Monday

Majlis solat hajat di stadium Malawati




Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.





CiLiK©

3 comments

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
moge doa yg dihajatkan oleh mereka semua diperkenankan oleh Allah s.w.t. Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Melaksana Segala. Ya Qahhar, Ya Jabbar.

rasa rugi besar tak dapat sama-sama join dan menyesal lak tengok program hiburan malam tu..kenapala penulis tak war2kan dalam milo suam.....semuge diperkenankan.amiin..akak masih merasa kesal hingga hari ini.

Lain kali beli Harakah. Dalam tu ada cakap


EmoticonEmoticon