Tun Mahathir terus minta pemimpin UMNO menekan Najib

Sebelum ini Tun Mahathir telah memujuk pimpinan UMNO Johor untuk menekan kerajaan pusat agar meneruskan projek yang diilhamkannya, iaitu Jambatan Bengkok yang menghubungkan Johor dan Singapura. Malah Tun Mahathir juga sudah memulakan serangan amaran kepada Najib sekiranya tidak mahu meneruskan projek itu. [Tun Mahathir]

Idea pembinaan jambatan bengkok ternyata akan memberikan faedah yang banyak kepada Rakyat Johor khasnya, serta Malaysia secara amnya, kerana ia akan membantu meningkatkan ekonomi rakyat selain memadamkan keangkuhan Singapura yang selama ini begitu sombong kepada Malaysia. [Jambatan bengkok]. Tun Mahathir juga sebelum ini telah mendedahkan bagaimana rakyat Johor diperbodohkan berpuluh tahun oleh Singapura dalam isu air [Isu air Johor]

Dalam laporan Malaysian Insider hari ini, Tun Mahathir meneruskan gesaannya agar semua pemimpin UMNO dari peringkat akar umbi terutama pemimpin-pemimpin Johor agar memberi tekanan kepada Najib agar projek Jambatan Bengkok yang ditamatkan oleh Pak Lah dapat diteruskan [M'sia Insider].



Nampaknya tidak ada sebab untuk Najib menolak bagi meneruskan pembinaan jambatan Bengkok ini. Projek jambatan bengkok ini memang satu keperluan kepada rakyat Johor. Projek berfaedah seperti ini tentu sekali akan mendapat sokongan penuh rakyat. Najib harus melupakan projek menara gilanya, "Warisan Merdeka" yang dilihat hanya menguntungkan cukong yang mendapat kontrak serta memerlukan masa yang lama untuk pulang modal.

ReJaM© "Mengapa Najib masih berdiam diri? Takut dengan singapore ke?"

12 Comments

  1. kalau jambatan dah buat senang aje, sigapura pun keras kepala juga, mungkin akan banjir besar di singapura. Buat pun ok, tak buat pun ok juga.

    ReplyDelete
  2. sekiranya jambatan bengkok direalisasikan,dari sudut ekonomi,kedua-dua negara berjiran ini pasti menerima limpahan manfaatnya dan sektor maritim akan lebih kompetetif.

    ReplyDelete
  3. kalau tak nak jambatan bengkok buat la undersea tunnel,but costly la hehe

    ReplyDelete
  4. Contoh bridge+undersea tunnel...cool..
    http://www.cbbt.com/history.html

    ReplyDelete
  5. Najib harus buat jambatan bengkok kalau tak mahu
    kehilangan sokongan rakyat Johor!

    ReplyDelete
  6. yg mamat ni bising2 skang nape?mamat ni ade kuasa 23 tahun tp haram x buat jambatan pun..skang ni dh xde kuasa baru nk bising2..ni x lain x bukan saje buat isu la ni..konon setiap kata2 die tu masih boleh pakai dan releven dan rakyat malaysia akan tetap anggap die ni hero..chaitt!!poodaahhh!!!

    ReplyDelete
  7. Daripada buat jambatan bengkok tu baiklah betulkan jalanraya persekutuan diseluruh Johor yang berlubang dan pecah sana sini macam kurap, malu ngan negeri lain..!Nama je negeri jajahan UMNO...tapi hancus...malu..malu jadi rakyat Johor..!!

    ReplyDelete
  8. anon.... feb 12, 8:10pm

    klu dia sibuk pun... bukan dia dpt aper2 pun klu jambatan tu di buat!!!! se sen pun tak dpt la beb....

    ReplyDelete
  9. aku tgk.. masa org tua ni memerintah malaysia... takde pun org tua ni jadikn malaysia mcm palestine....takde pulak mati kerana kebuluran... takde pulak negara tergadai.... so bersyukur n berterima kasih... tun mahathir... we love you....

    ReplyDelete
  10. apalah ANONYMOUS. memang le tak mcm palestine. tapi APCO dah wujud, tak lama lagi m'sia jadi mcm palestine lah kalau APCO terus diberi ruang di m'sia ini wahai UMNO oiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
    ko belum rasa susah bro, kalau PR boleh buat RM500.00 setiap guru yang mengajar di M'sia ini kenapa BN tak boleh buat.
    lihat di Selangor ini, air free, tabung anak selangor, setiap sapa yang mati dapat Rm2,000.00. anak masuk U dapat Rm1,000.00.
    so umno ada berani ke buat kepada rakyat lebih dari ini.....?

    ReplyDelete
  11. hahahahaha... bagus la tuuu... MCA bagi hancur PKFZ... MIC kasi hantam itu MAIKA... UMNO seleweng mcm2 menda... Taib Mahmud dh buat SERAWAK mcm dia punya.... hahahahaha... ni la hasilnyer kalau BN memerintah.... hahahahaha... pastu nak kecoh pasal aku racun org melayu... diri sndiri dh kena racun x sedar2... hahahahaha

    ReplyDelete
  12. dulu umno kata bahaya kalau anwar jadi PM sebb bukti liwat ada pada singapore. kini nampaknya mungkin betul najib yg takut singapore kerana bukti najib dgn altantuya ada dlm tangan singagore.

    jambatan bengkok penting utk sejarah negara....lambang bengkoknya kepimpinan umno dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan