Wednesday

Penduduk Tawau harus doakan ADUN meninggal dunia


Suasana sekolah yang usang, buruk mengalahkan pondok buruk, malah boleh dikategorikan sebagai sekolah paling buruk di Malaysia, mungkin bakal mendapat tempat yang baik di dunia sebagai sekolah paling hodoh dan buruk tahap reban. Ini bukan fitnah pembangkang, ini bukan cerita bohong tapi ini fakta!

Sekolah buruk ini barangkali boleh dimasukkan di dalam rekod Malaysia's Guinness Book of Record, sebagai sekolah paling buruk dan tak selamat di Malaysia. Sekolah ini bukan sahaja buruk, malah sangat berbahaya kepada lebih 1000 murid-murid dan guru yang saban hari menggunakannya kerana tiada pilihan.



Seorang ahli parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh telah mendedahkan di dalam akhbar The Star milik MCA, tentang perihal bangunan-bangunan sekolah yang usang dan berbahaya kepada lebih 1000 guru dan pelajar sekolah berkenaan. Hal ini sudah diutarakan kepada Menteri Pelajaran, namun tiada tindakan yang diambil.

Ahli Parlimen itu juga telah melaporkan hal ini kepada Timbalan Perdana Menteri Pak Din anak Yassin tetapi tidak diendahkan nampaknya Pak Din hanya berminat untuk mengumumkan projek-projek kebetulan sekiranya ada Pilihanraya kecil sahaja. [The Star]



Nampaknya penduduk di Tawau perlu mengadakan solat hajat agar ADUN kawasan anda meninggal dunia untuk menyelamatkan nyawa 1000 lebih guru-guru dan murid-murid yang menanggung risiko setiap hari di sekolah buruk ini.

Inilah kerajaan yang mendakwa mereka sahajalah yang pandai memerintah, mereka sahajalah yang mengutamakan rakyat! Hasilnya, Negeri Sabah dilaporkan oleh bank dunia sebagai Negeri paling miskin di dunia, meskipun sebelum ini pernah dinobatkan negeri terkaya di Malaysia (1970) [Negeri paling miskin]

ReJaM© "Mungkin Pak Din nak tunggu ada orang mati kat sekolah tu baru nak selesaikan masaalah ni..."

15 comments

harus je bro??
lembut sangat tu...
gua ase ni dah tahap wajib ni..!
xbuat berdosa...!!


kahkahkahkah

Wajib tu kejam sangat bro kah kah kah....

bkn tk nak buat sekolah tu..kita kne berjimat sebelum habis..

Kesian.. apa salahnya Menteri2 umno tong-tong kuar duit sorang RM 10,000. Dapat gak ganti kayu2 reput tu. Kalau aku jadi Menteri, sekarang jugak aku kuar duit poket aku sendiri, repair kayu tu !!

menteri nk kuar duit sendri???haram....mkn,tdo kt hotel pon free..siap bole claim lg..pastu elaun sara hidup setipa ari lg..ape2 ntah lg..ptuiihhh...kahkahkahkahkahkahkah

menteri2 malaysia macam shit sorang2...

ish kesiannye reban aku pun ada ekon ..btl tk rejam...

doa2 la supaya ADUN kt tempat tu meninggal cepat. nnti pakdin turun, bg peruntukan buat sekolah baru... hehe

Nanti jawapan dia atau tukang kipas BN mesti lebih kurang macam: "Sabar lah. Kerja macam ini ambik masa. Bukan sekelip mata boleh siap."

Ya. Right. Ada ke orang bodoh lagi nak percaya cakap BN ni? Oh ada. Tukang kipas BN.

plz la ni bukan masalah menteri beb.. ni masalah kementerian pendidikan.. pegawai die lembap... kalau perkara ni diberitahu terus pada TPM pasti sesuatu boleh berubah.... hanya umno boleh mengubah nasib korang tahu tak..... hanya orang bodoh jer x percaya bn.. sebab tu korang x leh mentadbir malaysia tak paham mcm mane nak dapat peruntukan...

wei semua..di malaysia hanya orang umno yang boleh faham pasal peruntukan masuk poket..pasal bagaimana nak makan rasuah...bagaimana nak tadbir negara jauh sekali...

getik dengar komen macam sial 4.09pm...engkau tau ke menteri kat malaysia ni kaki lepas tangan..takda se ekor menteri pun berani bertanggung jawab..tengok saja antara kata kata popular adalah...itu bukan bidang tugas dia..memang betul..bidang tugas dia orang adalah cari dan penuhkan poket dengan duit peruntukan rakyat...tu yang sampai buat kapal perang sampai 1 billion walau israel yang canggih tu pun baru 792 juta je...tu baru satu contoh...

RM (rosmah mansur) ambil 65 juta untuk renovate istana diputra jaya..napa takde ke adun sana yang melawan..cakap kat sekolah teman di tawau tu sekolah macam kandang babi dah...huluq le sikit..untuk anak anak di sana..

menteri pun tau..nape diam..sebab depa tau..kat sana tu boleh di beli..undi rakyat tempatan tak penting..indon ramai boleh beri ic ...tu yang jadi camtu...

doakan adun mati pun tak guna sebab nanti anak adun pulak naik..sama juga ...kumpul kekayaan lagi..abaikan rakyat lagi..kan semua tempat tu bapak orang umno yang punya...

Ya Allah, Engkau Matikanlah Pemimpin Umno yg Zalim & Menindas Rakyat... Amin!!!

untuk perhatian semua,kerajaan tak boleh baiki sekolah tu,kalau kerajaan baiki,negara akan BANKRAP...korang tahu ker maksud BANKRAP tu apa??kalau baiki sekolah ni,mana nak dapat peruntukan??habislah duit pak2 menteri semua,korang ingat pak menteri tu guna duit saper bekerja??bukan duit rakyat ok...duit gaji dan perbelanjaan negara semua tu pak2 menteri pergi korek2 dalam tanah pastu jumpa harta...kalau baiki sekolah ni,negara akan bankrap ok...pastu pasal budak2 ni semua,pak menteri kisah apa,anak2 pak menteri semua pergi belajar luar negara,dan happy2 kat luar negara,so apa pak menteri kisah kalau anak2 rakyat duduk sekolah macamtu...kalau dah xnak pergi sekolah,xpayah pergi lah pak menteri akan cakap mcmtu...ada faham???so kalau nak jugak sekolah tu dibaiki,YB kawasan tu terpaksa dikorbankan...sorry to say lah ya YB...

Mungkin juga kerajaan kurang bagi perhatian kat orang2 sabah nie... Bayangkan la... UMNO menang pilihanraya disebabkan bantuan sabah n sarawak... Sebab d semenanjung UMNO suda kalah truk... Pembangunan d sabah agak lambat trutamanya di kawasan tawau... Aq sendiri nampak beberapa buah sekolah yang rosak n x d baiki sampai skang... Kesian budak2 sekolah tu, lau ada apapa blaku, mungkin ada yang lepas tangan.. Itu la pilihan raya d buat 5tahun sekali agar kt dapat memilih pemimpin yang berkaliber... Maybe pada pilihanraya tahun 2013, kt akan dapat berfikir bijak untuk memilih ADUN yang lebih berkaliber, berwawasan n sanggup turun padang utk bersama rakyat apabila ada masalah berlaku.. Itu baru namanya pemimpin yang sejati... ^_^ (Peace No War)

slm..
sy org png betugas di sekolah di tawau...
mmg sedih tgk sekolah2 d tawau....
sy pon xphm apa yg org2 tawau ni syg sgt kt ghapur nih...jln2 raya disni pon x selamat..byk kes kemalangan & kematian...ada kes thn lepas banjir d kwsn pasir putih tawau...air mmg naik tinggi sampai ke bumbung rumah...air naik sebab ada satu parit besar yg dibuat khas mengalir ke kawasan kg tersebut daripada ia melimpah ke rumah ghapur...tp crita ini sy kurang pasti namun begitu ramai org2 tempatan yg kata..dan memang kesianlah sy tgk tawau...bandar yg tidak berkembang...penyeludupan beleluasa..baru2 ni najib trun tawau utk ke maliau basin..sbuah hutan simpan di kalabakan...jln nk kesan kalo naik kereta..kompom hancor keta..sbb jln xelok...jd utk elak najib tau perkara ni..najib dibawa naik helikopter..pndai kn ghapur ni...dan dgr cerita kalo x silap sy ada 4 - 6 buah ninja king rosak tayar..bygkn..ninja king tuuu...terok btul jln nk ke kalabakan..air pon xda...tp adun kalabakan p191 datuk ghapur ni mcm x amik inisiatif nk menangani isu ni..apatah lagi nk jenguk rakyat dia..dan mmg kebanyakkan org2 d tawau ni puas ht dgn apa yg diaorg ada d tawau...tp bg sy tidak...apa boleh buat..ni tmpt diaorg...bkn tmpt sy...pndai2 lah diaorg pkir demi masa depan generasi penduduk d tawau..


EmoticonEmoticon