Isu azan, imam masjid atau menteri yang menipu?


Masih lagi dengan isu aduan yang dibuat oleh seorang peguam bukan Islam agar suara azan di sebuah masjid kira-kira 1 Kilometer dari rumahnya diperlahankan kerana disifatkan mengganggu tidurnya di waktu pagi. Peguam yang mengaku ahli MCA seumur hidup di dalam surat aduannya itu telah mencetuskan ketegangan sehingga membawa kepada demonstrasi pada hari Jumaat lalu di hadapan masjid berkenaan.

Sebelum ini di dalam laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini, ketua imam masjid tersebut Mahadi Abdullah mendakwa terpaksa memperlahankan laungan azan pada setiap kali masuk waktu solat, malah hanya menggunakan pembesar suara di dalam masjid semasa khutbah Jumaat berikutan arahan dari pihak atasan [Malaysiakini].


Namun begitu di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan Perdana menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan isu azan ini sekadar mainan politik pihak tertentu untuk melaga-lagakan umat islam dan orang bukan Islam. Malah beliau mendakwa pihaknya (pihak atasan) tiada mengeluarkan arahan untuk memperlahankan laungan azan di masjid tersebut [Malaysian Insider].



Apa yang menjadi persoalan di sini, terdapat percanggahan antara dua kenyataan imam masjid dan kenyataan menteri di jabatan Perdana menteri. Seorang kata dapat arahan dari pihak atasan untuk memperlahankan azan (imam), manakala seorang lagi mengatakan tiada arahan (Jamil Khir).

Adakah imam masjid sengaja menipu orang ramai ataupun Jamil Khir yang menipu?

Seorang ahli politik yang mempunyai kepentingan di dalam menjaga nama baik Barisan Nasional, manakala seorang lagi imam masjid yang sering kali berulang alik ke masjid setiap hari di waktu pagi dan petang yang tentunya harus dipandang sebagai orang yang beriman sesuai dengan hadis Rasulullah,
“Apabila kamu melihat seseorang pergi dan pulang dari masjid, saksikanlah bahawa dia adalah beriman”
(Hadith Riwayat At Tirmidzi dan Ibnu Majah)


ReJaM© "Bila terdapat dua kenyataan yang bercanggah seperti ini, salah seorang adalah penipu!"

13 Comments

  1. aku lebih cenderung mengatakan menteri itu yg menipu krn umno sudah maklum dgn politik putar belit dan propagandanya malah sanggup menipu agar sokongan org melayu yg segelintirnya mula berjinak hati dgn umno tidak berpaling kpd PR

    ReplyDelete
  2. "Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan isu azan ini sekadar mainan politik pihak tertentu untuk melaga-lagakan umat islam dan orang bukan Islam. Malah beliau mendakwa pihaknya (pihak atasan) tiada mengeluarkan arahan untuk memperlahankan laungan azan di masjid tersebut"

    ini kenyataan seorang menteri yang zalim & dayus krn tidak berani bertanggungjawab dgn arahan yg mereka keluarkan bahkan menteri itu cuba mengkambing hitamkan pada org lain("mainan politik pihak tertentu" sudah pasti dimaksudkan ada imam tersebut) sudah terang lagi bersuluh.

    ReplyDelete
  3. berdasarkan pantun di bawah ni, saya rasa menteri yang menipu ;

    siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama2 jadi menteri.

    ReplyDelete
  4. kalu nak tau masing2 tnye trs imam masjid 2...bkn baca org tulis kite percaye bulat2...

    ReplyDelete
  5. takkan imam tu menipu kot....

    ReplyDelete
  6. Khir Jamil nie. dulu aku memang respect, Mejar askar, tiap kali rancangan ehwal islam aku tengok, admire dengan kelantangan suara dan ulasan isi-isi topik agama yang di bincangkan..tapi sekarang ni nampak sangat dia dah mula sayangkan dunia, sanggup membelakangkan agama, menjadi bacul tidak sayang kan nabi dan Allah swt. adakah dia tak percaya janji allah syurga dan neraka..biarlah di sanjung kerana budi & agama bukan kemewahan dunia..amin

    ReplyDelete
  7. Milo suam..mohon share gambar boleh?

    ReplyDelete
  8. hello brader yang komen kat atas atas atas atas... imam pun orang jugak. sedangkan pak aji boleh rogol anak, takkan nak tipu siki tak boleh.. kamon la weh...

    tak payah nak tuduh dia tipu atau dia bongak. siasat dulu...

    orang kita ni, memang kuat melatah lah...!

    ReplyDelete
  9. tk yah melatah2 menudoh2 sesama islam jom milosuam kita ramai2 g jumpa imam masjid tu..

    ReplyDelete
  10. rashidtiramjohor17 January 2011 at 16:43

    kita tak usah pertikai sape yg tipu.penyokong umno@bn tentu tak setuju klu salahkn menteri...
    bg aku,cuma nk tny kat jamil khir,klu takde arahan,apa tindakan penguasa mcm kamu terhadap isu ni?
    klu takde arahan,brmakna,mesjid bole azan mcm biasa la kn?
    so,nk bagi mesjid azan mcm biasa (sblum kena komplen ngan MCA) atau akur ngan permintaan geng dia?
    klu tegas ngan kenyataan "tak de arahan",so pegi la arahkn mesjid azan mcm biasa.dlm masa sama,pegi jelas kat c MCA tu tentang azan dan kaitanny dgn Islam.takkn c MCA tu tak nk dgr kwn UMNO dia nk terang pasal islam.UMNO ngan MCA kn da lama brkawan,sepatutny da lama fhm.

    tp klu akur ngan MCA...hehe...sama je la akur ngan tipu tu sbb nk utamakn kehendak geng.islam ditolak tepi pn takpe,demi perpaduan 1malaysia la kot.tak payah la nk mngelak2.umat islam terpaksa la fhm yek.teruskn jamil khir.

    ReplyDelete
  11. dalam hadis turut menyatakan,bila sampai sesuatu pekara jangan la kita lihat siapa menyampaikannya,tapi lihat pekara yang disampaikan samada fakta atau auta....lagi2 dunie sekarang.macam-macam boleh jadi..ni semua bleh jadi mainan politik dan sememangnya mainan dunia....

    ReplyDelete
  12. nak wat camne.. ni jela org dlm bn yg plg pandai hal ehwal agama yg bole dilantik jd mentri agama (jpm)... yg lain... hmmmmmph

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan