Protes anti Taib Mahmud di Kanada dan United Kingdom

Kempen bagi menumbangkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semakin mendapat momentum menjelang pilihan raya negeri itu dengan dua demonstrasi dirancang di Ottawa dan London Isnin depan.

Protes itu adalah anjuran Dana Bruno Manser Fund (BMF), sebuah kumpulan pejuang hak pribumi yang berpangkalan di Switzerland, dengan kerjasama pertubuhan alam sekitar antarabangsa, termasuk adik ipar bekas perdana menteri Britain, Gordon Brown - Clare Rewcastle Brown.

Rewcastle Brown adalah pengasas laman sesawang Sarawak Report, yang sebelum ini seringkali mendedahkan dakwaan salah-laku dan rasuah Taib serta empayar perniagaannya.

Menurut kenyataan BMF, protes di Kanada dan United Kingdom itu akan diketuai oleh pemimpin pribumi dari Malaysia dan akan diadakan di luar dua syarikat hartanah yang dikuasai oleh keluarga Taib di Ottawa dan London.

Kedua-dua syarikat itu - Sakto Corporation di Kanada dan Ridgeford Properties Ltd di London adalah 49 syarikat yang telah disenarai-hitamkan oleh BMF baru-baru ini.

Pemimpin dalam buangan

Protes di Ottawa, dijadualkan pada jam 12pm (Eastern Time, GMT-5), akan diketuai oleh Mutang Urud, seorang pemimpin pribumi dari Sarawak yang tinggal dalam buangan di Kanada sejak awal 1990an.

Mutang pada Februari 1992 telah ditangkap dan dikenakan hukuman kurungan berasingan oleh kerajaan Taib kerana mengendalikan Persatuan Penduduk Pribumi Sarawak (SIPA).

Beliau pernah berucap pada Perhimpunan Agung, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-47 di New York pada 10 Disember 1992 berhubung nasib pribumi Sarawak yang ditindas.

Protes di London yang dijadualkan pada jam 9.30am (GMT) akan diketuai oleh Rewcastle Brown dan Peter John Jaban.

Peter, seorang penduduk pribumi Sarawak adalah DJ Radio Free Sarawak, sebuah stesen radio bebas gelombang pendek yang bersiaran dari London. Ia memfokus pada cerita-cerita aktivis Sarawak dan perjuangan masyarakat pribumi mempertahankan hak tanah mereka dan juga mendedahkan kepincangan pentadbiran Taib.

Pilihan raya Sarawak disebut-sebut akan diadakan pada April ini kerana hayat dewan undangan negeri itu akan berakhir Julai depan.


ReJaM© "Ayuh Rakyat Sarawak Ayuh Bangkit!"

2 Comments

  1. Bangkitlah org2 sarawak dan sabah. Sampai bila korang nak dibodoh2kan oleh puak2 UMNGOK BNgong.

    Sampai 2050 skali pon belum tentu nasib korang terbela kalau masih lagi percaya dengan tipu muslihat puak2 gerombolan tu.

    Dah brapa puluh tahun dah, bukan makin maju pembangunan, slow je macam siput babi cap streamyx.

    ReplyDelete
  2. masalahnye, orang-orang sana ehem.. sory to say, 'bodoh'. mengiakan je sume. tak reti nak bangkit. huhu. bagi duit je, setel sume. adoo. er.. salah ke pendapat ak neh? hehe kalo salah tulun maapkan..

    btw, tgk je dari peratusan mengundi. majoriti BN menang besar. ni menunjukkan dorang senang d perbodohkan. huhu. kesian.. ~~

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan