Projek kebetulan yang ajaib di DUN Tenang


Harap rakyat tidak salah paham dengan kerajaan Barisan Nasional apabila Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM 1.6 billion untuk Felda di saat DUN Tenang akan mengadakan Pilihanraya kecil, PRK. Ini bukanlah gula-gula pilihan raya, tetapi kerajaan sebenarnya sudah lama mahu mengumumkan peruntukan ini.

Samalah juga dengan pelbagai projek-projek "terkejut" yang berlaku di kala berlangsungnya PRK yang lepas, semuanya hanyalah projek kebetulan oleh kerajaan Barisan Nasional. Bukan gula-gula pilihanraya. Semua projek yang lepas-lepas yang tiba-tiba dilakukan di ambang Pilihan raya kecil hanyalah projek kebetulan, yang ditakdirkan Allah dilakukan semasa Pilihanraya Kecil.

Tanpa pilihanraya kecil pun sebenarnya kerajaan sememangnya ingin mengumumkan projek-projek ini tetapi apa boleh buat. Di saat kerajaan ingin mengumumkan projek di satu-satu kawasan DUN, tiba-tiba pula pilihanraya kecil terpaksa diadakan berikutan kematian atau masaalah lain yang timbul dan memaksa pilihanraya terpaksa diadakan di situ.

Contohnya di DUN Tenang ini, sebenarnya kerajaan memang sudah ada rancangan untuk mengumumkan peruntukan RM 1.6 Billion kepada Felda di tempat yang sama. Tetapi semua ini kuasa tuhan, di kala kerajaan ingin mengumumkan peruntukan ini, tiba-tiba ADUN di kawasan Tenang meninggal dunia pula. Maka terpaksalah kerajaan mengumumkannya juga walaupun kerajaan tahu ramai orang akan menuduh ia sebagai peruntukan "gula-gula pilihanraya".



ReJaM© "Inilah dipanggil kebetulan yang ajaib"

11 Comments

  1. haha..sungguh berpuitis kamu...

    ReplyDelete
  2. Rejam.... nk tanye sikit Cilik mane??

    ReplyDelete
  3. CiLiK sebok dengan bisnes dialah farook,
    tu yang lama tak menulis, tapi kadang-kadang dia
    ada tulis satu dua artikel....

    ReplyDelete
  4. sbb peruntukan pd PRK yg bykla harga barang pn byk naik..
    ape faedah bg peruntukkan sedang tak fikir beban rakyat pada masa depan?
    Lepas PRK kt Tenang ni ape pula yg akn naik?

    ReplyDelete
  5. tak kiralah kebetulan ke ajaib ke..ada kesempatan jom kita nikmati bersama.kalau tak amek bodoh sombong namanya..tak yah mintak2 pm bagi kalau kita mintak belum tentu dapat...tak gitu rejam...

    ReplyDelete
  6. teganggo

    patot di bolt kan gula2 tu..
    hahaha

    ReplyDelete
  7. Katakan kepada najib..kita bukan nk jatuhkan bn kerana gula2 politik.

    rancangan kita memang sudah lama dibuat..kebetulan pilihanraya akan berlangsung samada kecil atau umum...jadi kita akan berjuang utk hapuskan BN abis2an.

    semua tak dirancang. PR takde duit nk rasuah rakyat. semua kebetulan aje la. dan kebetulan pula nama najib terakhir dalam formula RAHMAN.

    kebetulan negara semakin teruk, kehidupan rakyat semakin terhimpit, kroni semakin kaya raya, maka kebetulan semua ini adalah masanya utk menghumban bn ke lokap.

    kebetulan aje... kan.

    eeerr..kebetulan rosmah kat oman tu, najib tak sunyi ke keseorangan..hihih.

    ReplyDelete
  8. Celaka punya Najib. Org dia sndiri (Setiausaha UMNO caw Felda Tenang) Meninggal pon tak pegi jenguk, jangan kata nak gi smayangkan. Padahal masjid tempat jenazah tu 50m je dari tmpat Najib berucap.

    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30424:pm-lupa-ziarah-jenazah-setiausaha-umno-cawangan-tenang&catid=1:utama&Itemid=50

    ReplyDelete
  9. Najib ni bukan peduli pun dgn nasib ahli umno sendiri, apatah lagi nasib rakyat.. contoh dah ada depan mata,ahli UMNO tu yg meninggal dunia, ada jawatan lagi.. ada najib nak pandang.. soriii la.. yg penting mcm mana nak tipu rakyat supaya terus sokong dia.. CELAKA ko Najibb...

    ReplyDelete
  10. bila dah terbiasa rasuah.. dah budaya kan.. konon peruntukan

    ReplyDelete
  11. kejam gile ayat.. baik punyer perli.. hahaha aku suke.. kt jgn memaki.. jgn menghira biar owg menilainya

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan