Monday

Adakah Tun Mahathir akan jatuhkan Najib?


Semasa pemerintahan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, Mahathir telah melakukan road show ke seluruh negara semata-mata untuk memburukkan kepimpinan Pak Lah yang enggan meneruskan projek jambatan bengkoknya bagi menggantikan tambak johor yang menghubungkan Johor Bharu dan Woodland di Singapura.

Pada masa itu Mahathir dilihat benar-benar marah apabila Pak Lah membatalkan idea agong projek jambatan bengkoknya itu. Malah Tun Mahathir sanggup keluar dari parti UMNO baru yang diasaskan olehnya sendiri, semata-mata untuk menjatuhkan Pak Lah.

Nampaknya cengkaman Tun Mahathir berlanjutan sehingga ke zaman Najib. Sebelum ini Tun Mahathir menyatakan bantahannya terhadap cadangan projek Menara 100 tingkat Warisan Merdeka yang dibentangkan oleh Najib di dalam bajet 2011 [Mahathir bantah Warisan Merdeka]

Di dalam kenyataan terbaru beliau, Tun Mahathir menggesa akar umbi agar memberi tekanan kepada kerajaan pusat untuk meneruskan projek agongnya Jambatan Bengkok. Mahathir juga menunjukkan rasa tidak senang kepada kepimpinan Najib yang dilihat mahu meneruskan hubungan mesra dengan Singapura, kerana ini akan mengakibatkan projek tersebut gagal diteruskan [M'sian Insider].



Tun Mahathir sebelum ini telah melakukan serangan pertama kepada kepimpinan Najib apabila menyatakan bahawa Parti UMNO kini tidak lagi memperjuangkan Melayu sebaliknya sekadar menguntungkan pemimpin atasan [Tun Mahathir].

Tun Mahathir menghantarkan satu mesej jelas kepada Najib agar meneruskan projek jambatan bengkok atau berdepan dengan road shownya seperti di zaman Pak Lah. Senario ini jelas akan membuatkan Najib serba salah. Meskipun beliau seorang Perdana Menteri, namun pengaruh Tun Mahathir yang pernah memegang tampuk pemerintahan selama 20 tahun akan menggugat kedudukannya.

Nampaknya Najib harus tunduk dengan kehendak Mahathir untuk meneruskan projek jambatan bengkok atau Mahathir akan mengistiharkan perang ke atasnya.


ReJaM© "Najib sedang menunggu arahan dari Big Mama"

17 comments

Malaysia cukup Tun M bg tekanan kat PM... hahaha... tu br seorang kot... kalo semua rakyat Malaysia? x ke botak DS Najib tu nanti..

bkn dah botak k? muaheheheh...

Perang bakal bermula...
Kalau dilihat, Jambatan bengkok lebih berfaedah dari
Menara Warisan yang entah hape-hape tu...

Jambatan bengkok tue sebenarnya mahu dibina sebab mahu jatuhkan singapore ..

aku suka ayat last skali..hahaha

better buat jmbatan bengkok tu sbb ade benefit kat Malaysia n sekaligus 'mengenakan' singapore..daripada habis duit buat menara.tak cukup lg ke 2 menara yg ad kat malaysia ni?

p/s;idea Kak Rosmah ngan Tun M,agak2 sape yg DS Najib nak penuhi?

cmne la njb nk buat..sngpre kn ada rkman cctv njb n cik mnglia bkepit kt hotel time pameran berlian kt hotel tu..pmimpin yg ada liability ni mmg sng je nk ugt..kn dh jd liablty utk ngara skali dh..

Baik la lg jambatan bengkok, dr menara 100 tingkat tu nak buat hape. Tambak Johor sesak hari2. Rakyat Singapore sanggup datang JB sebab nak shopping, sekali datang boleh belanja ribu2 ringgit. Kapal2 tak payah buat u-turn lalu Singapore. Kalau belanja buat jambatan telan juta2 ringgit, tp pandang dr sudut ekonomi dan 'flow' duit yg masuk Malaysia, kita yg untung.

Sedarlah Tun,Kitani Ahli Biasaje dlm UMNO Skrg.ni.
Pemimpin UMNO Johorpun Ramai Taknak Turun haritu.
Sayapun Mangsa Tun juga,ikut sangat Tun Keluar dulu,Tun masuk saya kena jugalah ikut masuk sama.
Skrg org tempat saya pun lain macamje tengok saya.

yang pandai gi masuk umno buat apa...

fuhhh.. ramai jugak penyokong mahathir kat blog milosuam ni rupenye

Tun Mahathir nampak pe faedah nye wat jambatan bengkok tu. Org yg tak berpikiran jauh je yg akan kutuk2. Ada sebab Tun bermati matian nak wat jambatan tu ....sebab dr segi ekonomi....kita akan UNTUNG BANYAK...dan dapat "amek" kehebatan ekonomi spore. Benda yg baik kite sokong..benda yg tak berfaedah..cm menara wawasan tu..kita bangkang. Jgn ASYIK NAK MEMBANGKANG JE....peace!...;)

Najib akan berdepan dgn roadshow mahathir atau mahathir yang akan berdepan dengan C4? bukan mama sebarang mama, itu mama BIIGGGG mama tau.

Bagaimanapun jambatan itu patut dikaji mendalam dan dibahas di parlimen. apa yg mahathir fikir belum tentu baik sepenuhnya. institut kajian pemikiran mahahtir patut kaji apa ada dlm otak dia. apakah isu ini kerana marahkan pak lah dan najib sekali gus kerana najib nak bina menara lebih tinggi dari KLCC.

tapi kalau menara warisan tu, sah patut ditolak awal2 lagi ia menara warisan penjajah(utk kemegahan menghisap darah rakyat)

Apakah jambatan bengkok bakal membengkokkan lagi hubungan pemimpin2 dan mahathir? sama2 kita lihat. asal jgn menyusah dan merugikan rakyat sudah lah.

bahas.. jgn tak bahas. bagi aku bahas lebih baik dari mentaliti "ala, dia ni ada hidden agenda punyha". tapi ape yg 'hidden' nye sorang pun tak boleh jawab.

nama pun hidden dol,mana nampak lagi,kena bongkar terus. kes anwar dijatuhkan dh jelas hiddennya.tkde bukti liwat 1 dan liwat 2 pun huru hara. hidden nya nk jatuhkan anwarla.

Tun ni dari susut pandangan sy, berwawasan jauh..beliau dah nampk apa yg berada di hadapan...walaupun beliau adalh mantan PM tetpi,ideanya sngat bernilai dan bernas...samala seperti bekas PM Singapore lee kuan yew, walaupun dia dah tua dan uzur, tp rakyat singapore sangt memerlukan ideanya..ideanya sngt bernas....walaupun kita x nmpk skrng tp kite akan nmpk pd bebrpa tahun akan dtg.. sy jg setuju buat jmbtan bengkok berbanding menara...buat apala nk buat menara tinggi2 sedngkan sy minta maaf sy x ingt dkt hadis mane, tp ad mengatakn tanda2 kiamat ni membuat bangunan sehingga mencakar langit dunia...fikir-fikirkanlah...

:-Mee Rebus-:

Sapa kata pendokong aspirasi pembangkang ni membangkang jer kje dier???
Saya nampak kat sini ramai yang sokong idea ataupun agenda yang mendatangkan paedah kepada negara seterusnya memberi paedah jugaklah kepada rakyat jelata...
Akan tetapi kalo agenda yang terang terangan nampak sangat nak bazirkan harta negara, nak gigit wang rakyat memanglah patut dibangkang habis habisan... Tak gitu Tok Ketua???
Ini pon susah orang biru nak paham...

Skrg da tukar kaler jadik Ijau...


EmoticonEmoticon