Tuesday

Utusan putar belit tajuk berita BERNAMA



Laporan berita di website BERNAMA, menyiarkan sebuah berita berkaitan isu perjudian dan pelacuran haram yang bersembunyi di Negeri Kelantan yang dikatakan oleh Menteri Besar Kelantan sebagai terlepas pandang atau kurangnya pemantauan pihak berkuasa tempatan. BERNAMA menyiarkan berita tersebut di bawah tajuk "Nik aziz akui kegiatan perjudian, pelacuran di kelantan kerana kelemahan penguatkuasaan" [BERNAMA] di bawah ini screenshot yang diambil dari website berita berkenaan.


Seperti biasa akhbar Utusan Merapu, sudah menjadi tugas wajib mereka memutar belitkan fakta selagi boleh. Lihat di sini, berita yang disiarkan oleh Utusan Merapu 100% bersumberkan berita dari BERNAMA. Kalau dilihat kandungan berita di Utusan, tiada satu perkataan pun yang diubah untuk isi berita. Namun menggunakan tajuk yang berbeza dengan niat untuk mengelirukan pembaca.

Apa tujuan Utusan mengubah berita ini kepada tajuk lain? Adakah tajuk berita yang disiarkan oleh Utusan membawa maksud yang sama dengan berita di Bernama? Dasar akhbar pencacai![Utusan]

Kali pertama ReJaM terbaca tajuk ini dah rasa ada yang tak kena, dan terperanjat seperti seolah-olah Tuan Guru Nik Aziz mahu mempromosikan perjudian dan pelacuran di negeri Kelantan dengan mengeluarkan kenyataan memberitahu orang ramai bahawa Kelantan memiliki kegiatan Perjudian dan pelacuran. Rupa-rupanya akhbar pencacai memang jelas sekali suka memutar belitkan fakta!






ReJaM© "Utusan Merapu perosak minda rakyat!"

6 comments

biasa la bro.. yg x benar dikatakan benar..

aku ingat lagi tv3 siar pasal kemelut kat perak masa nizar dan jamberi berebut negeri perak,masa nizar disahkan oleh mahkamah sebelum dirampas semula oleh bn...tv3 siar tagline ni ''jamberi masih boleh jadi mb perak jika merayu dekat mahkamah''.........persoalan nya kenapa tv3 tak letak ''nizar sah sebagai mb perak'' atau jamberi kalah jadi mb perak'' ?

Dajal sebenarya adalah pembohongan,maka org2 umno adalah termasuk dalam aagama dajal.

la macam negeri lain takdak kes pelacuran, habis di bkt bintang lorong hj taib pe kebendanye, judi kat atas genting pe ke hal nye...

puak2 gila mmg cemburukan dasar membangun bersama islam di kelantan

sedar lh wahai pengarang berita itu..kamu memberi anak-anak dan isteri-isteri kamu makan dengan hasil kerja fitnah yang kamu lakukan...satu persatu berita yang telah kamu putar belit kn demi kepentingan kepimpinan yang korupsi..tidak kah kamu takut akan balasan yang Maha Mengetahui...


EmoticonEmoticon