Luahan hati seorang pelajar Malaysia di Mesir


Luahan Hati Pelajar Malaysia Di Mesir...

Salam. aku student mesir. kawasan yang masih 'hijau'. aku ni jarang tulis note, ...tapi sebab aku rasa ni perlu, maka aku tulis, dan korang tolonglah sebar2kan.

takda yang lebih tahu pasal mesir ni kecuali kami. kebanyakan berita di malaysia hanyalah 'lebat'2 belaka. kami taklah seteruk itu. berita2 macam ni akan membuatkan mak ayah kat sana risau, kan?

betul.

ada satu lagi yang anda semua tak tahu. kami bukan risaukan bunyi2 bom di waktu malam. belum terjadi lagi. tapi kami risau benda ni akan jadi worse. ah, kelakar aku rasa bila baca blog2 macam ni,

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/02/krisis-di-mesir-utamakan-bawa-pulang.html

http://blogserius.blogspot.com/2011/02/serius-fakta-fakta-tentang-pelan.html

apa yang korang tahu pasal kami di sini? bank dah banyak yang kena beku, kedai banyak dah tutup, harga barang naik mendadak, penjenayah terlepas. nak tunggu sorang pelajar kami maut kat kawasan 'hijau' ni baru nak menggelabah ke?

betul, kami tak boleh menggelabah. kerajaan sedang keluarkan pelajar malaysia perlahan2. kami di kawasan 'hijau' ni perlulah bersabar.

aku, secara peribadi, boleh bersabar. orang lain aku tak tahu.

yang kami risau sekarang, kerajaan terlalu lambat ambil tindakan. embassy sekarang ni sgt susah nak dihubungi. pegawai2 negeri pun susah nak dikontek jugak. siapa kata kami terurus? lawak, lawak. macam korang pulak yang kat sini, kan?

aku harap, ambiklah. walaupun sedikit lambat. asalkan jangan terlampau lambat. apa kerajaan nak tunggu zioonis campur tangan ke? nk tunggu amerika baling bom guna jet?

ok, ingat tak, dulu2, ada satu kerajaan ni di pegang oleh parti Islam (algeria kot.) then, tiba2 perancis datang untuk jatuhkan balik kerajaan tu. macam tulah yang aku takut sebenarnya. jangan sampai diorang masuk campur. sekarang ni tentera macam menyokong pro-mubarak ni. saja nak laga2kan golongan anti dan pro. kalau dah sampai macam ni situasinya, susah dah kita nak keluar dari sini.

sekejap, kami gembira kami akan keluar dari kancah ni. tapi, kejap sangat. datang balik rumours kata kawasan kami takkan keluar. u pun tak cuti. hakikat, kitorang sekarang ni cuak gila bila tahu ada kemungkinan kami tak keluar ke mana.

ada pihak yang cuba telefon embassy. sejujurnya, kami tak dikompemkan lagi kami akan keluar dari sini.

ada pihak2 yang yang dah gelabah semacam, termasuklah aku.

bukan apa, ini bukan perang agama, utk aku masuk campur. ini hal kerajaan. aku takda hak pun nak bersuara.

kerajaan, kalaulah kos nak selamatkan kami ni tinggi sangat, akan merugikan ekonomi negara, duit2 petronas tak mampu cover, nak majukan sangat negara, maka, buatlah kutipan derma. walaupun kemungkinan separuh tu masuk kat poket sesiapa, sekurang2nya adalah jugak duit. kalau taknak jugak, claimlah duit kami nanti, macam ALONG buat!!!

sekarang ni takda apa. tapi sampai bila? kami tak perlukan golongan2 doktor yang bawak ubat, supply2 makanan tu semua. sini ada doktor dan makanan dah. keluarkan kami segera dan terancang.

kami tak cukup berharga, kan?

lagi sekali.

sampai bila?

nak tunggu kami yang di kawasan hijau ni kena rompak ke? kena peluru? lawak.

kami tak kata kerajaan abaikan kami. kami tuduh melulu. tapi dah memang hakikat, embassy pun tak mampu nak kompemkan kami ni akan keluar dari sini. jadi, macamana kami tak risau?

kawasan 'hijau' yang korang kata tu, dah buat aku rasa gas pemedih mata. kat malaysia pun aku tak rasa.

well, the truth is, kami ada makanan. tak perlulah nak bawak makanan banyak sgt. dan kami kesempitan. makanan ada la seminggu dua lagi, tapi keamanan dan ke'hijau'an kami pun tak tahu lagi sampai bila. kerajaan tak mampu nak comfirmkan situasi kami lagi. kelak kaherah dan iskandariah dan di evakuasi, kami terkapai2 tanpa pegawai sebab semuanya nak balik malaysia jugak. lagi2lah kami di kawasan yang bukan kawasan utama.

sebarkanlah benda ni. sebarkan sehabis daya kalian. TV3, akhbar, facebook, blog, sebarkanlah, tolong. kami tak harap kami diselamatkan sekarang jugak. tapi bagi kami jaminan kami akan keluar. dan kami diselamatkan SEBELUM US dan yahudi masuk campur lebih teruk lagi. tunjukkanlah tanda2 kalian prihatin terhadap nasib kami. kami tidak tuduh anda tidak ambil tahu, tapi tunjukkanlah bukti bahawa anda ambil tahu hal kami.

kami di kawasan hijau tinggal sikit. banyak senior dah gerak ke cairo. tinggallah kami segelintir kami yang terkontang kanting di sini tak tahu apa akan terjadi. sebab tulah kemungkinan kami akan diabaikan semakin tinggi.

kalau betul kami diabaikan, sebahagian besar kami akan lari ke mansurah atau kaherah dengan risiko sendiri. andai kata ajalnya di sini, doakanlah rohnya diredhai.

banyak yang di atas hanyalah rumours. tapi jangan pernah main2 dengan rumours. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, kan?

terima kasih kerana sudi membaca.

wassalam.

Dipetik dari: [edyesdotcom]

47 Comments

  1. salam.. nie betul ke tipu nie? ak tgok brita mmg da truk skang.. jgn la nak buat cita plak.. aiseh..

    ReplyDelete
  2. hbs tu yg kat paper pelajar msia yg sudah tiba di msia ckp bukan2..ckp diorg berhadapan rusuhan yg teruk2..hey..berita2...

    ReplyDelete
  3. saya percaya kerajaan dah lakukan yg terbaik utk membawa keluar rakyat2 malaysia di sana.saya jg x salahkan rakyat2 malaysia mahupun saudara kerana ini berkaitan dgn hidup dan mati.jgn risau,doa rakyat malaysia sentiasa megiringi para mujahidah kita di sana.moga2 ALLAH permudahkan segalanya.ALLAHUAKBAR!

    ReplyDelete
  4. bukan kerajaan taknak bertindak cepat tapi harus diingat setiap negara ada polisinya, bukan kita main redah je nak tolong. masuk kapal terbang malaysia terus kena tembak disangka menceroboh..sbb tu dlm berita malaysia kata sedang menunggu kelulusan negara sekian2 utk masuk ke ruang angkasanya...jgn kata nak tolong, diri sndri pun tak mampu ditolong kalo da jd mcm tuu..

    ReplyDelete
  5. amrozi
    itulah bila snang, suka rmai yg xprnah igt usha krjaan yg mbntu klian yg mnruskn pgjian di luar sna..ada yg blik kpgkuan negra tp abaikn krjaan yg bnyk mbntu,..tp bila da timbulnya prkara yg anda tidak mhukan krjaan yg cuba diperslhkn...tp ape yg blih di ktkan lumrah atau ftrah mnusia mcam itulah.bila sng lupa,ssh bru nk igt..kata Tun melayu mudah lupa..bkn nk slhkn mna2 phk tp fkrkn scr rsional anda di mesir ilmu ketuhanan anda mgkin lbih tggi dri sy..anggplah ini sbg ujian dri-NYA..igt xkan dipnjagkn umrnya atau dpendekkn umrnya wlupon sdetik..sabar lah sudara..jgn cuba pnaskn keadaan..

    ReplyDelete
  6. ini aq rase kat kawasan Tanta la....sbb kawasan tu mmg xde pape sgt..ok aje...budak2 die siap boleh on9 lagi..siap boleh buat parti rmai2 lagi...hehe

    ReplyDelete
  7. tak paham aku budak ni..sekejap ok, sekejap gelabah..sekejap ckp blog2 kt malaysia berlebih2 plak.sabar dek yee..doa2 kami serta bantuan akan smapi kepada kamu...

    ReplyDelete
  8. tipu ni sume. dia yg dok siap on9 lg tu.
    xde ape2 nye kat mesir tu, photoshop je lbh.
    biasalah berita kan..kawan2 on9 ak org mesir siap main game on9 lg tu.
    xphm betul lah

    ReplyDelete
  9. sbr2 nnti ad lah bntuan yg akn tba k,sy doa2 kn muga2 klian slmt semua....

    ReplyDelete
  10. orang mlysia yg tiada d sini hrp tolong jgn mhentam mbuta tuli.......hnya student yg berada di sini sja yg tahu keadaan sebenar

    ReplyDelete
  11. fendi
    bersabarlah...Allah da de perancangan Dia sendri..
    sebaik-baik perancangan adalah perancangan dia..sama la kta doa semuanya ok..

    ReplyDelete
  12. huish.. kiterorg nak jaminan je.. bkn ape.. ish .. leh kuar ke tak nih ... ~.~" ..

    ReplyDelete
  13. student...
    mgkn keadaan kami di sini msih baik2 shj dari luaran.....mkn msih ckup,msih boleh bmain dsbgnya tp ada shbt2 sya yg dah mula tganggu emosi memikrkan bmacam2 khbr angin yg smpai ke telinga dan bantuan yg di nnt2 tak kunjung2 tiba.....mgkn fzkl msih elok dan sht tp emosi????

    ReplyDelete
  14. aku rase ni kawasan tanta or zaqaziq en?? kawasan korang memg la hijau.
    kawasan sayyeda zainab,munira,abourish dan kasr ein yg teruk.sebabnya hanya 3,4km je dari tahrir,tempat tunjuk perasaan tu..kami yg kat kawasan sayyeda zainab ni,mase 28hb tu,tunjuk perasaan tu berlaku gak kat sini,siap blh nampak depan mata lg,dengan tentera dok menembak penunjuk perasaan tu.kawasan kasr ein xyah citer r..jet2,helikopter 2,3 kali dalam sejam lalu atas umah..dari segi psikologi,kami dah agak lemah..skrg duk merempat kat ARMA(dewan malaysia abbasiyah kaherah)dari ari isnin lg..last2 yg dievakuasi dulu org yg kat hayyu sabi' lak..tapi insyaallah,kami akan dievakuasi esok,4hb..doa2kan kami kat sini..

    ReplyDelete
  15. kerajaan BN bodoh

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah. buat masa ini kami masih msh lagi mampu bersabar dgn semua dugaan ini. semua ini datangnya dari Allah S.W.T. kami kini sedang berkampung di kedutaan Malaysia, Kairo, Mesir.

    Kami cuba sedaya upaya untuk saling bergantung antara satu sama lain, dari segi keperluan pakaian dan kemudahan lainnya.

    Buat masa ini, sekiranya misi bantuan evakuasi kami terpaksa ditangguh, keperluan makanan adalah yang paling membimbangkan. Selain daripada harga makanan yang melambung terlampau tinggi, kami terpaksa menghantar wakil para pelajar lelaki untuk membeli barang2 keperluan dan makanan pada siang hari untuk selang beberapa hari. Keluar ke pasar pada siang hari sendiri tidak menjamin keselamatan kami ketika keluar.

    Sekarang tepat pukul 7:00 pm di Mesir. Seperti pada malam hari sebelumnya, para pelajar lelaki akan berjaga di aras bawah untuk memastikan keselamatan di sekitar kawasan kedutaan. Pelajar perempuan pula ditempatkan di tingkat atas. Ini adalah sebahagian daripada standard operating procedure bagi mengelakkan perkara2 yang tidak diingini daripada berlaku.

    Kebiasaannya pada lewat malam ada segelintir rakyat Mesir yang mengambil kesempatan terhadap pergolakan, melakukan kerosakan awam terhadap kereta mahupun rumah sesiapa sahaja. Golongan ini turut menjadi kebimbangan kami.

    Akhir kata. Doakanlah keselamatan kami di bumi Mesir ini. Kami tak sanggup untuk berada di sini untuk lebih lama lagi. Apakan daya kami sekiranya proses evakuasi kami terpaksa ditunda bagi memenuhi standard antarabangsa sebelum dapat dijalankan buat berperingkat. Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  17. Korang memang tak faham atau buat2 tak faham?
    Penulis menggunakan reserve psychology tu....

    ReplyDelete
  18. saya plajar di mesir...ada cakap.. saya pon x thu kesahihan nya.. askar datang amik pastu letak kat Jeddah.. kat jeddah tu pandai2 student/warganegara M'sia lah nak balik sendiri(tanggung sendiri tiket ke KL).. ada lah jgak TLDM amik tapi 500-600 orang SAHAJA
    tapi aku baca Berita Harian Online cakap kerajaan support sampai ke TANAH AIR TERCINTA.. apa kes..
    kalo ye pon kami boleh tanggung harga tiket tu.. tapi xyah lah nak TIPU RAKYAT kata kai ni DISUPPORT sepenuhnya ke malaysia..

    ReplyDelete
  19. nak buat mcam mana. . . .
    dah abiskan 65k setiap sorang tuk pemain hrimau malaya. . .
    nak bawa student malaysia-mesir balik malaysia pun xcukop duit

    ReplyDelete
  20. lady-bird pergi melancong kat oman abes 5 sen je kan... not a big deal lah.. student ni bukan bini aku~!

    ReplyDelete
  21. mmm...cerita adik sm cm crt adik akak kt sn...sebijik...sbr ye dik..smg Allah slmtkn adik, adik akak n kwn2..org yg x tahu crt sbnr mmg main ckp lps je..igt dik, kt ade Allah...jgn hiraukn kt2 mrk yg semmgnya x tahu..wlupn akak x knl adik, tp akak bleh rs kesedihan adik..adik akak pn msh mnggu...Allah Maha Pengasih lg Maha Penyayang..

    ReplyDelete
  22. alahai..ape na jd..kerajaan malaysia menipu je..die hnye akn hntr ke jeddah..then biar tggl sebulan bru die angkut naik kpl blik malaysia..ad ke ptt..kalu na blik awl kene beli tiket sndiri..mcm 2 ke sepenuhnye ditanggung kerajaan? mmg tak lar ak na unji kerajaan lg kalu mcm ni die lyn rkyt die cmni..even indon un tros agkut rkyt die blik tros ke indon..tade da trnsit2..mcm mne 2? ape kerajaan wat skrang?hnye tggu puluh2 rkyt malaysia kene musibah baru na terkedek kedek kate na agkut tros?mmg ad kwsn hijau..tp ikot ckp author..hijau lar sgt kan..hijau hnye utk rusuhan..bkn utk pencuri penyangak perogol semua..hitam bg semua penjenayah2..na ad rkyt malaysia blik bertemu dgn Allah yg maha Esa dulu bru na slmtkan kami?
    mega tower puluh2 billion mmpu je wat..kasino hub hiburan semua sng je setuju kuar duit..ni naseb rkyt malaysia takat bape2 juta na gkut blik un na berkire?mmg ptt lar rmai org stadi luar negara tana keje kt malaysia..tgk ape jd nan malaysia skrang..
    harap amek pedoman lar ye.. =D

    ReplyDelete
  23. 6000 banduan dapat melepaskan diri dari penjara. . . .
    taw x?? harap lah 'org yg b`tanggungjawab taw'
    6000 tuh!!

    ReplyDelete
  24. setidak2nya pelajar ini meluahkan isi hatinya yg terseksa disana...betul kata beliau,adakah kerjaan memerlukan kos yg tinggi untuk mgeluarkan mereka dari sana??megapa kerajaan tidak bertindak lebih awal???kenapa???perlu kah ada rakyat Malaysia yg terkubur di sana???sampai hati kah kalian semua melihat anak jati negara kita mati di negera org???kalian harus meletak kan diri kalian disana...mereka mengharapkan bantuan,dan bukan semata2 untuk membohongi atau menipu kalian..sedar la..kerajaan telah bnyak menghabiskan duit untuk peruntukan itu ini,dan perasmian sana dan sini...tapi dimana peruntukan untuk pelajar2 kita disana???pikir tuan2...kita ada pelajar diluar ygsan yg perlu diselamatkan...andaikan salah seorg ahli tuan diluar sana,???apakah yg akan anda rasakan???

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum,

    Sebijaknya semua pihak di Malaysia mahupun di Mesir perlu sama-sama bersabar. Kita orang Islam, agama yang harmoni jangan pula mengambil kesempatan menghuru-harakan keadaan. Bincang dan lontarkan buah fikiran secara matang dan berhemah.

    Saya agak sedih apabila krisis ini saya kategorikan sebagai hak kemanusiaan dijadikan isu politik sepeti dalam blog
    http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/02/krisis-di-mesir-utamakan-bawa-pulang.html
    Sesuatu yang sangat tidak patut. Kita di saat genting iaitu cuba sedaya upaya mengurangkan risiko terhadap keselamatan dengan menjadikan Jeddah sebagai pusat transit pertama.
    Walaupun berada di Malaysia, saya mengikuti perkembangan sepenuhnya kerana adik saya di Zagaziq dan beberapa orang sahabat di Iskandariah dan Kaherah. Untuk update semasa, sama-sama mengikuti perkembangan di blog ini
    http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
    Berikutan keciciran terhadap maklumat semasa tentang evakuasi yang sedang dilakukan oleh kerajaan Malaysia, kita kena sama-sama membantu dan berfikiran positif serta perlu ada inisiatif. nisbah antara pegawai atau sesiapa yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan evakuasi ini terlalu besar jurangnya. paling penting sekarang ialah menyelesaian kepada masalah bukan menambahkan masalah. Kepada pihak yang rasa tercicir atau dicicirkan secara tidak sengaja, sedaya upaya mencari jalan penyelesaian untuk tidak terlepas daripada kelompok yang akan dipindahkan. sama-sama membantu untuk dibantu, jangan hanya mengharap untuk dibantu sahaja.
    mengikut apa yang saya arif, di kos pengangkutan di Jeddah ditanggung kerajaan. Penginapan dan makan minum di asrama Tabung Haji juga ditanggung. Bagi yang mahu pulang awal ke malaysia, kos adalah tanggungan sendiri dari Jeddah. Bagi yang memerlukan bantuan hingga dibawa pulang ke tanah air dengan kosnya ditanggung kerajaan perlu menunggu hingga diberitahu kelak.

    TERKINI : Maklumat daripada Bilik Gerakan Kedutaan
    1. Kos perjalanan Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan
    2. Sara hidup sepanjang di Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan.
    3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.
    ‎4. Perjalanan Jeddah - KL dengan tanggungan sendiri
    5. Perjalanan Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri
    maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, melalui panggilan telefon pada jam 12.48pm waktu Mesir


    Sumber, PMRAM

    Sekadar berkongi pendapat. Sesungguhnya jika diberi peluang untuk merasai kesusahan detik-detik disana ingin saya sertai. Suatu pengalaman bermakna dalam hidup. Ingatlah sesusah-susah kita pasti ada yang lebih susah seperti mujahid dan mujahidah di Palestin. Yang baik dari Allah yang buruk kelemahan diri saya.

    Wassalam

    ReplyDelete
  26. adik tue nama comel saya je.. hahaha..
    betul tu walaupon kbanyakan blogs merepek.. tapi hanya yang mengalami nya kami sendiri.. itulah yang mmbuatkan kami kjap2 gelabah kjap2 hepi tu.. sendiri je tau(trauma kot).. ni alhamdulilah internet dah pulih.. sebelum ni x tahu apa2 pon pasal mesir..(ibarat katak bwah tmpurung..) hanya dengar kabar angin yg ntah sahih ke x.. lepas internet pulih ni ler baru tau kesah sebenar(lawati al-jazzera.net.. bukan berita harian yg melebih je).. so, jgn ler citer melodi yer..

    ReplyDelete
  27. saya... saya sekarang di Jordan, saya ada hubungi kawan saya di Mesir semasa hari kedua kejadian. Diorang kata... diorang kata, pelajar Indonesia sudah selamat tiba... apa bukti indonesia menceroboh ruangan udara? sorang tolong jawab... diorang kata, sampai berpeluh call keduataan dan MSD, tak dapat. bila minta bantuan keduataan Jordan, baru dapat tahu keduataan Malaysia di Mesir sedang 'bercuti'..

    artikel di atas hanya kiasan la wei...

    ReplyDelete
  28. sayakawanpenulisartikel4 February 2011 at 08:06

    saya merasai gas pemedih mata bersama dgn penulis artikel di zagazig 50km dari cairo....
    apa yg dia tulis ni btul....mmg terjadi...semasa uprising tu kami panik...skrg dh cooldown...dh redha dan faham situasi...kalo anda ada disini anda pon pasti same sprti kami...bayangkan terperuk 18 jam sehari...
    pelajar uni alexandria 200km dari cairo

    ReplyDelete
  29. makanan banyak2 bukan untuk ko sorang je... untuk 11 ribu yang lain... bukan kat Mesir... Tapi kat negara2 jiran yang korang kene transit mungkin hampir sebulan...

    skrang dah terbukti (if budak ni betul2 pelajar mesir) yang kebanyakan pelajar kat Mesir x tahu langsung ape yang kerajaan tengah wat.... mereka sume terlalu khusyuk belajar agama... terus lupe tanggungjawab mereka di dunia....

    -fd-

    ReplyDelete
  30. fd -

    ape maksud blaja agama smpai lupa tanggungjawab kt dunia?tugas diorang ke nk taw ape jd kat kerajaan mesir..dorg pelajar malaysia kot...maaf kalo aku salah phm...ayat ko tu memang meng-konfiuskan...apa yang kerajaan malaysia tunggu lagi kalo negara lain sume boleh je nak bawak balik student dorg thru udara...kenapa negara lain cepat je bleh bawah balik tapi malaysia kene tunggu lebih seminggu??kwn2 aku dh ketakutan kat sana...kita yang dok kat malaysia ni xyah la dok kutuk2 dorg xtaw pape ke...kalo kene kt ko tgk mcm mn ko nak tahan...

    ReplyDelete
  31. fd yang x tau apa2 boleh diam tak..

    xboleh ke bawak balik kitorang direct KL..
    kalo x leh direct pon, lepas sampai Jeddah tu terus balik KL lar.. ni apahal nak tunggu sebulan baru boleh balik naik kapal TLDM plak.. pastu dok sibuk2 xde bekalan makanan kat Jeddah tu..
    Nota brader ni tulis kat atas tu cakap.. separuh bajet tu masuk poket seseorang.. kononya nak claim kos makan minum kat jeddah tu ler.. cam aku tak tau stail korang kan...
    daripada duk terperuk kat jeddah tu.. apa kata bawak kami balik M'sia terus kan senang.. boleh jgak aku rasa masakan mak aku kat umai oii...

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum,.sye xbanyak nk komen,..p sye doakan kalian disane dilindungi Allah,..1 pesanan sye walau pe pown terjadi redhalah hati kalian kerna Allah xjdkan sesuatu yang membatasi kemampuan hambanya,..(sue)

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum...bru2 ni sahabat sy ada bru blik dr sna..cte ni sy dgr dr dia, nsb dia mgkin baik sdkit dr org len sb dia msh mampu dr segi kwangan utk bli tiket sndiri..dia ckp mkanan diorg kat sna memg xde nak bnding ngan student2 dr negara len,kedutaan diorg antr bntuan mkanan yg byk, student2 kt mampu telan air liur je tgk, so apa dah jd, lg 1 keadaan diorg kat sna dah teruk sb peluru2 sesat byk,dlm umah pun x slamat sb umah2 diorg byk yg kna rompak n brg2 suma hilang..teruk kan??sy bukan nak menuding jr pd sesiapa tp msalah ni kt kna cpt2 selesaikan. kesian pd ahli keluarga student2 yg risaukan keselamatn mereka suma. tolong jgn tokok tambah cte2 yg xde kna mngena psal diorg suma. tu suma akn bt family diorg lg bimbang.. sbgai umat seIslam kta hnya mampu berdoa utk diorg tp pihak kerajaan mampu utk amik tndakan yg lbh pantas lg. so pkir2la sndiri. n 1 lg..cba pkir lau anak2 menteri2 kabinat kt sndiri yg ada n alami situasi mcm ni kat sna, sy rasa dlm msa 24 jam, kerajaan Malaysia akn amik tindakan. jgn pntgkan diri shja..student2 kt pun ada keluarga sndiri cma mgkin x mampu utk bt apa2 tndakan. jgn 'anaktirikan' mereka walaupun mereka bknla 'anak kandung' mnteri2 dlm malaysia ni.so sy mntak sgt2 jgn terlalu lmbat utk amik tndakan. btla sesuatu. tima kasih.

    ReplyDelete
  34. gelabah mende.. ko kt mesia rilek je la makan kenyang2.. pk diri sndiri..

    ReplyDelete
  35. kalau ikut antara komen2 kat sini... maknanyer sapa x sokong K'jaan (UMNO)bole pegi mampos kat sana... gitu ker... kesian la tengok penyokong UMNO ni suma... korang la antara sebab ramai yg dh x sokong UMNO... pemimpin korang pon sama gak... cuma... x level mcm korang la... hahahahahaha... mengong

    ReplyDelete
  36. tpm:tak da kperluan
    najib:kt bt yg tbaik
    aku:bangang punya pmimpin

    ReplyDelete
  37. 1 jer silap skang,..kita memilih pemimpin bkn berlandaskan islam,...betul umno bagi bnyak faedah kt rakyat,..p tue sume xmenjamin kita sbagai rakyat,..kita skang dunia akhir zaman,xdinafikan parti laen ad kelemahan jugak,..p nie la yang terjd,..xdpt dikawal,..even skang orang islam dh mcm owg kafir,..sbb 2 terjdnya mslh skang,..tanda2 Allah murka,..bkn menunding jari p pikir r,..wallahualam,..Sue

    ReplyDelete
  38. salam...
    tak payah la kita nak gaduh kot pasal artikel ni. bagi yg tatau keadaan sana, tak payah nak tuduh pape, rasanya penulis pun takde masa nak reka cerita dlm keadaan mcm ni. mmg betul ada student yg tatau ape terjadi, apabila komunikasi tidak sampai masa terputus talian, benda ni berlaku pada org terdekat saya.skang bila boleh berhubung,baru tau keadaan sana..mmg ada kawasan yg tak de rusuhan, tapi..ade makhluk2 lain yg amik kesempatan atas ape yg berlaku, tu yg jadi mcm2 jenayah plak. mesir tu besar,,idak la mcm mesia ni..tara mesia ni pun ade yg kita tatau ape jadik kan..
    bukan nak tuduh pape tapi mmg style MSIA ni, suka amik mudah dan amik muka 'bertenang' apabila keadaan terdesak... walhal, ape yg wajib dilaksana tidak dilaksana...dok hadap benda takde pekdah jugak..
    (MYA SARA)

    ReplyDelete
  39. saya abrar. saya yang tulis note tu. izinkan saya komen beberapa perkara atas komen2 kat atas ni ye.

    ye, kawasan saya, zagazig, dan tanta masih hijau. tapi sampai bila? namun alhamdulillah sekarang semuanya sudah digerakkan ke arma. apa yang saya nak kata di sini, kalau kawasan hijau pun susah, apatah lagi di kawasan sayedah zainab dsb tu?

    yang paling membimbangkan sekarang adalah soal makanan. kami tak tahu stok makanan di mesir ni akan bertahan sampai bila. harga dah naik melambung. kedai byk yang dah tutup.

    saya minta maaf kalau note tu membuatkan situasi tu nampak terlalu teruk. kami sebenarnya tersepit, dengan janji2 kerajaan walhal pelaksanaanya tiada. tapi alhamdulillah kami sudah dikumpulkan di aherah utk proses seterusnya selepas ini.

    memang saya on9, mujur kerana hari itu baru sahaj mendapat internet. mala yang saya tulis note itu saya tak boleh stadi sedangkan periksa sudak dekat. hati tak tenang bila ada pegawai ejen yang bertanya kepada pihak embasy mengenai situasi kami, tapi mereka masih tidak mampu mengesahkan. siapa yang tidak khuatir? jadi, kawan saya di cairo mengajak saya ke mesir sendiri. nak harapkan embassy sampai bila. tapi mujur, esoknya embassy sampai walaupun sedikit lambat. sekurang2nya sampailah jugak.


    kalau sebelum ni kami kena beli tiket sendiri dari jeddah,tapi sekarang kerajaan support. khabarnya dah tukar sebab ugutan dari politik jugak. semuanya politik.

    nyawa kami dipolitikkan.

    sekali lagi saya mohon maaf kalau ada yang salah faham.

    ReplyDelete
  40. pe mende la korang sume merepek2 ni.... hal ni pun nk dijadikan politik.. sape2 yg memerintah pun, prosedur die same je. ko nk landing tmpt org mmg ler byk karenah birokrasi. negara lain tu rakyat die kt mesir bape kerat je. rakyat msia ni 14ribu~~!! yg sejak belajar kt mesir tp xpenah balik msia pun time2 camni la baru nk balik tanah tumpah darah ni kononnye. so bersyukur la korang, malaysia xbiar korang kt situ terus..slow2 beb.. stakat kapal yg bley bwk 150 org tu, nk habiskan 14ribu org.? bape kali korang rs kne ulang alik...SABAR LER~~

    ReplyDelete
  41. aku rasa... baik kjaan malaysia jgn tolong or jgn buat aper.... tolong hantar ke jeddah pun salah... lambat pun salah.. buat aper pun PENDEK kata SALAH LAH.....!!!!!!!!!! hantar kapal terbang pun salah... kuar duit belanja nak selamatkn pun salah..

    cba pkir lau anak2 menteri2 kabinat kt sndiri yg ada n alami situasi mcm ni kat sna, sy rasa dlm msa 24 jam, kerajaan Malaysia akn amik tindakan.(ayat si sazzy )

    ingat benda bole wat dlm 24jam ker??? pikir la dulu klu nak kata... sume ader procedure....

    ReplyDelete
  42. Itula dia rakyat msia tak pernah hidup susah.....tgk rakyat palestin tak mkn seminggu tak kecoh... Kagum dgn perjuangan rak yat palestin allahuakbar

    ReplyDelete
  43. nemesis,
    nyawa kami di politikkan???belajar islamkan...??? nyawa awk tu di tgn ALLAH la.... so baik awk berdoa banyak2 semoga dipercepatkan bantuan... so sy rasa awak akan selamat sekiranya ajal awak tak sampai lg.. semua nya dh ditentukan oleh NYA.... so if awak kena tembak kat kepala pun... mmg dh tertulis... sy faham awak takut... sy pun takut tgk kat TV ni...sy doakan awak yer,.....

    ReplyDelete
  44. Abang saya adalah salah seorang di antara 100 orang pertama pro-UMNO yang dengan jayanya telah pulang ke tanah air Malaysia! Hidup UMNO! Allahuakbar! :D *happy happy!!!!!!

    ReplyDelete
  45. mmg btol skrip dlam citer lagi2 senario...
    "dlm pper, sume xleyh caye, kecuali 1; no 4D"

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan