Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS DUN Tenang


Teka teki tentang calon yang bakal mewakili PAS di dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Tenang terjawab apabila PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Wayang Pacak di Labis.

Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Normala (kanan) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini.

Beliau berbuat demikian kerana undang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilihan berdaftar di Tenang.

Pemilihan Normala juga akan membantu menyekat persepsi di kalangan bukan Islam yang mellihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasi terhadap wanita.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.

Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang. Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon.[Malaysiakini]


ReJaM© "Selamat Maju Jaya Cikgu!"

4 Comments

  1. takbir 3x... semoge cikgu berjaya menawan tenang.

    ReplyDelete
  2. kuda kepang menasihatkan,undilah yang boleh menyenangkan rakyat,menjaga rakyat bukan undi yang suka bawa fitnah dan demontrasi dijalanan
    boring boring tengok party kunyil macam ni.

    hidup orang johor,anda tahu siapa yang berjasa pada anda selama ini.jaga kesucian agama kita .

    ReplyDelete
  3. alim dan warak bukan terletak pada serban kang

    ReplyDelete
  4. Askum...!
    Jgnlah buat rakyat keliru dgn peerjuangan Pas.
    kalau kata nak perjuang islam ngapa suami calon Pas Dun Tenang sanggup tipu cuti sakit tinggalkan tugas yg telah di AMANAHKAN padanya?
    Apa hukumnya tinggalkan tugas yg telah di AMANAHKAN kalau dia sebenarnya tak sakit?
    Apa pula dalil yg PAS akan keluarkan kiranya suami Normala dikenakan tindakan tata tertib?
    Kalau menipu adakah MUNAFIK?
    Apa hukum org yg tinggal AMANAH(pecah AMANAH)?
    jawablah cara yg islam tetapkan jgn cara politik.Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang tersirat dan tersurat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan