Ariel Peterpan, Rakam lagu dalam penjara



Hari-hari kita tak pernah sunyi dari kisah si Ariel ni. Dah dalam penjara pun masih lagi ada cerita terbaru tentang dia. Seolah-olah dia masih lagi bebas dan sedang melakukan konsert di mana-mana saja. Tak kurang juga kisah pasangan-pasangan dia yang juga terlibat dalam kes yang sama.

Sebelum dijatuhkan hukuman pada 31 Januari 2011, Ariel pernah merancang untuk merakamkan dua lagu untuk album baru dia. Tapi tak sempat nak rakam dah jatuh hukum. Namun menurut Budi iaitu selaku pengurus Peterpan, Ariel tetap akan merakamkan lagu-lagu itu juga. Cuma belum dapat waktu yang sesuai untuk berbuat demikian. Macam mana tur?...Tak kan boleh keluar penjara kejap untuk rakam lagu...Pelik-pelik jer.

Laaa...Rupanya Ariel nak rakam lagu tersebut di Rutan Kebon Waru, tempat dirinya dipenjara. Baru feel kot dalam penjara. Ada-ada je dia nie. Dalam penjara pun nak bisnes jugak. Yelah mana tau nanti keluar-keluar penjara je terus jadi kaya kan.

Setakat ni dia dah mengumpulkan sembilan lagu dari sebelas lagu yang bakal di muatkan dalam album barunya itu nanti. Album baru itu juga masih mengekalkan ahli kumpulan Peterpan yang lama iaitu Ariel, Loekman, Reza, David, dan Uki.

Diambil dari : Hot Malays

ReJaM© "Boleh ke rakam lagu dalam penjara?"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan