TPM sokong Chua Soi Lek tentang isu Negara Islam

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

NONESambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.

"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.

"Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.

tenang by election nomination day 220110 mohd azahar ibrahim md asri amir normala sudirmanMuhyiddin menjawab soalan pemberita sama ada isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina dalam pilihan raya Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.

Pada pilihan raya itu, akan berlaku pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sepakat dan di antara PAS dan DAP "mereka bertembung sehingga mengambil satu sikap berdiam diri dan tidak bercakap" mengenai perkara tersebut.

tenang by election 220111 chua soi lek"Kalau bercakap nanti seluruh dunia tahu, kita akan kalah dan orang tidak akan sokong kita," perli Muhyiddin

"Tapi ia (penubuhan negara Islam) masih ada lagi, PAS tidak tukar perlembagaan macam (Datuk Seri) Dr Chua (Soi Lek) sebutkan, dan Karpal Singh pun kata langkah mayat saya dahulu kalau nak kepada negara Islam," katanya.

NONEBagaimanapun, beliau yakin pengundi di Tenang memahami perkara muslihat Pakatan Rakyat dan berkata jentera BN akan turun padang membuat penjelasan kepada pengundi.

"Kita terangkan mana yang hak mana yang betul, yang batil kita tidak ceritakan. Kita membawa risalah yang baik supaya rakyat dapat menilai dan memilih dengan bijaksana," katanya.

Sebelum ini MCA mengedarkan risalah untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di DUN Tenang sila rujuk link ini [MCA takutkan pengundi]



ReJaM©"Ini yang dipanggil pemimpin Lidah Bercabang"

4 Comments

  1. tolaklah negara islam beramai2 mca umno or mic...sudah jelas kedudukan kamu disisi umat dan agama.

    sudah jelas islam atau munafiknya kamu.

    soi lek tu dok takutkan hudud kerana berzina. ngeri dia mengenangkan rejam batu atas kepala dia tu. takut dia kerana tidak akan dpt bebas sex lagi kalau islam memerintah.

    tapi cuba tanya isteri anak dan cucu dia. adakah mereka mahu soi lek bebas sex atau mahu soi lek hentikan hobi binatang itu?

    mustahil isteri anak2 dan cucu2 soi lek suka dia bebas sex. dlm apa agama pun perbuatan itu tetap tidak bermoral...samada negara hidnu, negara buddha, negara kristian dll. apa tah lagi negara islam yg menjaga maruah dan keturunan rakyatnya.

    ingat pengunda Tenang, dalam kertas undi kamu ada ujian Allah.....kamu memilih Islam atau memilih utk sokong penolakkan terhadap islam.

    kalau kamu tolak islam, nnti mati panggilla soi lek utk talqinkan kamu.

    PAs bukan diamkan isu negara Islam. Itu memang dh jadi matlamat PAS dan patut matlamat setiap umat Islam. Itu kewajiban yg soi lek tkkan faham. Matlamat soi lek hanya hendakkan sex bebas tanpa diganggu.

    Memebentuk negara Islam bukanlah boleh dlm sehari setelah negara dijajah beratus tahun campur 50 tahun dibawha umno yg sekular dan assobiyah. Tidak semudah itu tapi kena ada niat dan usaha selagi mengikut undang2.

    kalau soi lek memerintah tentu dia nk negara ni jadi negara sex bebas. seba itu dah jadi hobi dia. bagi umat islam tentulah nk jadikan negara ini Islam sepenuhnya. kalau tidak, samala PAS dgn umno. apa ke jadahnya?

    Walau kaarihal kafiruun, walau kaarihal munafiquun.

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn JAKA..!

    ReplyDelete
  3. Hafszack :

    MCA lah yg sebenarnya kaffir Harbi...
    Bukannya DAP

    kesian puak2 UMNGOK...
    diorang ingat DAP Kafir Harbi tapi sebenarnya MCA yang jadi rakan satu selimut merekalah sebenarnya yg Kaffir Harbi..

    ReplyDelete
  4. nape suma org melayu yg ada kuasa memartabatkan agamanya tapi dia tidak melakukan sedemikian.malah menjauhkan hidayah dari umat islam lagi dan buka jalan untuk penindasan org islam.nak jaga hati mereka buat ape?pasal mereka banyak sumbang kemajuan negara?memang pon tapi sebab mereka berkejaran mencari kekayaan lah orng melayu takda peluang nk berbakti pada negara.mana mentaliti pemimpin kami?kamu semua menjalankan kewajipan dan amanah atas dasar apa?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan