Dataran Tahrir tenang, Mubarak pula alami tekanan mental

Dataran Tahrir di ibu negara Mesir yang menjadi tempat berkumpul para penunjuk perasaan besar-besaran sebelum ini dilihat kembali tenang dan lalu lintas dilihat kembali seperti biasa kecuali sekumpulan kecil kumpulan penunjuk perasaan yang terdiri daripada kaki tangan awam kerajaan dilihat enggan berganjak menggesa kerajaan menaikkan gaji mereka.


Di satu sudut lain pula, media Mesir mengeluarkan pelbagai laporan berhubung tahap kesihatan presiden Mesir yang disingkirkan, Hosni Mubarak, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelmarin, sebuah akhbar Bahrain, Alwasat News menyatakan, Hosni kini tidak sedarkan diri. Sebuah lagi akhbar tempatan, Al Masry Al Youm pula melaporkan pemimpin tersebut tidak sedarkan diri sejak Sabtu lepas dan beliau berada di bawah penjagaan perubatan yang rapi.

Sebuah akhbar tempatan lain melaporkan Hosni jatuh sakit tetapi beliau enggan menerima rawatan perubatan.

Agensi berita rasmi Roee Nahmias semalam menafikan bekas presiden Mesir itu kini koma tetapi mengakui bahawa beliau jatuh sakit.

Bekas presiden berusia 82 tahun itu mengalami tekanan mental yang teruk dan menolak untuk dirawat walaupun beliau jatuh sakit, lapor sebuah lagi akhbar, Al-Gomhuria yang memetik beberapa sumber yang rapat dengan Hosni.

Menurut laporan tersebut, Hosni kini dipercayai berada di resort tepi pantai di Sharm el-Sheikh.

Dalam perkembangan berkaitan, Duta Mesir ke Amerika Syarikat (AS), Sameh Shoukry semalam tidak menolak bahawa kesihatan Hosni semakin terjejas ketika ditanya berhubung laporan media bahawa beliau mungkin diserang strok atau berada dalam keadaan koma.

"Saya mengikuti desas-desus dan laporan media tentang kesihatan beliau (Hosni) dan mendapat maklumat yang menunjukkan kesihatan beliau kini terjejas," kata Sameh dalam satu temu bual dengan program bual bicara Today Show terbitan NBC.

Pada tahun lalu, Hosni berkunjung ke Jerman untuk menjalani pembedahan pundi hampedu.

Hosni meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada tentera Mesir pada Jumaat lalu selepas 18 hari berdepan tunjuk perasaan anti-pemerintah.

Kepimpinan tentera yang baru telah membubarkan Parlimen dan menggantung perlembagaan negara kelmarin.

Sementara itu, pihak tentera yang memerintah negara itu selepas Hosni meletakkan jawatan meminta semua pekerja tidak melancarkan mogok dan protes di Dataran Tahrir.

Semalam, askar-askar membersihkan sampah sarap dan timbunan bangkai kereta serta khemah di Dataran Tahrir yang menjadi tempat para penunjuk perasaan berkampung sejak 25 Januari lalu bagi menuntut Hosni meletakkan jawatan


ReJaM© "Perompak harta rakyat Mesir dah jadi biol, atau buat-buat biol kerana takut didakwa?"

21 Comments

  1. aku nak tanye korang, kalau malaysia jadi camni, bahagia ke hidup korang?? ahli keluarga mati, hidup kebulur, negara jadi mundur, negara celaka cam amerika,israel n sekutu mesti suka tgk negara Islam huru-hara... so tolongla jgn hidupkan api pemberontakan... walaupun kadang2 ade pendapat yg kita tak dapat terima, cukup untuk kita sedar pda diri kita sendiri walaupun tak dapat menyedarkan org lain... so plzzz.... Islam adalah agama menyintai kedamaian...

    ReplyDelete
  2. Untuk anon kat atas ni, ko sanggup ke
    pemimpin bangsat rompak harta rakyat?
    biarkan rakyat hidup susah?
    Lagi senang Amerika dan Israel nak
    masuk campur hal ehwal negara bila
    negara kucar kacir kerana pemimpin
    membodohkan rakyat....

    ReplyDelete
  3. apa yg ko pusing2 ni TANPA NAMA....hahahahh

    ReplyDelete
  4. cian TANPA NAMA syok sendiri. ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  5. Tuju : Tanpa nama
    Ko sanggup ke tgk rakyat ditipu hidup2 oleh pemimpin yg makan harta rakyat...bg harta rakyat kat anak2...buat rumah besar2 guna duit rakyat walhal rakyat kebulur..keje xde..
    daripada camtu..bek gulingkan je pemimpin camtu.
    Allah sentisa bersama ngan org yg benar.

    ReplyDelete
  6. kalau di mesir, ulasan anon diatas, orangnya pro mubarak .tetapi kalau di malaysia, tak pro mana-mana ( macam lalang )

    ReplyDelete
  7. Pencacai kerajaan si tanpa nama tu... yang menghalalkan
    harta rakyat dirompak, kroni-kroni diberi kekayaan sewenang2
    di depan batang hidung... atas nama menjaga keamanan..
    Inilah yang dipanggil pencacai bongok ngeh ngeh negh...

    ReplyDelete
  8. tanpa nama tu ckp tak pk psl ms depan org yg akan dtg....
    Kalo terjadi,u takot berjuang tak perlu join..ddk dirumah saja main teddy bear.....

    ReplyDelete
  9. Peristiwa di Mesir akan berlaku dimana2 wahai Tanpa nama..sekiranya pemimpin rasuah,rakyat akan bangkit secara semulajadi...tapi tidak akan kalau semua orang macam kamu...

    ReplyDelete
  10. anon yg diatas sekali.

    ko faham tak asal krisis di Mesir? macam mana ia boleh berlaku? ianya terhasil daripada ketidakpuasan rakyat terhadap pemimpin mereka dimana pemimpin merompak hasil negara dan hidup mewah sedangkan rakyat hidup dalam susah & sederhana.

    ReplyDelete
  11. Si ibu pasti gembira sekiranya anaknya berjuang demi ISLAM.. mati/hidup/rezeki/Jodoh sumanya pada ALLAH.. Si Bapa pasti menangis gembira melihat semangat anak2 mereka.. Ko nak hidup senang didunia ka Akhirat? fikir2 kan lah.. Carilah Jalan Kerana ALLAH..

    ReplyDelete
  12. anon yg atas sekali tu tak tau membezakan pemberontakan dengan perjuangan untuk masa depan negara. dia juga mungkin taktau penunjuk perasaan anti-kerajaan mesir tak buat kerosakan kat bandar diorang malah siap bersihkan sampah, basuh jalan etc.. mereka sayangkan negara mereka.. mereka tak rela anak cucu mereka ditindas oleh pemimpin zalim sebagaimana mereka sendiri ditindas

    ReplyDelete
  13. bagi pendapat akulah..... kita x seteruk mesir lagi... pilihan raya kita walau x setulus @ sesuci sgt tp msh PR dpt bertanding. jadi kita pangkah PR lu... kalu truk sgt bru kita 'bakor'. -MFD

    ReplyDelete
  14. zaki

    korang ni kesian kat tanpa nama..dia just beri pendapat je...what ever kerjaaan rompak harta rakyat mesti tumbang,,jatuh2..turun2...

    ReplyDelete
  15. Tanpa Nama atas sekali :-

    aku nak tanya ko plak? Ape Sebab ko sokong pemimpin yang Merompak Wang Negara sedangkan ko mengundi mereka dari orang biasa menjadi pemimpin?? pemimpin bukan warisan bai!! yang mana baik & berwibawa itulah kita angkat dan pilih dari kalangan rakyat!!

    Sepatutnya kita pilih pemimpin menjaga kebajikan kita.. tapi klu setakat jadi pemimpin hari2 umum nak Naik semua harga barang,cukai, rasuah,kroni dan merompak harta rakyat baik ko pilih British, Israel & Amerika je jadi pemimpin negara M'sia!!!

    M'sia xkan jadi huru hara kalau PDRM,SPRM,TENTERA & lain2 yg dibawah raja tidak bersekongkol dengan KERAJAAN yakni bebas sebagai pemerhati dan menjaga keselamatan negara yg diletak dibawah kuasa Raja!!



    Negara M'sia Punah akibat dari UMNO dan sekutunya MCA,MIC & lain2 rakus guna kuasa Badan tersebut dibawah mereka sedangkn Mereka bukan RAJA sesuka hati nak mempergunakan BADAN BEBAS untuk kepentingan PARTI!!

    Aku ingat ar.. mase Reformasi 13 tahun dulu.. ade Facebook dan rakyat xbergantung pada TV n paper je.. kompem M'sia akan jadi macam Mesir menggulingkan Firauan Mamak Mahathir yg zalim dan mengkayakan anak beranak serta kroni!!


    -Amri-

    ReplyDelete
  16. ta li lat ta li ta polm..15 February 2011 at 13:48

    aku sanggup mati....
    dari tgk anak bni mak bapak kena kencing 24jam ngan pemimpin korup..jual agama, lelong bangsa,

    ReplyDelete
  17. Ruj.Tanpa Nama 2011Feb 15:07:46
    Anda yakin wujudnya kedamaian dan keharmonian hidup dalam negara yang amalan risuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme, masalah sosial n moral, jenayah dan BERBAGAI akta2 drakonian BERLELUASA????? Memang Islam adalah agama perdamaian dan jangan lupa Islam juga melarang kita bersubahat dengan mereka (pemerintah) yang zalim.Kalau setakat sedar untuk diri kita saja tak cukup. Islam menganjurkan kita berdakwah, bertabligh sebagaimana yang dicontohkan oleh junjungan besra Nabi kita Muhammad saw. Ia kewajipan kita. Berjaya atau tidak bukan urusan kita, itu urusan Allah. Kalau nak pakai pandangan ente, mudah aje : Fardhu kifayah orang lain buat kita tak payah.

    ReplyDelete
  18. dari tanpa nama
    "aku nak tanye korang, kalau malaysia jadi camni, bahagia ke hidup korang?? ahli keluarga mati, hidup kebulur, negara jadi mundur, negara celaka cam amerika,israel n sekutu mesti suka tgk negara Islam huru-hara... so tolongla jgn hidupkan api pemberontakan... walaupun kadang2 ade pendapat yg kita tak dapat terima, cukup untuk kita sedar pda diri kita sendiri walaupun tak dapat menyedarkan org lain... so plzzz.... Islam adalah agama menyintai kedamaian."

    kepada tanpa nama:
    xbahagia utk aku, tp bahagia utk anak cucu aku, negara mundur xpe janji rakyat bersatu dan rakyat tida ditipi, family kebulur kepala bana apa kau neh...pikir pakai bontot saifulkah?
    negara celaka cam america dan negara haram israel lagi suka tgk negara ini xamalkan islam la bodoh!!, ada beza antara memberontak ngn demonstrasi la mangkuk, ni bukan soal pendapat...tp hak...bodoh..

    sekian

    ReplyDelete
  19. Ada nama(JAKA) jawab :

    Tidak timbul isu pemberontakan. Apa yg berlaku di Mesir ialah tunjuk perasan aman rakyat. Mereka berkumpul aman, boleh bergurau senda dgn tentera lagi.

    Yg timbulkan kekacauan ialah parti yg mempertahankan kuasa mereka. Provokasi yg dibuat oleh SB mereka. Media jg provokasi konon pembangkang ganggu keamanan, dlm masa yg sama mereka sapu dan seleweng sana sini.

    Tunjuk perasaan bukan blh dibuat2 atau dipakat2. Tekanan terhadap rakyat akan meyebabkan mereka sendiri tau nak tunjuk perasaan.

    umno pun byk tunjuk perasaan kat negeri PR walhal mereka ada saluran media dll. Mahathir kata perhimpunan bukan budaya kita. Dia lupa dialah ketua tunjuk perasaan dizaman tunku. org melayu pun tunjuk perasaan utk menentang Malayan Union.

    Kewajipan solat jumaat dan perhimpunan haji di mekah juga utk menyatakan syariat dan kekuatan umat.

    Lagi kuat tekanan kepada rakyat, lagi kuat semangat utk menunjuk perasaan. tak tunjuk perasaan nanti mereka tk sedar dan masih kata,"rakyat bersama kita".

    ReplyDelete
  20. tektik munafik pemimpin fasik. bila dh terdesak macam2 la sakit la, mental la, nk minta simpatila tu.

    dulu masa berkuasa tekan rakyat tak pernh pun demam. serupa firaun aje.

    nak tau munafik ke tidak, tgk janji tkmo tinggalkan bumi mesir, kita tgk lepas ni ke mana dia nk lari minta nyawa, pegi kepada syaitan2 dia minta tolong.

    sama saja pemimpin2 zalim penindas rakyat ni dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  21. Pemimpin malaysia pun camtu, hidup kayaraya, rumah mcm istana, bini gelar diri wanita pertama walhal tidak coz kita ada Agung...
    Kita tak perlu buat perhimpunan cam kat Cairo tu coz bahaya. M'sia negara demokrasi ni byk kaki provoke, tak pasal2 ramai rakyat tak bersalah yg mati nanti.
    Kita just tunaikan kewajipan kita sbg pengundi di PRU nanti. Undilah org melayu yg bukan kerajaan BN.

    Marilah bersatu Melayu Islam Sejati...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan