Tuesday

Kempen bantah kawalan media di Facebook



Berikutan usaha kerajaan yang ingin mengawal internet, Laman Facebook popular yang menentang pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat, kini mengalihkan fokus kempennya kepada membantah cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA).

Hari ini, laman tersebut melancarkan protes baru di talian untuk tempoh dua minggu mulai hari.

Minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Sama-sama kita menunjukkan bantahan terhadap usaha kerajaan untuk menyekat maklumat yang menggugat mereka di internet! Jangan biarkan hak kebebasan maklumat internet kita dinafikan! Sila gunakan gambar bantahan di atas [gambar] sebagai tanda sokongan di profile facebook anda selama dua minggu dari hari ini.

Ayuh kita lakukan demonstrasi online secara besar-besaran, kawalan internet melindungi anda dari perkara sebenar! Jangan biarkan ia berlaku!!! [Malaysiakini]



ReJaM© "Kebebasan media hak asasi kita bersama!!!"

8 comments

cadangan Kementerian Dalam Negeri untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sebenarnya dilihat sebagai tidak seimbang. ianya lebih menjurus kepada cubaan untuk menyekat segala maklumat mengenai keburukan yang dilakukan oleh pemimpin2 negara serta ahli2 politik BN dari tersebar ke pengetahuan sekelian rakyat Malaysia. sedangkan pada masa yang sama, ketika kempen PRK Tenang, BN telah mengadakan pertunjukan tarian separuh bogel yang jelas bertentangan dengan adat ketimuran dan budaya kita. tiada bantahan ke atas pertunjukan tersebut telah menunjukkan sikap sebenar ahli2 politik BN yang hanya berminat untuk menutup kesalahan2 mereka dengan membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. sekiranya pindaan ini diluluskan, jika terdapat mana2 pihak yang mendedahkan sesuatu di internet yang boleh menggugat kedudukan mana2 pemimpin BN, mereka bakal dikenakan tindakan di bawah akta tersebut. mungkin kita bakal menyaksikan penambahan 'ahli' baru di dalam kumpulan akta-akta zalim seperti Akta Keselamatan Dal Negeri dan Akta Rahsia Rasmi.

bagus pe, internet ngn facebook tu kan buatan yahudi. napa korg nk support brg yahudi?

nabi pon xpakai internet ngn facebook pun boleh je hidup.

kalau nak kira mcm tu.. nabi pun tak naik kereta/moto/bas/kapal terbang/basikal.. nabi takde tengok tv.. mcm tu?

semua nk sekat?demokrasi pale hotak!

ini la budaya sapu bawah tikar. semua nak tutup, senang la nak tipu rakyat. bila rakyat tak tahu apa2, senang la rakyat dimanipulasi agar menurut kehendak perintahh. PENGETAHUAN bukan milik kerajaan. PENGETAHUAN milik semua. biarlah ia terbang bebas tanpa sekatan. rakyat ada otak, biarlah mereka timbang sendiri mana betul mana salah. apa, kerajaan ingat kerajaan mak bapak kami? memang betul tak tahu tu bahagia, tapi TAK TAHU tu la bahaya. kita MESTI tahu. TAHU itu senjata melawan kezaliman dan saya lebih rela mati dari hidup di bawah KEZALIMAN secara senyap. ISLAM tak pernah mengajar pemimpin memimpin rakyatnya dengan KEDAMAIAN SECARA KORUP. dan saya pelik kenapa PEMIMPIN SEPERTI INI TIDAK DISANGGAH? ingat tak dari mana duit kerajaan datang? dari KITA!

nak kawal, kawal laa... elok gak... mengelakkan orang2 yang tercelupar dari terus mencelupar...

tapi... kalo sumer kene block, x best gak... susah rr nak cari movie2 n lagu... hehehe....

-fd-

bila pikir balik..politik umco makin merapu..
tapi aku setuju, nanti ssh plak nk dapat lagu n filem best2..hehehehe

China adalah sebuah negara yang banyak menyekat apa2 maklumat dari rakyatnya yang mana maklumat tersebut boleh menggugat sokongan rakyat terhadap kerajaan China. tetapi harus diingat bahawa kerajaan China dikuasai oleh sebuah parti komunis. kenapa Malaysia perlu mengikut jejak langkah China? adakah BN juga berhasrat untuk menjadi parti komunis?


EmoticonEmoticon