Website rasmi parti Hosni Mubarak di hack



Website sekretariat Cairo, milik kerajaan yang memerintah dari Parti Demokrasi Kebangsaan telah berjaya digodam oleh penyokong anti kerajaan Jumaat lalu.

Sebuah mesej ringkas tertulis pada website rasmi www.cairondp.org/new/ yang ditulis di dalam bahasa arab sebagai "Ditutup sehingga Mubarak dan Regimnya jatuh". Namun begitu sekitar waktu tengah hari kemudiannya, mesej tersebut telah ditukar kepada "Lindungi negara kita dan Mesir yang dicintai dari semua musuh dan mara bahaya, Saya cintakan kamu Mesir."

Penggodam yang berkenaan telah memuat naik satu babak daripada filem lucu Mesir yang bertajuk "Wesh Egram" (2006) (Longstanding Criminal), di mana sebuah keluarga, isteri, suami dan anak mereka sedang duduk sambil memakan tembikai. Si ayah bertindak secara meracau ke arah TV sedang si anak menjerit "pergi!pergi!" dan "kamu membuatkan hidup kami bagai neraka!".


ReJaM© "Suara rakyat, Suara keramat!"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan