Rosmah Mansur jadi bahan jenaka di Twitter PM


Twitter Perdana Menteri Najib Tun Razak jadi bahan lawak jenaka pengunjung apabila Najib memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk bertanyakan soalan secara langsung kepadanya semalam.

Banyak gembar-gembur isu, suara kekecewaan, malah tidak kurang juga tulisan yang menggelikan hati yang timbul hari ini di Twitterjaya - nama jolokan untuk komuniti blog mikro Twitter di Malaysia.

Tulisan berkenaan timbul berikutan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuka ruang selama sejam untuk menerima soalan-soalan ke laman berkenaan bermula jam 4.30 petang ini.

Najib meminta pengguna Twitter mengemukakan soalan itu melalui label (hashtag) #tanyanajib dan akan "mengambil kira" semua soalan yang diajukan.

Selain Twitter, Najib juga membuka ruang sama di laman sosial Facebook beliau.

Berikutan itu, Najib menerima soalan bertalu-talu daripada para pengguna laman sosial berkenaan sehingga beliau melanjutkan masa untuk menerima soalan yang diajukan.

"Memandangkan respon yang menggalakkan, saya memanjangkan masa #tanyanajib hingga ke 6ptg, supaya anda semua boleh mengajukan soalan," kata Najib kepada lebih 57,000 pengikutnya di laman tersebut.

Langkahnya itu juga membolehkan label #tanyanajib muncul dalam senarai sepuluh trend Twitter paling popular.

Populariti itu bagaimanapun masih belum mengatasi rekod tulisan Twitter untuk penjaga gol kebangsaan Fahmi Che Mat yang menjadi tersohor ketika perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 bulan lalu.

Bagaimanapun, ramai di kalangan pengguna Twitter mengambil peluang hari ini untuk menjadikan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan jenaka.

Ada yang menimbulkan isu gaya rambut Rosmah, dan tidak kurang juga yang menimbulkan persoalan berhubung kematian tragis wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pengguna yang lebih serius pula ada di kalangannya yang menimbulkan isu kos sara hidup, undang-undang yang menindas serta tahap perkhidmatan pengangkutan awam dan pendidikan.

Menurut pejabat perdana menteri, Najib akan menjawab soalan terpilih melalui satu siaran video di laman YouTube.



sumber: Malaysiakini

ReJaM© "Kalau nak tangkap semua pengguna yang melawak di Twitter Najib boleh meletup ISA dan penjara kah kah kah"

5 Comments

  1. salam...

    mohon tuan linkkan blog sy ke dlm list blog tuan...

    sy sudah linkkan blog tuan, terima kasih...

    Wassalam...

    ReplyDelete
  2. Imej Najib sudah tercalar teruk
    Rakyat bawahan pun dah berani
    memperlekehkan Najib...
    Dah hilang rasa hormat...
    Harap pemimpin akan datang
    tidak jadi seperti Najib...
    Anwar juga sudah tercalar teruk..
    Siapakah bakal jd pengganti yang lebih layak?

    ReplyDelete
  3. Bekas drebar Rosmah seorg india yg meletak jawatan dan menulis surat terbuka menyuara kekecewaan dgn sikap najib dab rosmah.

    Sikap yg dimaksudkan ialah dikatakan najib dan rosmah menggunakan khidmat bomoh/sami dari india bernama Mr. Jee. yg dibawa oleh pengampu vvip iaitu presiden persatuan perniagaan india sekarang ini..Datuk E.

    Didepan rakyat najib berlagak alim dan ikut agama, dibelakang mereka guna khidmat mr jee yg ada upacaranya mengikut adat ritual agama hindu.

    Itulah kata kekecewaan bekas drebar berkenaan.

    Hamba tkdpt bukti aktiviti pm dan rm itu tetapi yg pasti hamba kenal Datuk E...jenis apa orgnya.

    Wallahuallam

    ReplyDelete
  4. RM = Rosmah Mansor = Ringgit Malaysia

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan