Wednesday

Nazri cabar anwar debat isu APCO




Biasanya bila ajak berdebat, apa saja isu, dengan Anwar Ibrahim pemimpin-pemimpin kerajaan akan lari lintang pukang dan mencipta pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada berdebat dengan Anwar Ibrahim yang petah berkata-kata dan bijak mengeluarkan fakta.

Tengok sahajalah sebelum ini, berbuih-buih (bukan melawak memang keluar buih betul tak percaya boleh tengok video debat tersebut) mulut Shabery Chik nak patahkan hujah Anwar Ibrahim di dalam debat terbuka isu minyak yang disiarkan secara langsung di Televisyen. Akhirnya kerana tidak mampu menangkis hujah Anwar Ibrahim, Shabery Chik memilih untuk menyerang peribadi Anwar Ibrahim dan terpaksa akur dengan kedangkalan hujahnya.

Namun kali ini apabila Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri Najib untuk berdebat, isu ekonomi bagi membuktikan perancangan ekonomi siapa yang lebih baik untuk kesejahteraan rakyat, tiba-tiba hulubalang-hulubalang kerajaan yang dulu menyorok di balik semak, terlompat-lompat untuk mempertahankan Najib.

Apapun ini satu berita baik! Selama ini Anwar Ibrahim sibuk mengajak pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk berdebat, sorang pun tak berani tampil. Kali ini Nazri pula yang mengajak Anwar untuk berdebat! Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, pucuk dicita ulam yang tiba, Kita tunggu jawapan balas daripada Anwar Ibrahim berhubung cabaran ini.

Harap perdebatan ini akan diadakan secara terbuka, dan disiarkan di stesen Televisyen arus perdana agar semua rakyat Malaysia dapat melihat sendiri dan mengetahui sendiri siapa itu APCO! Siapa itu Yahudi di sebalik APCO!

Adakah Anwar berbohong? Atau Kerajaan Najib denagan bantuan penasihat Yahudinya yang menyembunyikan fakta sebenar? Kita tunggu dan lihat. Selepas itu harap Najib akan turun pula berdebat dengan Anwar Ibrahim isu ekonomi. Jangan lari pulak!


Sumber: mStar
ReJaM© "Umpan Anwar untuk mengajak pemimpin BN berdebat sudah mengena, harap debat diadakan sebelum PRK Tenang"

7 comments

wah macam tak pecaya nazri aziz 'ada telur' nk ajak dsai berdebat kahkahkah apa motif? jangan jadi macam ahmad maslan dah la kakahkiok ajak berdebat last last jadi dialog then diam terus kahkahkah...tgk shaberi the cheeki dah la teruk kena mamat tu...bukan takat the cheeki, skali dgn moderator sekali dgn pokcik kordi pun kena libas kahkahkahkiok

nih yg best nih.. x sabar nak dengar diorang berdebat dengan anwar ibrahim.. kalau dah cabar tuh, jangan lari plak.. hehe..

Korang percaya lah dengan si bodoh
Nazri tu...
Sama je macam ali Rustam dulu...
beriya-iya nak ajak berdebat isu
Sekolah Termengandung dia tu..
Tapi last-last dia yang lari...
ini semua geng tak ada telur...

Cerita lebat utk publisiti murahan si Nazri ni. pergi la nazri jgn ckp je lebih. teringin nak tgk ko berdebat dgn DSAI.

berani ke nazri tu...

atau saja nak gempak...tapi dia banyak geng oo...kat rumah dia di kk tu boleh datang minta duit pun...manyak baik oo...

boss dia pun diam..dia ada berani ke..

BN ajak PR berdebat...tetapi PR tidak berani dan byk dalih..maka BN tarik balik cabaran konon PR tk ikhlas... back to square.

Iutlah skrip nya selepas ini. Kalau tk percaya tanyalah sotong paul. nasib baik dia dah meninggal.

Slogan DULU KINI dan SELAMANYA amatlah sesuai dgn umno. Slogan bermaksud umno tidak akan berubah selamanya. tk berubah dari semua sudut...pemikiran(kebangsaan assobiyah), akidah(bahawa tanpa umno, tak makan kita semua), kiblat(utusan dan tv3), guru(APCO, syariat(islam bermusim sahaja) serta cara menipu dalam berpolitik. contohnya debat inilah.

dah beratus cabaran debat, hanyaa sekali dibuat di tv. itu pun kalah hingga berbuih.

dulu dibuat debat olok2 PAS_UMNO. disaksi ketua mereka ketika itu(cuba disorok tapi kantoi hiihi)...debat olok2 pun kalah juga.

maka cara terbaik buat seperti saranan Lim Guan Eng. bagi je soalan bertulis, akan dijawab ertulis dan boleh disebar seluruh negara tanpa cencorship.

dulu, kini dan selamanya menipu rakyat. pemimpin yg menipu rakyat tidak akan mencium bau syurga.

"...debat olok2 pun kalah juga."

Kihkihkih... Ni yg paling lucu aku baca.
Ye la, sumer geng2 UMNGOK BNgong tu maner ade telur, bini diorang amik wat gulai.

Pasal debat tak jadi tu dah banyak dah aku dengar. Pengecut punya UMNGOK. Dlm tv bukan main hebat bercakap.


EmoticonEmoticon