Tuesday

Najib berang ADUN BN cuba menipunya


Selama ini bila ADUN BN di Sarawak yang pemalas, dan menyeleweng dikritik dan dihentam oleh pembangkang, Najib dan penyokong - penyokong BN membela mereka bermati-matian. ADUN BN lah yang terbaik, yang paling kacak, paling berwibawa, paling bersih, paling bijak menyelesaikan masaalah rakyat dan sebagainya.

Namun akhirnya terbukti dengan jelas bahawa dakwaan pembangkang bukanlah fitnah, sebaliknya satu fakta yang tidak dapat dinafikan apabila Najib di depan batang hidungnya sendiri melihat perangai ADUN-ADUN BN yang kaki tipu, kaki kencing dan pemalas.

Beberapa ADUN BN dilaporkan berbohong tentang diri mereka sendiri ketika pertemuan hati ke hati mereka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib di Miri, minggu lalu.

ADUN BN, Dr Jerip Susil dan Daud Abdul Rahman mengesahkan sesetengah rakan mereka berbohong [Malaysiakini].



Lihatlah sendiri, di depan Najib ADUN-ADUN BN ini sanggup dan berani menipu, apa lagi di belakang? Sudahlah Najib nak bertemu dengan ADUN-ADUN ini setahun sekali pun payah.

Bayangkanlah, seorang wakil rakyat yang diamanahkan untuk menjaga kawasan tertentu, perkara asas seperti demografi penduduk pun dia tak tahu? Sudahlah tak tahu cuba menipu pula! Wakil rakyat apa macam ni?

Tak hairanlah, satu dunia tahu Negeri Sarawak kaya dengan balak kerana hutannya yang tebal, kaya dengan petroleum tapi tergolong dalam negeri paling miskin di Malaysia.

Pada tahun 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion. Namun sekitar 70 peratus penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik dan dibelenggu kemiskinan yang parah.

Lebih daripada 300,000 orang muda Sarawak bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada pekerjaan untuk mereka di bumi kenyalang itu [Malaysiakini].

Mana pergi duit Sarawak yang banyak-banyak tu? Kenapa masih ramai rakyat miskin dan papa kedana di Sarawak? Apa nak buat, demografi penduduk pun tak tahu, apa lagi nak ambil tahu kesusahan rakyat. Wakil rakyat BN tahu makan gaji buta saja! Ini fakta!



ReJaM© "Kalau Najib pun kena tipu, apa lagi rakyat?! TV3, RTM, UTUSAN, METRO, BERNAMA, dan media pencacai lain tetap akan kata Barisan Nasional sahajalah yang pandai mentadbir negara"

8 comments

lu pehal kutuk KERA...
KERA 2 kn Bangsat Negara...
ad hati mau jd kerajaan lg...
hahaha...

hmm.tk heran la bapak borek anak pun borek jgk tkdenye pn rintek2...tgk gambr blog-list malaysia..n kami sokong tok guru..islam itu indah.

Punya Ramai ADUN BN Di Sarawaktu,(2)Org Adun Saja
yang Mendengarnya. 2 Org Ni Mesti Nak Lepas Tengkuk Dia,Takut Tak Di Calunkan Semula Esokni.
Teliti Balik Screenshot diruang yg Ada Cop Geran Tuan Tanahtu.


RejaM@ At 9:47AM, Pemuda Umno,Penang... Sampai skrg dok diam lagi,mana????? Penat dah kot? Tak Larat Nak Tepis Isu Zina DiPucong,Siap Org Kampung sana bagi No.rumah lagi.

Pemuda UMNO Penang tengah menangis kot haha...

RALAT Dari Anon....1:10AM
Rejam@ AT 11:47PM, Bukan 9:47Am (Maaf)
Pemuda Umno,Penang .....Masih Membisu,seribu bahasa.
Agaknya Betul cakap Kawan RejaM Kot???

Pembohong yang dibohongi. Itulah najib

Lu orang jangan cuba2 nak condem Najib. Jangan kasi gua marah!...

ni la namanyer hukum karma... hari ni kita buat kat org... esok lusa... org buat balik kat kita...


EmoticonEmoticon