Justin Bieber tunjuk isyarat lucah kepada wartawan



Gambar terbaru JUSTIN BIEBER menunjukkan tanda hormat satu jari kepada wartawan semasa memandu keluar dari Restoran LA Maggiano selepas meraikan ulang tahun ke-17 nya di sana bersama aweknya Selena Gomez.

Mungkin itulah cara hormat seorang bintang yang sudah merasakan dirinya benar-benar sudah dewasa. Adakah itu layanan yang patut diberikan kepada mereka yang terlibat di dalam menaikkan namanya?

Itu adalah langkah berani dari penyanyi kecil ini setelah dikatakan menghabiskan hujung minggu bersama awek kesayangan di Suite Presiden, St Regis Monarch Beach Hotel di Dana Point, California.

Mereka tinggal berdua tanpa pengawal atau orang tua untuk merayakan ulang tahunnya bersama-sama.

Suite mewah tu menawarkan pelayan panggilan, ruangan makan untuk 10 kerusi, balkoni peribadi yang menghadap ke laut, tab mandi air panas dan dua bilik tidur.

Justin yang telah memotong rambut baru-baru ni membuatkan para peminat gila untuk membeli rambutnya di eBay. Tawaran untuk mendapatkan rambut tu kini telah melepasi £ 8.000 untuk didermakan kepada beberapa badan amal.

Baca cerita lanjut di [Hot Malays]

7 Comments

  1. ape cer kisah justin bibir dlm milosuam????
    perlu ke rakyat malaysia tau pasal justin bibir ni????

    ReplyDelete
  2. la tk leh ke,,,milosuam pn nk skoding2 artis jgk,,dia tu kn manusia biasa.lg pn dia nk promote free malays..baca kisah politik pn jemu mcm nk muntah dah ni..buat tk jgk ,,,skrg ni masa kita santai2 ,,,bagus milosuam,,jom skoding2 artis malaysia..

    ReplyDelete
  3. ok la tu...bosan gak tgk muka bik mama hari2..wakaka

    ReplyDelete
  4. ye lah..release tension...asyik2 baca songkok tinggi umnggok bankrap saiful..mcm tk de perkataan lain sume sterotaip cume cara persembahan dan ayat2 yg berbeza,,,

    ReplyDelete
  5. teman orang perok4 March 2011 at 00:52

    aduhh...buruk benoo teman nengok perangei si justin bibior ni, macam nak bagi penampo je...tak pun kita bako je...kita bako !!!

    ReplyDelete
  6. itu lambang 1Malaysia hihih

    ReplyDelete
  7. dh gangster.... nk buat mcm mana???

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan