yang lebih buruk dan busuk?!

    Sebagai analogi, macam orang perempuan yang tidak bertudung. Kalau dia tak nak bertudung sebab dia tak bersedia lagi, tu masih boleh dimaafkan. Tapi, kalau dia menghina orang lain yang pakai tudung tu sebagai ketinggalan zaman, tak sesuai dengan tuntutan pekerjaan, macam ninja turtle, dan tah hape2 lagi tuh, rasenyer, mudah ker ALLAH nak maafkan dia?

    Sama la jugak dengan kes ni. Cube la tanyer hukum bersentuhan kulit lelaki perempuan pada mat sabu, azizah, dan semua yang awak tunjukkan gambarnya dlm blog awak tu. apa agaknya yang akan mereka jawab?!

    tapi, apa agaknya jawapan soalan ini kalau tanya kat najib, rosmah, muhyiddin, pak lah, dan yang seangkatan dengan mereka. belum tanyer pon, kita dah tengok jawapan mereka seperti dalam paper (even paper mereka sendiri)!

    ReplyDelete
  33. ahhhh pas ke bn ke dua dua sama...
    1malaysia
    1perangai

    sini ngutuk sana, sana ngutuk sini,
    islam konon,
    si pas kata bn merayu cina...tak tgok plak si pas lepak ngn cina..signboard tulis cina...apa, bahasa melayu ni dah xde ke kat malaysia?
    dua-dua sama jer..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan