Monday

Mengapa hudud tidak dijalankan di Kelantan?


Di dalam entry lalu di blog ini [Tarian bogel] seorang blogger pro UMNO yang terkenal dengan penulisan fitnahnya si papa gomo ada memberikan komen di MiLo SuaM mempersoalkan mengapa Kerajaan Negeri Kelantan masih lagi tidak menjalankan hukum hudud.



Mungkin masih ramai pembaca yang tidak mengetahui mengapakah Kelantan masih tidak menjalankan hukum hudud sedangkan draf hukum hudud Kelantan sudah disiapkan. Ramai di kalangan blogger-blogger pro UMNO termasuk papa gomo yang terkenal bebal ini menyebarkan propaganda kononnya PAS sendiri yang tidak mahu menjalankan hukum hudud.

Hal ini sebenarnya sudah dibincangkan dan dijelaskan berpuluh kali suatu ketika dahulu. Namun generasi baru mungkin memerlukan pencerahan memandangkan blogger upahan UMNO seringkali memutar belitkan hal ini dengan membuat propaganda kononnya Kelantan tidak mahu menjalankan hukum hudud.

Fakta yang sebenarnya ialah, Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah datang ke Negeri Kelantan dan memberi amaran kepada kerajaan Negeri Kelantan memberi ugutan, sekiranya PAS menjalankan Hukum Hudud di Kelantan, Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan dan boleh mengistiharkan darurat serta menggantung perlembagaan Kelantan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1977.

Hal ini dijelaskan sendiri oleh Tuan Guru haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam ucapan terbarunya berkenaan isu hudud di hadapan kira-kira 160 bloggers di Grand Season Hotel Kuala Lumpur [Malaysiakini]



Ajaran Islam meliputi semua aspek di dalam kehidupan, bukan semata-mata Hudud sahaja yang harus diperjuangkan. Hukum Hudud hanyalah bahagian kecil yang meliputi aspek perundangan di dalam islam.

Banyak lagi perkara lain di dalam Islam yang harus diperjuangkan baik dari segi ekonomi, akhlak, kebajikan, kejujuran dan sebagainya. Jika semata-mata kerana perjuangan menegakkan hukum hudud negeri Kelantan dirampas, ternyata satu tindakan yang tidak bijak!

Apapun Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil langkah-langkah bijaksana dan berhikmah untuk memartabatkan Islam sebagai cara hidup secara berperingkat. Banyak perkara yang harus ditangani terutama serangan dari UMNO dan sekutunya yang sering kali menentang Islam.

Jelas sekali Tun Mahathir yang menentang keras perlaksanaan undang-undang hudud dengan mengugut kerajaan pusat akan mengambil tindakan, namun hal ini sengaja diputar belitkan dengan mengatakan kononnya PAS yang tidak mahu kepada hukum hudud.




ReJaM© "Mungkinkah Papa Gomo akan bertanya dan terus bertanya soalan yang sama berulang - ulang sehingga akhir hayatnya...?"


82 comments

NICE ... inilah HUJAH bikan FITNAH :) kita di pihak yang benar..insyALLAH.. (ALIF D)

papa gomo ni nampak sangat tak membaca dan memahami isu...
blogger bebal pope

takut mahadhir lebeh daripada allah,,,,,,,,apa kah allah akan terima apa yg anda katakan ini,,,,,ingat allah maha mengetahuai akan niat sasaorang itu,,,,,jgan dipolitikan,,,,,,,,,,

Good info, thanks...
papa gomo tu takyah pedulik, mmg blogger
kurang pendidikan...

takut mahadhir lebeh daripada allah,,,,,,,,apa kah allah akan terima apa yg anda katakan ini,,,,,ingat allah maha mengetahuai akan niat sasaorang itu,,,,,jgan dipolitikan,,,,,,,,,,

Ini lagi sorang si pencacai, adakah kamu mahu hudud dijalankan di kelantan, kemudian dewa sembahan kamu si Mahathir merampas kelantan dan menghapuskan hukum hudud? Sudahlah hudud dihapuskan, kemudian kelantan dirampas! Otak tak ada ka?

"takut mahadhir lebeh daripada allah,,,,,,,,apa kah allah akan terima apa yg anda katakan ini,,,,,ingat allah maha mengetahuai akan niat sasaorang itu,,,,,jgan dipolitikan,,,,,,,,,,"

Betul tu rejam nie sekor lg pencacai balici UMNO/BN @ penjilat no wahid.bukakan minda anda jangan sempitkan pemikiran anda.Dh sah2 Mahathir @ UMNO tolak hudud ape hukumnya org tolak hukum Allah???

Sapa yg sokong UMNO same la menentang hukum Allah..tu pon ssh nk faham ke.Bile hati dh hitam dgn memakan benda haram cam nie la jadinye.

Selamatkan Malaysia PRU13

kenapa masih ada insan buta tuli layan si papa gomo WORRLDD ni ?

Mahathir dah 8 tahun pencen..tak payah la nak bagi alasan sebab Mahathir tak bagi..
semua kena auta dengan Nik Aziz..hahaha..

Sapa tahu hukum meliwat isteri dalam hukum hudud PAS??

Jom Belajar Matematik, jawab soalan berikut
______________________

Tolak satu ayat dalam Al-Quran = Kafir
Hukum hudud Hukum Allah di dalam Al-Quran = Hukum Al-Quran
Tentang Hukum Hudud = Tentang Al-Quran
Tentang Al-Quran = Kafir
Mahathir Tentang Hudud = Tentang Al-Quran

Mahathir = ???

Soalan papagomok elok dimajukan kpd kerajaan islam bn yg memerintah. Mahathir sudah jelas pendiriannya, biar Pencipta yg bicarakannya.

Dulu cabar PAS buatlah jalanraya sendiri, sekolah sendiri, bila PAS buat mereka jg sabotaj sebb cabaran disahut. Ada jg cabar penyokong PR yg kerja dgn kerajaan bn supaya berhenti kerja. mereka lupa ramai penyokong bn pun kerja dgn kerajaan PR...tak juga berhenti kerja.

Mungkin papagomok tak sabar hudud dilaksana utk saksikan punggung saifool disebat kerana qazaf.

haiya, mmg la mahathir da pencen, tp undang2 tu ada lg, xkira la sape2 yg memerintah bleh gantung perlembagaan kelantan, kalo itu je peluang nk rampas kelantan of coz la diorg xsia-siakan xkira la sape PM nye pun

(Mahathir dah 8 tahun pencen..tak payah la nak bagi alasan sebab Mahathir tak bagi..
semua kena auta dengan Nik Aziz..hahaha..

Sapa tahu hukum meliwat isteri dalam hukum hudud PAS??)

-Sape tahu dalam ISLAM hukum orang yang tuduh MELIWAT tanpa 4 saksi?-

kan dah kene balik... (Alif D)

Mahathir dah 8 tahun pencen..tak payah la nak bagi alasan sebab Mahathir tak bagi..
semua kena auta dengan Nik Aziz..hahaha..

Sapa tahu hukum meliwat isteri dalam hukum hudud PAS??

nategilo

klu hudud di jln kan anda sokong ke x?

jgn nk gaduh2..kte sume islam..ummo ke pas ke..sume islam...xpayah nk gaduh2..sume manusia tidak sempurna..alangkah bgus bercakp degn sopan..tp bg pandangan sy,hukum allah adalah hukum sebaek2 nye..sbb manusia ni ad kelemahan..kepandaian manusia tidak dapat malawan kebesaran allah..krn allah mencipta manusia..Dia thu mane y baek tuk manusia..tp nape kite nk tolak hukum allah??..harap mane y rase sush untuk ikut hukum allah,kaji belaja n selami sebelum nk kate ape2..sbb sume 2 bley membuat aqidah lari...hamba allah...

Takdak sapa pernah tanya kat nik aziz ka apa yang telah menyebabkan perlembagaan Negeri digantung pada 1977??
semua pakat kena tipu..

kan sonang kalau cakap "kawe memme tok se nok buat hudud le ni, takut DAP maroh, sajo ja kawe dok guno-guno isle ni, mudoh sket nok dapat koso. ore mudoh kito nok tipu kalu kito guno namo isle"
takebeer!!!

apakah hukum meliwat isteri, nak tau jugak??

-Pasepisepus-

Alasan Nik Ajis jer tue... Zaman Tun D. M dah lama berlalu... Melepasi Zaman Tun Abdullah, skang Zaman Najib.. Masih pakai alasan kuno tu.. jangan mempolitikan agama Bro... nanti umat islam berpecah.. Kehancuran Menanti.. Tinggalkan DAP.. Nik Aziz dah boleh berundur,sebelum dibenci sepanjang zaman....

Dari..
TuanTanahMelayu

kenapa tak laksanakn hukum hudud? kenape tak laksanakan? kenapa ye? sampai ke tua la ko gomo...kah..kah..kah..mcm bangang!!

wei gomo lg gemuk dr gambar tu.. muka dia pun nmpk lg tua sbb bnyk tuuut.. n hati n kulit gomo lg hitam dr atas tu..

-- sejak bila pulak hukum melibat isteri masuk dlm hudud? meliwat isteri tu haram.. tp xsemua benda haram tu akan masuk dlm bab hudud.. cakap bohong pun haram.. adakah bila bercakap bohong tu akan dikenakan hukum had? --

saje je nk respons pd soalan pencacai umNO yg rata2 mmg jahil tukil tntg hudud.. tu soalan lazim yg mendedahkan kejahilan tookill diorg.. kalu la malas sgt buka kitab.. buka je blog ke.. wiki pun ada list item2 yg masuk dlm kanun hudud... so.. jgnla isytiharkan kejahilan anda dalam nada sinis nk pekenakan org lain... ara fahem...
--headhunterQ--

Dasar pencacai Umno memang camtu.
Dasar kepala bebal.Bodoh tak leh nak diajar.

------------------------------------------
Pencacai Umno kate "Pas Takutkan Mahathir melebihi Allah".


Habistu kenapa Umno tak laksanakan hudud?
Lebih takutkan Israel dari Allah ke?
Tu namenye pencacai bodoh tak leh nak diajar,sibuk cabar Pas tapi sebenarnya Umno sendiri tak leh laksanakan.

----------------------------------------

Apa hukum peliwat?


Jadi apa hukum tuduh liwat tanpa 4 saksi?
Apa hukum bunuh orang guna c4?

----------------------------------------

Pi study perlembagaan.
Mane2 undang yang bercanggah dengan perlembagaan akan terbatal dengan sendiri.

Teknik Umno camtu lah,mula2 ugut kalau buat hudud nanti kena darurat,pastu bila Pas tangguhkan Umno sibuk nak salahkan Pas takut.

Nanti kalau Pas laksanakan juga n kena darurat,Umno akan ambil alih kuasa negeri kelantan sebab bila darurat di negari maka kerajaan pusat akan ambil alih negeri.Bodoh piang pencacai Umno.

dah sah2 sapa2 yang memerintah pun akan gunakan apa sahaja yang ada tuk buat mereka nampak betul kat mata masyarakat. klu umno nak buat cara umno,klu pas nak buat cara pas. lepas tu rakyat yang belaka sokong cam gila ni dok gaduh tak pasal2 nak parti dorg betul. lagi bagus kita fikir hal kita dengan tuhan. jangan dalam neraka nanti kita dok sama ngan mereka. time tu hapa pun tarak...dah la kat dunia ni kita rakyat biasa, kat akhirat pun nak jadi yang biasa masuk neraka ka?? depa tu dah kompem dah dok putar belit suma benda tapi yang tau tuhan ja.. so klu takut kat tuhan, cari tempat kat sisi Dia, kat dunia ni sapa perintah pun sama saja.. janji dia tak kacau kita ibadah... (takdak kaitan)

korang dengar sini.. benda ni semua xleh guna otak ke?? kalau kerajaan kelantan laksanakan hukum hudud, alamat japg malaysia terus kena serang dgn US.. xde otak nak piker? dorang xkn senang2 biarkan krajaan hidup balik di bumi ni slps dorg susah payah tumbangkan kerajaan uthmaniah..
kalo ade yg ckp 'lg bgus brperang demi islam' ko piker btol2.. dgn amal ibadat ko xckup ko pker ko nk berjihad? japg ble msia kne serang ko jugak yg cabut lari dlu.. pker la byk2.. pegi bkak youtube carik ceramah psl2 kerajaan islam n akhir zaman.. krajaan islam xakan wujud dah melainkan slps kdtgn mahdi je slps ni.. semua tanda besar kiamat da mncul xde sedar lg? dok sibuk ngn pemimpin2 korg.. ntah2 dorg ni sume auta korg..jgn maen dgr je ckp ulama'.. spe2 pon boleh jadi ulama'.. kaji dlu pendidikan dorg, dgn spe dorg berguru.. pastu piker btol ke pe yg dorg ckp.. jgn cye buta tuli..
skg ni yg boleh ade hanyalah kampung2 kecil yg amalkan hukum islam.. harap kalau yg btol2 nk tegakkn islam sila buat dlm kwsn yg kecil2 yg pnduduknya btol2 setuju..

walaupun "megeran" telah dibuburkan,tetapi undang2 mengatasi segala nya..di malaysia "perlembagaan malaysia adalah undang2 yg paling besar (mother of malaysia law),sekiranya ada mana2 undang (peringkat negeri @ negara) yg mengatasi undang2 perlembangaan,adalah terbatal dgn sendirinya.Jadi hujah yg kukuh disini,peringakat negeri sebenarnya tidak mempunyai kuasa utk melaksanakan hukum hudud.Pendapat yg bernas adalah dgn membuat didikan mengenai hudud.Cthnya "perbankan islam" dlu org xtahu,skrg non-muslim pun dah join..kpd papagomo,anda perlu mengkaji dahulu sejarah..

mahatir dah lama pencen .. nik aziz boleh la buat sekarang ..


takbirr ...

Banyaknye pencacai yg berpura-pura menyokong PAS tanpa nama (anynonimous) IP adress pun sama je... hahaha...
Dalam komen pun nak sebar propaganda ke bro pope? kah kah kah...

Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) telah diluluskan oleh DUN Kelantan pada tahun 1993...

tapi tak laksana jugak. dok bagi alasan Mahathir tak bagi, update la sikit alasan tu, apa salahnya kata DAP tak bagi buat...

dok bagi alasan kata perlembagaan negeri kena sama dan selari dengan perlembagaan persekutuan, abestu kat selangor baru ni awat pulak nak ubah perlembagaan negeri sedangkan perubahan itu akan menyebabkan perlembagaan negeri dah tak selari dengan perlembagaan persekutuan???selangor tak takut kena gantung perlembagaan ka???hahaha semua kena tipu...

-Pasepisepus-

negeri mempunyai kuasa yg terhad.Sultan jgk mempunyai kuasa terhad,antaranya sultan hanya mempunyai kuasa terhadap adat dan agama islam.(lain negeri lain kuasa sultan).Yg diperjuangkan oleh krjaan selangor adalah kuasa mutlak sultan dlm semua hal berkaitan dgn negeri.. bkn setakat dua-tiga kuasa terhad sahaja..Yg diperjuangkan adalah kuasa yg tanpa had oleh sultan.Sultan dan Agong xdak mempunyai kuasa mutlak dalm membuat keputusan.Sekiranya baginda xbersetuju dgn sesuatu undang2,undang2 itu masih lg diwartakan.. kpd yg kurang fham,sila rujuk,byk kan membaca..!!

Kenapa kita tanya PAS,
"Mengapa hudud tidak dijalankan di Kelantan?"

Kenapa soalan sama tidak diajukan ke UMNO?
Katanya UMNO adalah Melayu, Islam...
Kenapa UMNO TIDAK mahu mehjalankan HUDUD?
Atau paling tidak pun, MENYOKONG HUDUD..!

hairan kn....bila komen dcni berapi2.... tp bila ajk berdebat scara ilmiah untuk mncari kbenaran tidak pula berani....

ada beza kot kuasa mutlak sultan dengan kuasa mutlak menteri besar...kpd yg kurang fham,sila rujuk,byk kan membaca..!!




-Pasepisepus-

MELIWAT ISTERI HUKUMNYA HARAM, TAPI TAK MASUK DALAM HUDUD...IANYA DIKENAKAN TAKZIR :) harap menjawab soalan..

draf enakmen hukum hudud yang telah dicadangkan oleh kerajaan Kelantan tidak dapat dijalankan kerana terdapat peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia yang tidak membenarkan mana-mana undang-undang untuk mengatasi peruntukan undang-undang seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia. sila rujuk catatan di bawah yang dipetik dari Perlembagaan Malaysia.

Perkara 1. Nama, Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan.
(2) Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Perkara 4. Undang-undang utama Persekutuan.
(1) Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

knp nak jalankan kat kelantan jer??negeri 9 x mau ke?

Udah2 le...suruh pas tutup kilang arak kt Selangor tu...dulu jnji nk tutup kan?

Jimbatan

KAHKAHKAH sebab PAS takut ngan Mahader? ingat takut Allah.. pung pang pung pang takut ngan mahader ko bagi alasan? kahkahkah.

yg atas ni lagi sorang bahlol.. tanya PAS tak boleh.. kena tanya UMNO dulu. PAS tak boleh tegur.PAS buat ape, diam2. jgn melawan. nnti kena lempang. takpun nanti kena hukum kafir.kahkahkah

WOIT. ni bukan takut Allah. Takut mahader pon bukan. ni takut hilang kuasa! kahkahkah. Berundur la Nik Aziz! Ko merosakkan PAS aje! Jangan brainwash lagi orang2 PAS. kesian aku sebab aku. aku tau penyokong2 PAS memang sayangkan Islam, tapi otak dorang dok dimanipulate oleh pemimpin2 yg gila kuasa.

sruh bn tutup kilang arak kat smue ngeri..
ni yg mc nak nafikan hkuman hudud kat mlaysia ni msti dah penah meliwat.takut kene hukum.baik korg mngaku.wakakakaka.korg lari la g thailand ke...kn dah settle

suruh bn tutup kilang arak? ni lawak ujang ke ape ni? PAS jual arak kat kelantan ape citer kahkahkahkahkaha. Nanti bg alasan.. "utk bukan Islam". abes takde kilang macamane? kilang tu pun "utk bukan Islam". pusing2 kat situ je la ko boleh berdebat kahkahakhakhakhakhkhakh hak ptuih!

kuman di seberang laut nmpak..

taik gajah di kaki pun tak nmpak!

SDR MILO,

ITU PUN SALAH SATU SEBAB, SATU LAGI SBB IALAH 'KEKEKANGAN UNDANG2'. PEMIMPIN2 PAS PUN TAHU, PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMBERIKAN KUASA PADA KERAJAAN PUSAT(MELALUI PARLIMEN) SAHAJA UNTUK MENGGUBAL UNDANG2 JENAYAH.

KERAJAAN NEGERI TAK ADA KUASA GUBAL UNDANG2 BERKAITAN JENAYAH. KALAU RANG UNDANG2 ITU DITERUSKAN JUGAK, MAHKAMAH BILA2 MASA BOLEH MENGISYHTIHARKAN UNDANG2 ITU TAK 'CONSTITUTIONAL'. DAN TAH SAH. SEBAB MELAMPAUI BIDANG KUASA YG DIBERIKAN PERLEMBAGAAN!

SEBAB TU, DULU ZAID IBRAHIM NAK SAMAN KERAJAAN PAS KELANTAN. DIA TAK SETUJU, SEBAB KALAU NEGERI MASING2 NAK GUBAL UNDANG2 JENAYAH IKUT KEHENDAK SENDIRI. SETIAP NEGERI AKAN ADA UNDANG2 JENAYAH YG BERBEZA.

MAKNANYA, YG ADA KUASA UNTUK LAKSANAAKAN UNDANG2 HUDUD IALAH KERAJAAN PUSAT. UMNO PERNAH ADA MAJORITI 2/3 DI PARLIMEN(JUMLAH YG CUKUP UNTUK PINDA PERLEMBAGAAN),

KENAPA TAK NAK LAKSANAKAN? LEPAS TU SALAHKAN PAS PULAK SBB GAGAL LAKSANAKAN HUDUD. SPATUTNYA SOAL HUDUD INI, BUKAN PAS SAHAJA YG KENA PERJUANGANGKAN. UMNO PUN KENA PERJUANGKAN JUGAK!

geli hati pon ade kdg2 bile dgr respon "kalau hukum hudud dilaksanakan, korang sokong PAS ke?". bhai, klw ko xbuat salah, ape mau takut? contoh fobia plg mudah; asal ade hukum hudud ni, sume tgn rkyt malaysia ni kene potong ke hape? adoi, ceteknye akal. yg kene potong tgn tu, yg terbukti mencuri je la bro. proses pembuktian kes tu pulak, bukan semudah kata. g la study sket selok belok jenayat. lgipon, dlm hukum hakam islam ni, bukan ade hukum hudud je weh. ade 3 pecahan la ngek; qisas, hudud, ta'zir. kalau basic hukum hakam ni pon ko xtw, muslim kah korang? jgn smpai org jahil lgi tahu dari korang lak. nk lagi kaw2 kne batang hidung sndri, orang kafir lagi arif tentang hukum islam dari orang muslim sendiri. malu la bro ini macam kalu. papehal, ketua agama Malaysia aka Sultan2 & Raja2 Melayu, sila respon. jawatan dah ketua agama dah. xkan nak harap kat rakyat marhaen macam aku ni pulak kot? haha~

Salam,..
Kadang-kadang kita boleh terkeluar dr Islam (kufur)bukan hanya hanya melalui perbuatan tetapi perkataan,.. jadi banyakkan mengucap dua kalimah syahadah setiap hari (bukan dalam solat sahaja) ,.. juga jaga kata2 kita supaya tidak kufur,.. jangan main2 dengan hukum Allah,..

memang betul PAS x laksana hukum hudud sebab takut hilang kuasa... sebab bila PAS laksanakan hukum hudud,kejaraan pusat akan ambil alih negeri kelantan..oleh itu kerajaan kelantan amik pendekatan bagi pemahaman dulu kpd rakyat tentang hukum hudud ni...kalau kerajaan kelantan laksanakan hukum hudud dan tiba2 kerajaan pusat isytiharkan darurat dan amik alih negeri kelantan,adakah kerajaan pusat tu akan memberi pemahaman kpd rakyat tentang hukum hudud ni? sedangkan pemimpin mereka sendiri tampil dan nyatakan " kalau PAS tubuh negara Islam yg berteraskan hukum hudud,nnt kena potong tangan la..." x ke nampak jahil ny pemimpin2 negara ni...zaman nabi Muhammad dulu,laksana hukum hudud juga...tp berapa ramai yg kene potong tgn sebab mencuri? sebab tu fahami la hukum hudud tu dulu...bukan senang2 je nak potong tgn org sebab die mencuri...

hukum hudud ni hukum Allah..hukum Allah x menzalimi makhluk... yg gi pndai2 wat hujah tkut kene potong tgn kenapa? sebab takut kantoi mencuri,merompak dan meragut harta rakyat ke? oleh tu belajar la hukum hudud ni dulu...ni paham pon tak da pndai2 je ckp ikut sedap mulut...masalah ny org Islam yg menakutkan org bukan Islam tentang hukum hudud ni dgn pemahaman yg jahil tu...

belajar la baik2...

aku setuju dengan hujan NGI ni. bukan ape org yg bercakap menentang hudud ni adalah org yg terlalu jahil. Itu janji Allh pada umatnya. tp mcm biasa akan di tentang habis2an. dunia akhir zaman mmg macam ni...tapi percayalah masa utk tegaknya syiar Islam dh semakin dekat. Bila semakin dekat syiar itu makin dekatlah kita di penghujung zaman.Itu janji Allah s.w.t. kalau itu pun korang tak percaya Wallahu`alam. mudah2an terbukalah hati mereka2 yg jahil ni.

Antara FIKRAH UMNO Dulu, Kini & Selama2nya..

1) "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidangMajlis, Tertinggi Umno, 1994

2) "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

3) "PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum itu kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid." (Syed Hamid Albar dalam satu wawancaranya dengan wartawan)

4) "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif" Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim

5) "Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan " Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan

6) "Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti." Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor

7) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam." Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan

8) "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan

9) "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik" Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan
10) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja" Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992

11) "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan" Sulaiman Daud temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993

12) "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahanrakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu" Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992

13) "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam" Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994

14) "Apa erti negara Islam jika mundur" Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99

15) "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak" Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992

Dan banyak lagi..Wallahualam..

Salam Sahabat,
Syukran atas penjelasan yang jelas&menarik ini saya telah mengambil penerangan sahabat dan lampirkannya disini

http://www.facebook.com/home.php#!/photo.php?fbid=185167048180407&set=a.134140006616445.15796.100000613380318&notif_t=photo_comment

Jika tidak menjadi hal, sudi kiranya tuan blog linkkan pautan blog saya http://naimnikmat.blogspot.com/ disini.

Terima Kasih

Hujah PAS takut hilang kuasa boleh diketepikan dulu. Sebab hujah tu bukan fakta hanya permainan perkataan.

Hujah bodoh ini sama seperti kita kata."kalau umno takut pada Allah lebih dari takut pada kereta, baringlah tengah jalan, bukankah Allah yg mematikan dan bukan kereta?". Hujah lembu seperti ini jgn dilayan.

Pertamanya :
terimakasih kepada PAS kerana menyedarkan bahawa adanya HUDUD dalam ajaran agama. umno tidak akan ajarpun hudud sampai kiamat. sama seperti kewajipan tutup aurat, bukan diajar oleh umno tp oleh gerakan2 islam yg ada.

Keduanya :
PAS telah menunjukkan niat baik utk mencadangkan hudud dilaksana, maka tahulah kita siapa yg sokong dan siapa yg menentang/menghalang. Menghalang hudud bererti menghalang perintah Allah. Biasanya kerja mcm tu setan je yg buat. tak mampu buat soal lain, tidak ada niat pun nak buat, itu yg salah.

Ketiganya :
kebijaksanaan PAS menyelamatkan kelantan dari tipudaya mahathir. kehilangan kelantan kepada umno lebih besar musibah daripada gagal melaksana hudud dgn sebab halangan mahathir. Sudahlah hudud tkdpt dibuat, negeri pula dirampas bn. PAS memilih utk kalah 1 dan bukan hilang semua.

Keempat :
biarla umno nk kata PAS takutkan mahathir daripada Allah, sebenarnya mereka kecewa kerana gagal rampas kelantan. gagal masukkan PAS dlm perangkap. Nak cakap pasal takutkan Allah kunuuuuunn. Geli la..

Kesimpulan :
kalaupun nk kata PAS lebih takut mahathir dpd melaksana hukum Allah, maka tindakan mahathir itu jelas menentang hukum Allah. Takut PAS lebih baik dpd berani mahathir. berani menentang hukum Allah...berani tak bertempat.

Iman yg lemah lebih baik daripada kejahatan yg melampau, seperti firaaauuunn. Bodoh yg patuh pada kebenaran lebih baik dpd bijak yg menentang kebenaran, seperti yahudi.

Maka tindakan PAS lebih baik dan bijak dpd mahathir.

sokong incek akim, rasanya soal hudud nie dah trjawab tp klu msih ada puak yg mmbangkitkan isu nie, dia tue mmang bangang n sengal @ mgkin terencat akal lembab untuk memahami. klu x nak di sifatkan seperti di atas tlong brhenti bertanya kenapa pas x menjalankan hudud di kelantan.

This comment has been removed by the author.

SATU LAGI TOHMAHAN GEROMBOLAN2 UMNO YG PERLU DIJAWAB IALAH BERKENAAN DGN PENJUALAN ARAK DI KELANTAN.

SEBENARNYA YG LULUSKAN LESEN JUAL ARAK IALAH KERAJAAN PERSEKUTUAN, KERAJAAN NEGERI TAK ADA KUASA BERI LESEN. (RUJUK AKTA EKSAIS 1976, SEKSYEN 39).

SAMA JUGA DENGAN PREMIS JUDI, LOTERI DAN LAIN2! PERMIT BERNIAGAAN, PENDAFTARAN PERNIAGAAN, LESEN BERNIAGA, etc BUKAN BIDANGKUASA KERAJAAN NEGERI.

KERAJAAN NEGERI HANYA LULUSKAN PREMIS, SBB HAL EHWAL BIDANGKUASA BERKENAAN DGN PREMIS DAN KERAJAAN TEMPATAN DI BAWAH KERAJAAN NEGERI. KALAU KERAJAAN NEGERI TAK LULUSKAN PREMIS, MASALAH2 LAIN PULA YG AKAN BERBANGKIT.

pakat dok bagi alasan semua yang zaman mahathir. try la propose kat Najib ni pulak. takut kat DAP ka??

apa benda dok merepek kata "kalau kerajaan negeri tak luluskan premis, masalah2 lain pula yg akan berbangkit".

masalah apa??

-Pasepisepus-

Encik Non-Governmental Individual

http://www.malaysiakini.com/news/153754

Adakah laporan ini tipu? Setau saya malaysiakini jarang memihak kerajaan dalam penulisannya. Memangla kerajaan pusat yg meluluskan lesen, saya dah baca Akta Eksais 1976 tu. tapi yang mengeluarkan permintaan ialah siapa? Mesti ada permintaan baru lesen dikeluarkan. Kerajaan Kelantan itu sendiri yg minta. Kenapa tak boleh terima pula benda yang memang nyata. Bagi saya jual arak kepada non-Muslim bukanlah jenayah. Zaman khalifah pun diamalkan perkara ini, siap kutip cukai arak lagi. Saya cuma menjawab soalan2 saudara2 yang menggunakan modal "BN kena tutup kilang arak".

buat saudara Pasepisepus,

saya mencadangkan agar saudara dapat mendesak kerajaan Malaysia agar dapat meminda Perlembagaan dan menjalankan hukum hudud di Malaysia. kerana dengan terjalannya hukum hudud itu, kerajaan Kelantan tidak lagi boleh berdolak-dalik dan memberi alasan untuk tidak menjalankannya. lagi pun bukankah hukum hudud itu ialah apa yang telah diturunkan oleh Allah. jikalau kita menentangnya bermaksud kita menentang perintah Allah. dan rasanya semua pun tahu di mana tempat kita kelak sekiranya kita menentang perintah Allah dan Rasulnya.

SDR SHAH,

SY SENDIRI TIDAK SETUJU DGN CARA MEDIA MELAPORKAN PERKARA INI. TAK KIRA MEDIA MAINSTREAM ATAU BUKAN. MENGELIRUKAN RAKYAT!

YANG MINTA IALAH PENIAGA LAH, KENAPA PULA KERAJAAN KELANTAN YG PERLU MINTA DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN. SETAHU SY TAK ADA PERUNTUKAN DLM MANA2 STATUT YG MEMERLUKAN KERAJAAN NEGERI MEMINTA LESEN PENGELURAN TERSEBUT.

PERHATIKAN BERITA ITU BETUL2, KERAJAAN KELANTAN KELURAKAN 'lesen premis'. TAPI YG MENGAWAL SELIA, DAN BERI LESEN/PERMIT JUAL BARANGAN ITU IALAH KERAJAAN PERSEKUTUAN. BACA SEKSYEN 31-39. ie. seksyen 39, MENTERI ADA KUASA MEMBUAT PERATURAN BERKENAAN LESEN, HARGA, ATAU SYARAT PENGELUARAN LESEN, MENTERI JUGA ADA KUASA UNTUK MENGAWAL.

=========================

[baca betul2]

33. (1) No person shall sell by wholesale, or offer for sale by
wholesale, any intoxicating liquors except under and in accordance
with a licence issued

39. (1) The Minister may make regulations for any or all of the
following matters—
(a) the establishment and operation of toddy shops and the
sale of toddy by retail for consumption on such premises;
(b) the regulation of prices at which toddy shall be sold by
retail in toddy shops;
(c) the issue of toddy shop licences and the terms and conditions
to be imposed on such licences;
(d) regulation and control of bottling or canning of toddy;
and
(e) for such other matters in respect of which regulations
may be made under this Part.

http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%204/Act%20176.pdf

====================================

MEMANG KERAJAAN KELANTAN TAK PERNAH MENYEKAT PENJUALAN, KERANA KERAJAAN NEGERI TIDAK ADA KUASA MENYEKAT.

KAT MALAYSIA NI, YANG ADA KUASA MENENTUKAN SESUATU BARANGAN ITU ILEGAL ATAU TIDAK IALAH KERAJAAN PUSAT, CONTOH; BAHAN LETUPAN, DADAH, etc.

SOAL KUTIP CUKAI ARAK INI, PARA ULAMAK PUN BERBEDA PENDAPAT. SAMA MACAM KES ISU KALIMAH ALLAH YANG DIGUNAKAN OLEH ORG2 KAFIR. PARA ULAMA' SENDIRI BERBEDA PENDAPAT, TIDAK ADA IJMAK PARA ULAMA.

TAPI PADA SYA, SECARA PRIBADI. TIDAK ADA MANA2 MANUSIA(ISLAM ATAU KAFIR) YG WARAS AKAN KATA ARAK INI BAGUS!

Ada akal fikiran Guna dengan sebaiknya., :D
Bertelagah sesama insan tiada gunanya...

Bagaimana Negaraku Malaysia Mahu maju jika rakyatnya bertelagah.. apatah lagi kepada para pemimpinnya...

Islam itu Benar..
Menentang Hukum Allah, Dosa besar.. Sikit pun x bau syurga..


Allahuakbar!!!

Pada hemat saya, sebenarnya manusia ini pelupa.rata-rata saya lihat, mereka tidak lagi mengenali ALLAH ataupun mereka lupa akan kehebatan ALLAH.
Siapa yang cipta manusia?kenapa diciptakan manusia?
Jadi persoalannya ialah mereka masih lagi menafikan perkara ini.
Masih lagi ketakutan untuk menerima hakikat sebenarnya.
Jadi,pemikiran yang dibawa hanyalah keduniaan semata-mata.
Pada hal,ALLAH itu lagi Maha Bijaksana.
HUDUD adalah datang daripada ALLAH.bukan dicipta dari manusia. bukan dari PAS atau UMNO.
Manusia hanya menegakkan hukum HUDUD di muka bumi.
Menolak hudud hukumnya kafir.

Betul tu.

saya sendiri tak kesah, sape yang nak laksanakan hukum hudud dan 2 lagi hukum Islam yang lain. yang penting bagi saya ialah meyakininya dan melaksanakannya.

yang menolaknya adalah perosak Islam. itu sudah jelas! so, tolong la wahai seluruh pencacai umno, sila desak, pujuk, atau ape sahaja agar umno laksanakan hukum Islam seperti yang dimahukan ALLAH.

jangan risau tentang serangan pihak luar. kita doa dan kuatkan jati diri kita agar anasir2 luar tidak dapat menggugat negara.

satu perkara yang ramai tidak faham ialah, walaupun negara2 yang mahu melaksanakan Islam sering diganggu musuh2 Islam, ALLAH memberi mereka peluang dan hadiah yang tak ternilai iaitu ramai yang MATI SYAHID. kalau dalam hati korang ada rasa tak suka dengan "hadiah" ini, sila solat taubat banyak2 kerana itu tandanya hati korang penuh karat dosa. kalau dalam hati korang tak kisah diberi peluang atau tidak, itu tandanya korang adalah orang2 yang bahagia. dan jika korang tak sabar2 nak dapat hadiah dan peluang ini, itu menandakan korang memang orang2 yang cemerlang di sisi ALLAH, manusia terhebat dan patut dikagumi.

senang la.. korang bising2 maki PAS suruh laksana Hudud.. BN, lebih2 UMNO kan cakap dorang PEJUANG ISLAM.. dah tu, bila lagi nak laksana hukum hudud? hudud nih bukan PAS yang punya.. nih hukum ALLAH.. UMNO bila lagi ek? jawab jangan tak jawabbb...korang pejuang Islam kan?? Kelantan satu negeri je.. tuh Johor? Melaka? Pahang? Terengganu? xnak jalan hudud meh??

kerajaan UMNo/BN kan kerajaan pusat.. so UMNO bak kata Papa Gomo=Pejuang Islam.. laksanakanlah Hudud.. korang dah 50tahun pegang mesia xnak laksana hudud lagi ke wahai pejuang Islam?

sukur kepada allah yg maha esa. katalah apa yg mereka nak kata. mereka yg beriman kpd allah, tegoh dgn ikatan tali allah teruskan perjuangan anda . jangan takut dgn kerajaan yg zalim yng suka menindas rakyat. allah maha adil.mereka yg takut hukum allah dilaksanakan dimuka bumi ini menunjukkan mereka ini sudah berjaya diperdayakan oleh iblis. mereka ini hidup tak ingat nak mati. terlupa janji allah akan ada pembalasan di hari kiamat.

penatnye baca komen2..lebih pjg dr atikel milosuam...sesunggohnye allah mengetahui ape yang tuan guru kite buat..jgn pertikaikan.milosuam kte cite pasal selangor lak..janji2 tehadp rakyat..

hahaha... takut mahader ke Tok Guru kite, aduhai... sekadar berkongsi, perbincangan dengan Dr. Tariq Ramadhan, cucu as-shahid Imam Hassan Al-Banna, byk membaca... luas pengetahuan...

http://www.mykmu.net/~mykmu/modules.php?name=News&file=print&sid=3563

=)

encik ben...utk pengetahuan anda...Tuan Guru kita tu bukan takutkan mahader la...tapi takutkan kebinasaan yg bakal di bawa oleh mahader yg tak berubah seperti syaitan bertopengkan manusia...huh.nabi sendiri mengingatkan kita bahawa syaitan yg bertopengkan manusia ni lebih bahaya dari syaitan yg sebenarnye...sendiri mau ingat la.

takut madey ke tak takut madey, PAS baru kongker kelantan dlm 20++ tahun je (kalo x silap aku) BN/AMENO plak?? 50 tahun pegang SATU MESIA! bunyik nak buat hudud pun takde?? Negara Islam FAIL. apakah alasan korang?

Salam... tak perlu lah kita mengutuk antara satu sama lain.. sama2 la kita berdoa pada allah agar yg jahil kembali ke pangkal jalan.. hukum allah terdapat dalam al-quran bermakna orang yg menolak hukum hudud bermakna menolak hukum allah.. Dan kepada kita sesama islam ingat la kisah cerita nabi muhammad s.a.w dengan kisah perempuan yahudi yang buta...

Encik Non-Governmental Individual,

Menurut Malaysiakini, statement itu dikeluarkan oleh Dato' Haji Takiyuddin Hassan, dan setau saya dari blognya, dia ialah orang PAS

http://takiyuddinhassan.blogspot.com/

Jadi kalau awak kata laporan itu mengelirukan, mana pula awak tahu versi yang betul? adakah dari cakap2 mulut saja? kadang2 mmg sukar kita nak terima parti kesayangan kita ada salah silap, tapi itu hakikat. yang memacu parti ialah manusia, walaupun mereka berlandaskan islam tapi adkalanya mereka tersalah menilai, ada kalanya mereka terpaksa membuat keputusan yg sukar. bgi saya ini keputusan yg dibuat oleh pihak PAS atas sebab2 tertentu. Baik @ buruk, bukan saya utk menilai. Pokoknya, bnda ini memang terjadi.

Saya sebagai orang Islam, mengaku arak itu merosakkan umat. tapi malangnya bukan semua manusia faham akan ajran Islam. Jadi adakh boleh kerjaan PAS/UMNO memaksa mereka patuh ajaran kita? Itu saya tak berani jawab. Biar yg arif2 pasal agama yg jawab.

Ada yg kata kat sini, jgn persoalkan apa TGNA buat. Kenapa ye? Nik Aziz tu pun manusia, kenapa tak boleh kritik? Adakah dalam ajaran Islam kita diajar tak boleh kritik pemimpin? Jadi maknanya kerajaan kita pun tak boleh dikritik la? Kenapa saya masih tak undi PAS? kerana inilah. sebab ada yg anggap Nik Aziz itu ulama yg perfek, segala tindak tanduknya tak boleh dipersoalkan. Mcamane parti nak berkembang macam tu? Selagi ada mentaliti mcm ni, jgn harap la dapat tarik orang lain mengundi PAS.

apa2 pun hudud patut dilaksanakan oleh kerajaan yg memerintah... kata negara Islam sepatutnya ketiga-tiga hukum Islam patut dijalankan...

Pada Pencacai Umno & papa Gomo Jahil!!

Tak perlu korang nak kecoh2 nape PAS xlaksanakan hudud..Kalau rasa Umno itu Islam sila laksanakan hudud!!

Pas byk kali buat draf hudud dihantar dan pernah diangkat utk ke parlimen tetapi UMNO tetap ngan Jahiliahnya.. memberi alasan dan bantahan!! sebabtu ramai pemimpin umno suka berzina,judi dan minum arak kerana hudud tiada!!

lihat saje Kes Kartika dia sanggup disebat kerana dia minum arak dan Mengharap Dosanya didunia diampunkan oleh Allah swt.. tetapi Menteri2 umno kate ape? dia gila dan xbetul..

so, bila kata kartika gila dan sebagainya.. bermakana hukum hudud n qisas yg diperintahkan oleh Allah swt pada pemimpin dan org beriman dalam oleh Allah swt itu ape?

kesimpulannya.. menteri umno bukan kata pada Kartika saje gila.. tapi mereka juga menghina Allah swt dan Nabi serta para sahabat yg melaksanakn perintah Allah swt...pemimpin Umno tidak beriman pada Al-quran tapi beriman kepada British & Amerika!!

Perhatikan surah An-nur yg mana Allah swt tegaskan di ayat pertama surah ini...

1]
"Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya)".


-Amri-

Yela, tak sependapat je pencacai UMNO. tak setuju je kafir. di sini kami tak persoalkan kewajipan hukum hudud dalam al-Quran. kami persoalkan perkara lain. toksah la pusing. patut la PAS mcm ni tak berkembang. tak boleh nak dikritik. pasti bertempik. semuanya betul. Tuan Guru manusia yang perfek. Apa dia buat semua tak pernah salah. Kalau melawan siaplah, ahli bertahun2 dengan PAS pon boleh dituduh tali barut UMNO. Padahal tak ada kaitan pun dengan UMNO.

Aku harap generasi mcm ni cepat la lupus, bolehla aku mendaftar masuk PAS cepat sikit.

kalau tak persoalkan hukum hudud? nape tak sepakat dengan ulama camne nak laksanakannya bai???

Nabi Muhammad SAW semasa jadi Pemimpin Negara xpernah plak kate hudud xboleh dilaksanakan n disebarkan ditanah arab walhal ada je orang kafir?? bape kerat je dulu yg peluk islam sebelum islam berkembang dan disebarkan melalui dakwah...

so, same je klu nak laksanakan hukum hudud nih.. kalau umno dan media massanya asik citer keburukan hudud sampai kiamat xdapat laksanakan bai..Hendak seribu daya.. xnak sejuta dalih!!

Ingat...Allah swt bukan menilai kita dengan keputusan atau risiko yg kita dapat..tapi Allah swt melihat kita dgn usaha yg kita laksanakan dlm menjalankan perintah-Nya..

Singkaplah semula kisah seekor burung yg cuba memadam api ketika Nabi Ibrahim dibakar oleh org2 kafir sebelum diselamatkan oleh Allah swt..
dalam menjalankn syariat Allah swt sememngya byk dugaan n cabaran kita kena tempuh yakni menghadapi karenah org kafir... klu rasa umno org islam janganlah wat karenah tapi buatlah amanah!!



Amri-


-Amri-

Jadi, kesimpulannya UMNO salah. Itu tak pernah pula kami bangkang

Jadi bagaimana pula dengan PAS? PAS tak perlu menanggung ape2? PAS tak tertakluk kepada hukum Allah? Hanya kerajaan pusat sahaja la bertanggungjawab? Itu mksd saya. Segala2nya salah orang lain, segala2nya mahu disalurkan kepada orang lain. Ini salah masing2, kenapa perlu alih2kan. Kerajaan memang salah. Tapi slah sndri tak pula mahu mengaku.

PAS berusaha untuk merampas pemerintahan dari Bn untuk melaksanakan HUDUD..ini adalah salah 1 jalan untuk melaksanakan hudud..PAS memperjuang kan hukum HUDUD tetapi x melaksanakan kerana apabila dilaksanakan juga peluang untuk mempejuangkan hukum HUDUD itu akan terhapus kerana kerajaan pusat akan mengambilahlih pemerintahan di kelantan..

ok..korg kate pas lg takut madey dari tuhan..itu terpulanglah..

tp PAS ade x usaha nk memperjuangkan ISLAM??
ade kn??aku x kisah la parti ape pon..kalo dh terang2 tolak ISLAM tu mcm mane pulak??yg x sokg dua2 atau yg bajet bagus..aku ade soalan..korg rase la kalo kt MALAYSIA ni cume ade parti BN jer xde pembangkang..ade x usaha2 memperjuangkan ISLAM??dh 50 tahun BN memerintah le..tgk la sendri..hiburan yg terlampau..hiburan itu melalaikan..maka salah la..aku tau memg x ramai yg sokong HUKUM HUDUD atau yg nk memperjuang kn ISLAM sebab ramai lg MUNAFIK dari org yg beriman..walaupun aku ni bukan org yg beriman..moga2 ALLAH SWT tunjuk kan hidayah pada semua umat ISLAM agar lebih beriman kepada NYA..amin..

org UMNO nak tanya kenapa x wat HUDUD???... hahahahaha... lawak nih... rasuah/salah laku yg berleluasa dlm UMNO sndiri pon org UMNO wat x tau... ni nak tnya pasal HUDUD... hahahahaha... lawakkkk...

zaman mahathir dah lepas? Hello... tak reti fahami fakta ker? kalau dah mahathir kata macam tu, maknanya ia sudah termaktub dalam perlembagaan.. cuba beli buku perlembagaan sebijik. cari sampai jumpa, boleh main pinda tak. harap saja penyokong kerajaan umno, tapi BUKU UMNO pun tak beli. kah kah kah

PAS tak jalankan hudud semata2 ugutan dr. M? pelik bunyinya...DS Najib bagaimana pula?

salam...
knp la sesame umat buley mengkafirkan org lain...harap pro PAS n BN dpt menjaga keperibadian msg2..

p/s: seteruk2 umat dtg dr org yg x mmpu memperjuangkan agamanya bila ditindas oleh agama lain..

sekian..wasalam

~bob~

Hukum meliwat isteri tiada dalam hudud untk pengetahuan saudara...hukum meliwat isteri jatuh ke dalam hukum Qisas. Tolong belajar agama...klu x mahu belajar...jgn pandai2 buat hukum sendiri dan cuba untuk buat org yg kurang pengetahuan agama jd keliru dan terpedaya mcm kamu...

Tok mu..nk msk dlm prlmbgaan

Kandang babi 100juta trcngh diasia..kilang arak ttp dlu..bru blh nk kta ko org laen..dlm surt mhdir xoyk pm nk drurat ko gapo..dh xke org pas tkt nk mati syahid

Dulu semasa pemerintahan tun mahathir boleh la diberi alasan begitu. Tp sekarang tampuk pemerintahan sudah berubah. Mengapa tidak dilaksanakan juga?

This comment has been removed by the author.

setuju. tak ada duit tp ada hati nk buat kerajaan. lain kali kna ukur dulu baju dibadan sndiri

macm la xda lg pemimpin lain yg lebih hebat dr nik ajis tu. kna rmpas nti rampas la balik. yg pntg kesungguhan harus diutamakn. jngn takot2. terus bjuang smpai titisan drah terakhir


EmoticonEmoticon