Penyelidik hasilkan vaksin untuk kaki botol bertaubat

Para penyelidik telah menemui satu penyelesaian untuk membantu penagih arak (kaki botol) agar berhenti daripada meminum arak, dengan memberikan satu rasa pening yang dahsyat selepas seseorang individu itu mengambil beberapa teguk minuman keras.

Para penyelidik dari Chile mendakwa ianya berfungsi melalui neutralisasi sekumpulan enzim yang berperanan di dalam penguraian molekul alkohol.

Kumpulan enzim ini dinamakan sebagai aldehyde dehydrogenase yang berfungsi di dalam memberikan toleransi kepada peminum arak.

Dianggarkan sekitar 20 peratus populasi di Asia yang tidak memiliki enzim jenis ini dan ia menjelaskan mengapa kebanyakkan mereka mengalami "tindak balas yang kuat justeru itu tidak digalakkan untuk mengambil alkohol" menurut ketua penyelidik Juan Asenio, daripada Fakulti Sains dan Matematik sebuah universiti di Chile.

Vaksin itu dipercayai akan menyebabkan degupan jantung yang lebih kencang, peluh, dan perasaan tidak tenteram secara amnya.

"Dengan pengambilan vaksin ini akan mengakibatkan, keinginan untuk mengambil alkohol menurun dengan kadar yang sangat berkesan, terima kasih di atas tindak balas ini" Kata Mr Asenjo.

Penyelidik telah berjaya menjalankan ujian vaksin tersebut ke atas tikus yang sangat bergantung kepada alkohol, dan mendapati vaksin ini berjaya menurunkan pengambilan alkohol sehingga pada kadar separuh.


Sumber: Zon Fikir

ReJaM© "Ciptaan yang sangat bermanfaat"

1 Comments

  1. penulis..cepat2 dapat enzim tu menolong kaki2 botol..cepat2 hindarkan bayi2 muslim dr vaksin babi..mari kita fikir sama-sama...dah dapat idea..jom tulis dlm zon fikir...akak

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan