Bila JAKIM nak siasat Najib dan Utusan?

Terlompat-lompat JAKIM ingin menyiasat bila dapat berita ada unsur-unsur plurisme dalam ucapan Anwar Ibrahim di London. Semua teks ucapan Anwar Ibrahim disemak dan dikaji untuk membuktikan adanya unsur plurisme.

Hasil kajian JAKIM membawa kepada kesimpulan berikut:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata antara unsur-unsur itu adalah mempertikaikan ekslusiviti kebenaran yang hanya terdapat dalam agama Islam dan mengakui faham “The Transcendent Unity of Religions” melalui konsep universal sufism (satu kebenaran banyak jalan).

Selain itu, beliau berkata unsur lain termasuk konsep kesamarataan agama, menafikan konsep benar dan sesat serta terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi dan Kesatuan Metafizik. [Msian Insider]




Korang paham ke apa kesimpulan yang dinyatakan oleh Jamil Khir setelah bersusah payah mengkaji ucapan Anwar Ibrahim di London? Kalau tak paham tak mengapa, memang susah nak paham pun, kalau tak paham pun tak mengapa. Apa yang penting di sini, sifirnya mudah, Jamil Khir mahu rakyat percaya Anwar Ibrahim ini perosak Agama Islam, Anwar Ibrahim mahu menjual agama dan Anwar ini membawa ajaran sesat.

Apa JAKIM nak buat, nak kaji tentang Anwar Ibrahim dengan bersusah payah, itu kerja dia, lantak dialah. Sekarang ini kita tengok dengan jelas, tak perlu kaji-kaji, tak perlu bersusah payah mencari maklumat, jelas sekali Najib Tun Razak dan isteri bertafakur serta meletakkan kalungan bunga di Makam musuh Islam Mustafa Kemal Ataturk di Turki [Makam Kemal Ataturk]. Perkara ini sudah difatwakan sesat oleh Persatuan Ulama [Fatwa Ulama]





Tapi seperti biasa, Al-Fadhil Ustaz Haji Najib Tun Razak adalah ulama yang lebih agung dan lebih berkuasa daripada semua ulama yang ada di Malaysia, maka segala tindakan beliau walaupun jelas sekali sesat, tidak akan diambil tindakan oleh JAKIM kerana ia merupakan dosa besar untuk menentang Ulama besar ini dan boleh dihukum buang kerja.

Baca juga di sini, bagaimana Utusan Malaysia menjulang nama Mustafa Kemal Ataturk sebagai HERO [Utusan]

ReJaM© "Ini baru dinamakan menggunakan Agama untuk kepentingan politik dan perut"

15 Comments

  1. Biasalah kalau siasat Najib habislah kena buang kerja... kena gam... berapa banyak Ustaz-ustaz dah kena gam sebelum ni...

    Enrty hangat di Free Malays:

    Lelaki potong kaki sendiri guna gergaji besi

    ReplyDelete
  2. wahhh..lepas kerajaan nak kaji,, milosuam pun keluarkan bukti lagi sahih..takyah kaji2 dah.. kalau ikut kaji pemakaian tudung yg wajib di sisi agama islam.. ishhh..susah2 je..tapi gambar ni bukan untuk alih isu ke?sekadar bertanya..

    hottest entry di blog khalis :
    Feel peminat bola sepak sluruh dunia

    Video rakaman pemimpin parti pembangkang

    ReplyDelete
  3. Sorry la brother,
    Jamil Khir ni makan gaji ja.
    Jadi apa yang Najib kata, apa yang Naji buat walaupun salah di sisi Agama, Jamil Khir kena kata ya jugak. Kalau tidak Jamil Khir nak bagi makan apa anak bini dia. Duit itu lebih penting daripada agama.

    Takkan bro tak faham2. Duit2...duit bro!

    ReplyDelete
  4. Aku pun tak faham apa Si Jamil dok mengarut. Patutlah Hitler dok mengamuk di sini.

    http://www.youtube.com/user/suaremerdeka

    Inilah yg dikatakan mereka merasakan diri mereka lebih Islam dari org Islam, lebih Tuhan dari Allah S.W.T. Dah termetri di kepala hotak mereka, nak ubah pun susah.

    Sebab tu ramai org Islam yg murtad sbb pening kepala. Islam sesama Islam pun tak buleh ada persamaan, Kristian menyusup masuk dgn mudah.

    Bayangkan sesama bangsa, sampai kiamat Melayu dan meLAYU tidak akan bersatu. Bangsa lain dok tepuk amai-amai kerana ekonomi mereka dak tawan, Melayu & meLAYU tinggai seluaq dalam.




    .

    ReplyDelete
  5. JAKIM pun dibeli?
    ULAMA pon dibeli?

    ReplyDelete
  6. ish3..bsr sgt ke sumbngn ataturk tu pd najib n the geng smpai mcm tu skali penghrgaan yg dorg bg yer..

    ReplyDelete
  7. jamil khir....duit kaw yang ko agak2 haram tu boley bawak sedekah la....nama je ada jawatan,jaga islam, bila libat najib ko diam?? ko ingat rezeki ko dapat tu halal???? jawab la!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  8. MEMAMNG DUNIA NI NAK KIAMAT DAH....

    ReplyDelete
  9. real katak: nak nyibuk gak kat sini......

    Bayangkan sesama bangsa, sampai kiamat Melayu dan meLAYU tidak akan bersatu. Bangsa lain dok tepuk amai-amai kerana ekonomi mereka dak tawan, Melayu & meLAYU tinggai seluaq dalam.seluaq dalam ..seluaq dalam.....seluaq dalam...
    (yang epol ajer ada kat dalam mahkamah... penuh peta DNA 2 .. 3 ... jantan....lelaki beriman la konon........)


    source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/bila-jakim-nak-siasat-najib-dan-utusan.html#ixzz1HbLNChNO

    ReplyDelete
  10. Hormat akan tindakan JAKIM yg berusaha mengkaji teks ucapan DSAI bg menjaga agama Islam. Namun begitu pihak JAKIM perlulah adil dan telus dalam menangani apa sahaja ancaman pada agama Islam...buat siasatan ke atas semua pihak yg mn tindakan mereka adalah salah di sisi Hukum Syara' tidak kira apa pun fahaman politik mereka, serta siapa pun mereka. Bw mereka kemuka pengadilan n adili mereka dgn menggunakan undang2 Islam. Mengapa pihak JAKIM, Majlis Agama Islam dll tidak bersuara dlm isu2 zina/liwat yg melibatkan umat Islam yg mn kes tersebut sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah dan hanya membisu bila umat Islam mula menyebarkan fitnah n membuka aib org scr terang2an? Sila ambil tindakan sewajarnya bg membuktikan kewibawaan organisasi agama Islam - tanpa mengambilkira latar belakang politik mereka.

    ReplyDelete
  11. hamba tertarik memberi pandangan tanpa nama di atas secara ringkas. mari kita imbas sejarah.

    semasa menjelang kemerdekaan, british telah memilih umno dan perikatan utk menerima kemerdekaan dan menerajui negara kerana setuju menerima pakai perundangan british.

    bukan bermakna kita tidak syukur merdeka, itu persoalan lain.

    hizbul muslimin(kini PAS)telah diketepikan kerana membawa wadah islam yg ditolak british sehingga ketua perikatan masa tu pernah menulis buku Bahaya Dari Gunung bermaksud bahayanya hizbul muslimin yg membawa islam yg ditubuhkan di gunung semanggul.

    apahal cita sejarah lak ni?

    maka tertegaklah negara ini diberi merdeka tp kena mengikut acuan british dalam semua sistem pemerintahan.

    sebagai menjaga hati org islam maka diberilah hak mengamal islam dan fahaman sekular diterap. dulu zul nordin yg 'beriman' dgn video lucah tu cukup pandai ceramah bab sekular ni, tp telah tewas dek dunia yg sedikit.

    maka institusi islam pun dikecilkan skopnya,, tidak lagi islam memerintah tp diperintah. dalam erti kata islam dimasukkan dalam pejabat dan agensi kecil2 yg berada dan tertakluk kepada perlembagaan induk sekular acuan british.

    maka tidakla bebas agensi2 islam ini utk melaksanakan islam secara syumul melainkan terpaksa mengikt peruntukan yg terhad dan tunduk kepda telunjuk pemerintah.

    diletakkan pula ketua2 agensi ini mereka yg pro sekular pemerintah, maka akan didapati mereka hanya berkokok mengenai islam tentang bab yg menguntungkan pemerintah seperti umno.

    kalau bertentangan, siaplah mereka akan ditekan pemerintah.

    harap hamba telah menjawab persoalan tanpa nama di atas yg dapat dirasakan ketulusan hatinya kerana tidak faham dgn jarum halus yahudi yg masih lagi mencucuk sistem pemerintahan negara UMAT ISLAM, bukan negara Islam.

    ReplyDelete
  12. Najib merupakan TUHAN di Malaysia. Mereka termasuk ulama agama perlu patuh kepada Tuhan Najib walau apa jua sekalipun. Jika membantah akan dipecat :D

    ReplyDelete
  13. ayahpin dibiar kan.......pi mampos jamil dh jd munafik sejak masuk umno

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan