Khairy Jamaludin mahu bersara dari politik



Menantu bekas Perdana Menteri, Khairy Jamaludin yang sering diserang oleh blogger-blogger mesra Barisan Nasional hari ini meluahkan hasratnya untuk bersara dari politik menjelang pilihan raya umum 2011 ini. Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO itu dilihat sangat sukar untuk lebih maju di dalam karier politiknya memandangkan ramai musuh-musuhnya di dalam UMNO sendiri. Ketua Pergerakan Pemuda, namun tiada jawatan menteri, maka elok sangatlah Khairy Jamaludin bersara sahaja, zaman pak mentua sudah berakhir.

SHAH ALAM - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membayangkan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu disuarakan di laman Twitternya berbunyi "Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN (Barisan Nasional) pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar."

Kenyataan tersebut mendapat respon hebat daripada para pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.

"Saya ingin ‘menarik diri’ seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat."

Beliau bagaimanapun tidak menjawab mengenai tempoh ‘rehat'nya dari politik.

"Belum tahu (tempoh masa). Tak pasti apa yang akan saya lakukan. Beberapa perkara saya mahu lakukan seperti menyambung pelajaran," katanya.

Khairy sebelum ini pernah menyebut tentang kemungkinan untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Rembau menerusi satu temu bual bersama portal berita pada Julai lalu.

Ketika itu, beliau memperjelaskan kenyataannya pada sehari sebelum, yang mengatakan dia hanya mempertimbangkan kemungkinan tersebut dan belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.

Khairy memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan undi sebanyak 26,525 mengalahkan Badrul Hisham Shaharin (PKR) sebelum mengumumkan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO


ReJaM© "Selamat jalan Khairy Jamaludin"

4 Comments

  1. Atau mmg mgkin TIDAK dicalonkan utk mewakili parlimen rembau musim depan. Sebelum org singkir, baik blah dulu eik..

    ReplyDelete
  2. aku setuju sebelum nampak sangat kene cantas baik buat kenyataan nak 'berehat' walaupun 100% tak logik kahkahkah

    ReplyDelete
  3. kesiannya dia..pemuda punya ketua sudah surrender..tapi okey juga..kenyang sangat dah..dulu lagi dah tahu yang kj ni dah mampu buka bank perdagangan dengan aset cash lebih dari 500 juta..bukan aku cakap ..dalam blog dah beritahu awal awal lagi masa kaki tidur jadi pm lagi..

    berilah peluang untuk anak atau menatu atau sedara mara orang lain pula yang kaya..kah kah kah

    ReplyDelete
  4. kalau nk masuk PR, sebelum isi borang, kembalikan dulu mana2 wang rakyat yg disapu secara haram.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan