Saturday

KASE sanggah kenyataan Profesor Kangkung


(Kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau.

Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.)

Namun begitu seorang profesor kangkung demi menyuruh rakyat menjelaskan saman ekor sambil beliau membodek kerajaan berkata mahkamah kuching telah silap membuat keputusan. Berani juga ya profesor kangkung menghina mahkamah?

Profesor kangkung lebih bijak dari hakim mahkamah kuching tentang perlembagaan maka dia mengeluarkan kenyataan berikut di dalam Berita Harian.

Jawapan Jawatankuasa Anti Saman Ekor (KASE) untuk profesor kangkung.

Saya ingin merujuk kepada siaran akhbar Berita Harian bertarikh 11/3/2011 yang memetik ulasan seorang Pakar Perlembagaan Profesor Dr Rohimi Shapiee. Saya amat dukacita dengan perkembangan dan ulasan tersebut yang melabelkan pihak-pihak yang menggalakkan rakyat membayar saman sebagai sebagai nakal dan menggalakkan pemandu supaya terus melanggar undang-undang.

Saya ingin tegaskan pendirian kami di Jawatankuasa Kempen Anti saman Ekor (KASE) bahawa kami tidak sekali-kali bersetuju dan menggalakkan pemandu-pemandu kenderaan memandu tidak mengikut peraturan. Setiap pemandu mestilah memandu dengan berhemah kerana jalanraya bukan harta persendirian tetapi hak bersama. Kami juga tidak bersetuju dengan penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan sedia ada. Atas hujah dan pendirian ini, kami melancarkan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) iaitu bertujuan memberikan penerangan tentang hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan, prinsip keadilan dan pematuhan peraturan serta prosedur tindakan undang-undang.

Tidak pernah pada bila-bila masa dan ketika, Kami menyatakan bahawa Saman Ekor yang dikeluarkan oleh PDRM adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan Akta. Jika ada, saya merasakan kenyataan dan pendirian kami telah disalah tafsir. Saya ingin memperbetulkan pemahaman dan persepsi sesiapa sahaja termasuk Pakar Perlembagaan tersebut supaya sebelum membuat sebarang ulasan atau komen, FAHAMI dahulu apa isu yang dibawa dan ditimbulkan.

Saya ingin menegaskan bahawa Saman Ekor yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi hanya sekadar notis meminta maklumat pemandu daripada pemilik kenderaan yang dikeluarkan mengikut Seksyen 115 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Notis ini disebut sebagai Pol 170A. Fakta ini tidak pernah disangkal malah diakui oleh Kementerian Dalam Negeri, PDRM malah Timbalan Menteri Pengangkutan di dalam Dewan Rakyat. Saya mohon kerjasama pihak-pihak yang ingin membuat ulasan supaya lebih rajin membaca daripada membuat ulasan dan komen berasaskan lojik akal fikiran. Pernahkah pihak-pihak yang membuat ulasan ini meneliti setiap patah perkataan yang terkandung di dalam notis Pol 170A tersebut sebelum membuat komen? Baca dan fahami kandungannya dahulu kemudian nyatakan komen dan ulasan.

Mengikut Seksyen 115 (1) APJ 1987 setiap pemilik kenderaan apabila diberikan notis Pol 170A ini hendaklah memberikan maklumat pemandu yang disyaki telah melakukan kesalahan yang dinyatakan di dalam notis tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh notis diterima. Kegagalan memberikan maklumat boleh dianggap melakukan kesalahan melainkan pemilik memuaskan hati mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa yang memandu. Maksud memuaskan hati mahkamah tersebut ialah seseorang pemilik jika ingkar menjawab notis tersebut maka pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini hendaklah mengeluarkan suatu notis (Saman) di bawah Seksyen 53(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Persoalannya adakah semua prosedur ini diikuti oleh pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini?

Bersama Notis Pol 170A ini juga dikepilkan Notis Pol 171 iaitu menawarkan kompaun kepada pemilik kenderaan jika pemilik mengakui kesalahan dan ingin menerima tawaran kompaun, pemilik boleh menjelaskannya. Perlu diambil perhatian bahawa tawaran kompaun ini diberikan melalui Seksyen 120 (1) APJ 1987. Kompaun ini hanyalah semata-mata tawaran. Bukan suatu bentuk hukuman atau denda. Kompaun ini juga mempunyai tempoh sah laku kerana di dalam Notis Pol 171 di perenggan 4 dinyatakan begini “Tawaran ini berkuatkuasa sehingga (tarikh). Sekiranya tiada jawapan selepas tarikh ini, tindakan saman akan diambil”. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa kompaun tersebut hanyalah suatu tawaran, dan jika pemilik atau yang disyaki melakukan kesalahan tidak menerima tawaran kompaun tersebut dan enggan membayar, maka mereka hendaklah disaman supaya hadir di Mahkamah menjawap pertuduhan ke atas mereka. Saman ini dikeluarkan mengikut Seksyen 53(1) APJ 1987 yang disebut sebelum ini.

Persoalannya, adakah prosedur ini juga diikuti oleh pihak berkuasa?

Perkembangan yang berlaku sekarang ialah pihak berkuasa iaitu Kementerian dalam Negeri melalui PDRM telah menghukum orang yang disyaki melakukan kesalahan lalu lintas sedangkan mereka tidak pernah dibuktikan melakukan kesalahan. Mereka dihukum dengan alasan tidak membayar kompaun sedangkan kompaun hanyalah tawaran. PDRM pula mengambil kesempatan di atas kurangnya pemahaman rakyat tentang undang-undang dan peraturan telah menghukum dengan meminta JPJ menyenarai hitam kenderaan bertujuan memaksa mereka membayar kompaun. INILAH TINDAKAN YANG BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN!

Kenapa ia bertentangan dengan Perlembagaan?

a) Kesalahan yang dikatakan telah dilakukan tersebut belum dibuktikan.

Rujuk kembali kepada ulasan asal di atas. Jika Pemilik kenderaan ingkar notis, sepatutnya mereka dihadapkan ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka ingkar notis tersebut. Pelbagai persoalan akan timbul di sini. Adakah notis tersebut telah dikeluarkan? Adakah notis tersebut telah diserahkan dengan sempurna?

Notis boleh diserahkan kepada pemilik kenderaan mengikut Seksyen 118 APJ 1987 iaitu dengan pos berdaftar. Jadi pihak berkuasa perlu membuktikan terlebih dahulu notis itu telah dikeluarkan. Kemudian buktikan notis itu telah diserahkan iaitu dengan bukti pengeposan daripada pejabat pos berkaitan. Jika ada bukti tersebut barulah pemilik perlu buktikan kenapa beliau ingkar. Jika beliau telah memuaskan hati mahkamah dengan alasan-alasannya maka kemungkinan akan dilepaskan. Jika tidak dapat memuaskan hati Mahkamah, kemungkinan akan dijatuhkan hukuman kerana ingkar notis. Belum lagi soal memandu melebihi hadlaju. Adakah ini dilakukan dalam situasi sekarang ini? Jawapannya tidak kerana Timbalan Menteri Pengangkutan sendiri mengakui di Dewan Rakyat pada 8/3/2011 bahawa jika seseorang ingkar Notis Pol 170A ini maka mereka secara automatik dianggap melakukan kesalahan. Ini suatu anggapan yang salah di sisi undang-undang.

Jika pemilik atau pemandu disyaki memandu melebihi hadlaju, mereka sepatutnya disaman hadir ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka telah melakukan kesalahan tersebut. Adakah ini dilakukan? Tidak! Mereka terus disenarai hitam kerana tidak membayar kompaun. Sepatutnya PDRM membawa mereka ini ke Mahkamah, buktikan mereka memandu melebihi hadlaju. PDRM sentiasa mengatakan mereka mempunyai bukti, jadi buktikan di Mahkamah. Bukan dengan bekerjasama dengan JPJ untuk menyenarai hitam supaya pemilik kenderaan membayar kompaun. Ini salah! Kenapa PDRM tidak membawa mereka ini ke Mahkamah untuk dibuktikan kesalahan? Mungkin PDRM tahu bahawa mereka tidak dapat membuktikan kesalahan tersebut.

Perlu diambil perhatian bahawa APJ 1987 tidak memperuntukkan sebarang penggunaan imej yang dirakam untuk diterima pakai sebagai bukti di Mahkamah. Setelah APJ 1987 dipinda pada 22/12/2010 dan mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 barulah imej yang dirakam diterima sebagai bukti di Mahkamah. Ini disebut di dalam seksyen 117 (11) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 seperti berikut : Dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, apa-apa imej yang dirakamkan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini hendaklah diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie bagi fakta yang dinyatakan di dalamnya.

Akan ada pula pihak yang akan mengatakan bahawa gambar boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah mengikut peruntukkan Akta Keterangan 1950. Betul, tetapi gambar bagaimana, bagaimana gambar diambil. Jika boleh digunakan peruntukkan Akta Keterangan 1950, kenapa kerajaan bersusah payah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memasukkan penggunaan gambar (imej) sebagai bukti yang boleh diterima?

Apa yang menyedihkan lagi, sudahlah gambar tidak boleh diterima sebagai bukti, para pemandu dan pemilik telah dikenakan bayaran RM10 untuk melihat dan mendapatkan salinan gambar tersebut oleh PDRM. Sudah lah tidak dibuktikan lagi mereka bersalah, mereka dikenakan bayaran untuk membuktikan mereka tidak bersalah. Sistem keadilan apa yang kita guna???

b) Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Ada dua (2) isu di sini :
a) Pembuktian bersalah; dan
b) Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah.

Pembuktian salah.

Seperti yang diulas sebelum ini, adakah semua yang dituduh dan dikeluarkan Saman Ekor ini telah dibuktikan melakukan kesalahan oleh PDRM dan JPJ? Di Mahkamah mana mereka ini dibuktikan bersalah? Jika tidak pernah dibuktikan bersalah, kenapa menghukum?

Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah?

Kuasa untuk menghukum ini adalah kuasa Mahkamah. Inilah tujuannya diwujudkan tiga (3) cabang dalam kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Polis tiada kuasa menghukum. JPJ tiada kuasa menghukum malah kerajaan tiada kuasa menghukum. Hanya Mahkamah sahaja mempunyai kuasa ini. Justeru tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan ini adalah suatu hukuman. Siapa yang menyenarai hitam? Bukan Mahkamah tetapi JPJ. Adakah JPJ telah mendapat perintah Mahkamah untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan?

JPJ akan menyatakan mereka mempunyai kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 untuk menghalang transaksi. Bagaimana kuasa tersebut perlu dibuat? Peruntukkannya menyebut bahawa Pengarah JPJ hendaklah berpuashati bahawa seseorang itu tidak mempunyai “perkara yang belum selesai”. Bagaimana JPJ hendak berpuashati? Mestilah membuat suatu siasatan seperti memberikan peluang membuat representasi kepada pemilik. Ini disebut di dalam Seksyen 17(2) APJ 1987. Adakah ini dibuat? Tanyalah JPJ.

Senario sekarang ini adalah hukum dahulu buktikan kesalahan kemudian. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadilan.

c) Menyenarai hitam bermaksud menghalang rakyat menggunakan harta.

Perkara ini diulas dengan terperinci di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280.

Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuching tersebut telah memutuskan bahawa “perkara yang belum selesai” yang dimaksudkan di dalam Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 ialah perkara yang telah dibawa ke mahkamah di mana yang dituduh tidak membela diri.

Mahkamah juga memutuskan bahawa tindakan JPJ Negeri Sarawak menyenarai hitam di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Malah tindakan tersebut juga dianggap bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat menggunakan harta mereka.

Akhirnya Mahkamah Tinggi telah membenarkan tuntutan gantirugi terhadap JPJ kerana telah menyebabkan kerugian kepada pemohon di dalam kes itu akibat kehilangan penggunaan harta beliau iaitu kereta yang disenarai hitam.

Justeru saya ingin mengambil peluang ini untuk memperbetulkan persepsi dan pemahaman sesetengah pihak supaya apa yang diperjuangkan dan dibahaskan ini adalah isu penyalahgunaan proses keadilan. FAHAMI ISU SEBENAR! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

ZULHAZMI SHARIFF Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) 11/3/2011


ReJaM "Profesor Kangkung ingat dia je yang pandai perlembagaan orang lain termasuk hakim semua bodoh..."

21 comments

prof kangkung ni pandai cakap je, xpernah membaca agaknya. xde fakta pon dikemukakan dalam penyataan yg dia bagi. yg ada cuma "mahkamah silap" tu je. ada ke mahkamah silap? ngok ngek dia ni. aku kesian mana2 student yang blajar bawah dia ni. ngajar ajaran sesat. kalau nak banding ngan jawapan zulhasmi shariff ni mmg jauh beza. penuh ngan fakta, bukan auta!

baru aku tau apa itu senarai hitam..salah & x salah..
Prof kangkung mmg x pandai...

terima kasih kepada KASE, kami rakyat yg tak tahu apa tentang undang2 ni dah mula 'celik' bab2 nak blacklist kete ni.. kalau nak harap pihak kerajaan yg sampaikan info ni pada kita memang ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.. mereka puak2 kerajaan ni hanya pandai nak rembat duit rakyat jer.. itulah matlamat yg sebenarnya.. saman ekor ni sekadar alasan jer.. CELAKA punya kerajaan..

apa depa ingat orang ramai respect sangat ke prog kampong ni. Takat mengaji di U tak jadi la. Lebeh baik orang diberi Allah kewarasan fikirannya. Belum tentu semua frog orang baik ma.

sebelum prof kangkung jadi lauk kangkung,jangan cakap sebarang cakap tentang saman ekor ye

tu saje nak HIGHLIGHT nama dia lah tu.. saja suka tengok nama keluar paper, balik potong buat scrapbook. Apa punya otak lah..kaki pengampu... kalau smaan tu kena kat keluarga dia saja ok lah aku pun malas ambil hal. tapi ini seluruh rakyat malaysia berpotensi kena saman dan jumlah mengikut volume boleh beli pulau kat popua new guinea...mana rasa perihatin pada rakyat yang rata-rata struggle nak meneruskan hidup dengan gaji kecik barang mahal.. aku cadangkan notis saman tu tukar ngan kupon pastu ambil makanan kat minimarket Jenama TUKAR BN yang heboh di promosikan media umngok.... hehehehe

oooohhhhh......tue notisla bkan saman,fuck sme gomen

Cadangan untuk KASE tubuhkan biro guaman untuk setiap negeri bagi membantu pemandu yang teraniaya

Hua...hua...suke...suke...minimarket Jenama Tukar BN. Ada kat mane ek?

tlg jaga hak rakyat..bukan suma rakyat tahu hak masing2 n undang2..rakyat yg xtau apa2 ni,byr je la..mmg mcm tooott...

Berpijaklah di bumi yang nyata. Org yang menentang tak akan menang lebih2 lagi pembangkang. Cuba selak rekod. Mana ada pembangkang yang menang dlm parlimen. Ckp byk kena kuar dewan.

senang jer..ikut jer had laju x kenalah saman... had laju 110km/jam..berlagak bawak kete 140km/jam...dah kena saman cari macam2 alasan xnak bayar...kalau kena blacklist, pastu nak sibuk2 pegi mahkamah kononnya nk lepas xyah bayar saman...mana korang nak, nak bayar saman rm300 ker nak turun naik mahkamah bayaran lebih dari rm 3000..masa lagi..nak kena amik cuti lagi.. kan3?

lg rela aku msuk mahkamah..pastu aku saman jpj balik..buang mase aku..jgn la jd bodoh..hak sendri xnk pertahan kan..mentaliti mengalahkan beruk..cibai lu..

itu kalu btol depa salah...ni sampai pakcik tua yg bwk motor honda cup tp no plate die kata motor die 2 super bike bawak sampai 140km/j kt lebuh rya...apa cer????mahu bayar juga ka?

ketuananmelayucukong delete 12 March 2011 at 12:48

kangkung tetap kangkung,hujah tada,,tada peruntukan dalam akta pegangkutan jalan yang mengatakan bahwa kegagalan menjelaskan saman akan menyebabkan nama disenarai hitam..mana peruntukan tu???kankong lawan budak tadika,,budak tadika menang..

kerajaan kiter pandai cari duit.syabas!!

Pengundi Saluran 1 Bandar delete 12 March 2011 at 13:20

Penjenayah pun ambil peguam tak nak mengaku dia buat salah,Pesalah Jalanraya takut kena b/list,tak berani nak kemahkamah kenapa,bagi org. yg ada duit lebih tak tau nak buat apa,takde masaalah nak bayar,masaalahnye yg tiap2 bulan dpt gaji hanya cukup2 makan.Bulan Lebih Panjang Dari Gaji. Kereta skrg adalah kemudahan sesaorang,bukannya kesenangan sesaorang.Profesor Kangkang dan kerabat sealirannya,jangan paksa RAKYAT jadi pak turut.
M'sia Nak Jadi Negara Maju,Pemikiran Rakyat M'sia MESTILAH Menjadi Pemikiran Rakyat Negara Maju,Jangan Mentaliti & Pemikiran Rakyat Tahap Pengundi Saluran 1 di Felda,Apa Saja Yg K'jaan Buat BETUL,Sebab K'jaan dah bantu kita dulu.
UBAH SEKARANG DEMI PERUBAHAN MASA DEPAN.



Pengundi Saluran 1

@Tanpa Nama 11:37 AM
"senang jer..ikut jer had laju x kenalah saman... had laju 110km/jam..berlagak bawak kete 140km/jam...dah kena saman cari macam2 alasan xnak bayar...kalau kena blacklist, pastu nak sibuk2 pegi mahkamah kononnya nk lepas xyah bayar saman"

Kepala hotak nenek kau.
Orang tua umo 85tahun yg ade motor Honda C70 pon kena saman bawak motor 500cc. Guna la otak skit sblum mengarut tunjuk bodoh kau tu.

http://milosuam.blogspot.com/2011/03/saman-ekor-sudah-jadi-saman-fitnah.html

Tanpa Nama berkata...

Berpijaklah di bumi yang nyata. Org yang menentang tak akan menang lebih2 lagi pembangkang. Cuba selak rekod. Mana ada pembangkang yang menang dlm parlimen. Ckp byk kena kuar dewan.
12 Mac 2011 11:24 AM
_____________________________________________

JAKA jawab :

bukan bumi nyata yg akan ditanyakan, bukan juga kemenangan yg datang membantu dihari kemudian, tetapi apakah kebenaran yg menjadi pilihan? apakah kezaliman dibenci atau dibiarkan?

sentiasa menang amerika di afghan dan iraq
sentiasa menang israel, rakyat palestin dilanyak
sentiasa menang umno, kebebasan PR dinafi hak
sentiasa menang pihak berkuasa, rakyat dipijak2
sentiasa menang, kunun itulah hakikat bumi dipijak

Tapi apakah firman Tuhan mengenainya...

Surah Hud, Ayat 113 :

Dan janganlah kamu CENDERUNG kepada orang-orang yang berlaku ZALIM maka (kalau kamu berlaku demikian), nanti kamu akan disentuh oleh api Neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah


bagaimana nak menang kebenaran itu, kalau belum berjuang sudah goyang bumi dipijak?

segelintir hak rakyat tak dihebohkan,terutama hak melayu.melayu zaman sekarang mane tau hak masing2.lebih2 lagi hak pelembagaan.smua buta belaka.yang tak buta ialah pas yang menegak hak seorang islam.bukan melayu semata2.semua orang skang ni langsung tak buat research.

tanpa nama 11:37...aku rasa hang ni dah mcm org tak berakal...benak sngat kepala otak ko 2...benda mcm ni pun hang tak tau nak wat ape?..mcm ni la...ada org duk raba hang (cabul), hang kena lwn la..maruah 2...hak sendiri kena jaga la...bodoh betui....
"org bijak berkata"


EmoticonEmoticon