Friday

Negara Islam satu malapetaka kata MB Johor


Inilah wajah pemimpin UMNO, di depan orang-orang Melayu, pemimpin UMNO kata PAS tidak akan mendirikan negara Islam kerana sudah berkawan dengan Parti DAP. Tapi bila di hadapan orang-orang bukan Islam, pemimpin UMNO menakut-nakutkan orang bukan Islam, dan mengatakan PAS akan mendirikan negara Islam pula.

Menteri Besar Johor, Dato Ghani Osman, di dalam ucapannya di hadapan pengundi bukan Islam sempena hari Thaipusam malam semalam memberi amaran bahawa mengundi PAS adalah satu malapetaka kerana PAS akan mendirikan negara Islam sekaligus mengubah cara hidup orang-orang bukan Islam [Malaysiakini].



Inilah dalang penentang Islam yang sebenar, yang hanya mementingkan kuasa politik dengan memainkan sentimen Agama. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, Ghani Osman menggunakan kuasa yang ada serta kebijaksanaannya mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya, beliau pula yang menghina Negara Islam, sambil membayangkan Negara Islam sebagai malapetaka.

Tidak hairanlah kalau orang bukan Islam sewenang-wenangnya menghina Islam, memperlekeh dan membantah azan, menuduh Islam mencabul hak asasi, malah menganggap Islam sebagai agama yang membawa kepada kemunduran. Mereka bukan sahaja tidak diberi pemahaman tentang Islam, malah ditakut-takutkan oleh pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam.

Anda lihat dan nilailah sendiri, inikah pemimpin yang boleh diharapkan untuk membela Islam? Demi kuasa politik dunia, imej Islam diburuk-burukkan di hadapan orang-orang bukan Islam. Negara Islam dihina sebagai malapetaka di depan mata anda! Anda setuju dengan kenyataan ini? Sanggup bersetongkol dengan pemimpin seperti ini? Terpulang kepada anda untuk memilih!




Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.

Surah Al-Ma'idah: 57

ReJaM© "Tolak UMNO tolak BN pertahankan Islam!"

15 comments

bro...ade xvideo die berucap?baru kukuh bukti apa yg kita cakap...kita jgn buat mcm BN...cakap tanpa bukti.,.baru org percaya apa yg kita katakan adalah benar.

Gua akan cuba dapatkan video, apapun
berita ini dipetik dari Malaysiakini....
bukan gua reka-reka....

Kalau ade video lagi la elok. Takut jadi cam bernama, tulis anwar ajak najib "Berbincang".

Bernama (Berita Putar Alam)

ok bro..ade bgtau..aku nak sebar..nk bg terdiam puak2 BN

aiya ini olang a mempeljuangkan kotenan bangsa malayu bkn agama..ada beda wo bangsa sama agama..wa cina agama islam..bini wa malayu islam sepupu gua siam islam..tapi ar sana wa punya amah indon ada malayu juga tapi agama juga kristian,wa punya drebar indon bali latang ar hindu juga agama..itu ar ala apa beza a..

mane ilangnye pemuda n9..xnak komen pape ke

haa...iini dye org n9... nk komen lar nie.
masalah besar ni kalau mmg dy ckp mcm tu...
ade video dy brucap tak tuan rejam??

Shinkai Rockerszintaro delete 22 January 2011 at 09:50

Mamat Ghani ni nanti kalo dye mampus nanti xditerima bumi....bakal jadi mustafa kamal At-tartuk Malaysia....Laknat Allah atas Ghani Othman..

Sememangnya setakat itu sahaja lah tahap & taraf pemikiran menteri-menteri UMNO. Dia lupa dan alpa apa yg dicakap itu menyanggah akidah dia. Kesian dengan menteri-menteri dan penganut-penganut Agama UMNO esp orang-orang melayu Johor yang kebanyakannya masih "totok" dengan akidah UMNO

tidak pernah ada dlm agama lain penganutnya menentang agama mereka sendiri kecuali org islam. ini kerana dlm Quran ada istilah munafik dan ia pasti berlaku.

dan dalam konteks malaysia, mereka adalah umno.

sudahlah mereka tidak mahu islam, menghasut org lain pula utk menolak islam. bukankah zindik namanya ini?

manusia yg menolak islam samada mereka kafir atau munafik atau yahudi atau nasrani. sesetengah org bukan islam yg baik pun mengaku kebaikan islam. mereka itu lebih teruk lagi.

dengan ini menyokong perjuangan islam di Tenang bukan lagi semata2 pemilihan parti sesama parti politik, ia sudah jadi pertentangan islam dan munafik. ia sudah menjadi jihad yg besar.

menyokong mereka yg menolak negara islam adalah seperti menyokong parti abu jahal, abu lahab dan firaun.

memangkah kertas undi bukan semata2 kerana demokrasi tetapi tercatat dikertas itu 2 pilihan disebalik logo parti...iaitu memilih islam atau munafik.

selamat jalan ghani a/l osman dan parti kerissyh(quraish)

Cakap seperti begitu, tak jatuh kafirkah?

Wallahu'alam

shbt2, akhuwan wa ukhwati sekalian, apa2 pun semoga yang benar itu terungkai dan yang batil itu pun tersingkap...Insya Allah...In God willing

Bang.. ada video ke...kalau ada bukti maka kurang ajar punya pemimpin ni... Munafik punya manusia... Kamu tak layak kita panggil sedara se islam.. Agak2nya mak bapak kamu dulu tak ajar agar dengan betul, kalau aku jadi sedara kamu sudah tentu aku tak akan mengaku kamu ... kalau nak jahanampun jahanamlah diri sendiri... Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor .. Patik dengan hinanya mohon agar manusia seperti ni tidak di jadikan pemimpin... Jatuh air mata umat islam kalau pemimpin seperti ini terus berkuasa...///III///

klau nk cari pmimpin, biar lah pmimpin kita blh membawa kta kpd ksenangan didunia dn di akhirat ...
klau cume ksenangan dunia yg kta dpt ??? mcm mne dg akhirat nye pule ??
bkn kah negare malaysia ni negara ISLAM,, spatut nya kita sbagai rakyat melayu islam mengetepikan pmimpin yg tdk dpt membawa kta ke jln allah .. yaitu diakhirat kelak ...
klau yg memimpin kta bkn org islam atu org yg mngaku dirinya islam tetapi mngutuk islam krane kpentingan diri sndiri...
mcm mne gnerasi yg akn dtg ??? golongan mude ni snang sgt terpengaruh ..
kta mahu ?!?!?!?!?????? NEGARA ISLAM TETAPI BKN ORG ISLAM YG MEMIMPIN ..
sy mnyeru kpd rakyat malaysia skalian ,, carilah pmimpin yg betul2 pmimpin,, yg blh membawe kte kpd kbahagian dunia dn akhirat ..


EmoticonEmoticon