Saturday

Kesian orang Kepala Batas minum air kencing


Riang-riang dapat dilihat mengawan pada batang dan dahan pokok petai


Kepala Batas, Misteri tentang "tangisan" pokok petai di Kampung Lembah Raja di sini akhirnya terungkai.

Titisan air dari pohon setinggi 10m tidak ada kaitannya dengan alam ghaib, sebaliknya hanya air kencing atau bahan kumuhan cecair yang dihasilkan oleh sekumpulan cengkerik, yang dikenali sebagai Riang-Riang di kalangan penduduk tempatan, yang mengawan pada batang dan dahan pohon itu.

Seorang pakar cengkerik, Prof Dr Zaidi Mat Isa, menepis dakwaan kononnya titisan cecair itu memiliki khasiat untuk menyembuhkan penyakit.

Beliau juga menyarankan kepada sesiapa yang telah minum air itu untuk berhenti meminumnya meskipun tidak mempunyai kesan berbahaya.

Profesor Dr Zaidi, yang telah mempelajari spesies Riang-Riang sejak tahun 1990, bersara dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2006. Dia mengatakan bahawa titisan air yang diperkatakan mungkin dihasilkan oleh cengkerik betina yang teruja semasa proses persenyawaan.

"Titisan air boleh dalam bentuk air kencing, atau dihasilkan sebagai respirasi dari cecair berlebihan yang digunakan oleh serangga sewaktu mengawan," katanya semalam.

Zaidi berkata isipadu cecair yang dihasilkan oleh serangga itu bergantung pada bilangan kumpulan serangga itu.

Beliau menambah, bahawa kehadiran cengkerik boleh dikenal pasti dengan suara dengung yang dihasilkan oleh cengkerik jantan yang cuba untuk menarik perhatian cengkerik betina.

Pemerhatian terakhir oleh wartawan New Straits Times menunjukkan ada sekumpulan cengkerik pada batang dan dahan pohon petai. Terdapat ramai penduduk yang tidak melepaskan peluang melihat fenomena yang dianggap luar biasa.

Beberapa peniaga yang merupakan penduduk kampung di situ mendirikan gerai-gerai untuk menjual minuman dan makanan di lokasi di mana pokok petai itu dianggap "menangis" sebelum ini.

Terdahulu dilaporkan bahawa beberapa orang penduduk tempatan yang telah meminum titisan air dari pokok petai itu, dan mereka percaya bahawa ia mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit.

Sumber:[Pokok Petai Menangis]

ReJaM© "Kesian orang kampung minum kencing serangga he he he"

24 comments

inilah minda masyarakat melayu.....mcm mana laaa bangsa nak maju...sampai air kencing serangga pun nak minum....byk tengok drama indon kat tv3....

hahahaha kesian org kampong aku ..hehe

janganla salah kan minda..sape yg nak bagi pendedahan tentang kajian ilmuan?bukanke tv yg banyak mempengaruhi?bakoo tv bakoo

laris sinetron indon TV3 suku.....

kalau xtaw,blaja..bkn wat andaian sendiri...

pokok nangis?ikan nangis xnk cari plak??

aduh la bgsa ku...

ni la org kita, ugama kita dah cukup cantik..nak percaya benda yang pelik2 nak buat apa..islam itu indah dan bersih..

ikut pemerhatian aku,
kebanyakan org melayu ni suka bnda2 tahyul dan seram. sbb tu bnyak filem2 kita mcm tu. Pastu, kebanyakan org melayu juga suka meniru org lain. jati diri tu x kuat. Sekian..

macam2 la skrang ni yg berlaku

aku baru balik tadi dari tempat pokok petai teriak nie......

aku saja-saja nak tengok gelagat orang kita....
pokok petai tu memang mengeluarkan 'air' yg cukup banyak......
lebab kat bawah dan tepi rumah tu......
ramai orang dok tadah air....tak tau laa depa nak buat apa??......
kalau setakat riang-riang dok kencing....
akai yg tak berapa ceghedik pun tak akan kata air tu dari kencing riang-riang.........
haram sekoq riang-riang pun aku tak dengaq bunyi.....
mungkin depa kata dia mai hinggap banyak-banyak sebelum nie......

coba fikir dengan 'bijak' sikit....
tak mungkin riang-riang hanya mai kencing kat pokok petai tu saja......
awat pokok lain tak jadi lagu tu??,,,,,
awat??.riang-riang nie hanya ada dan reti kencing kat situ saja ka???....
tang lain unggas nie tak reti ke nak pi pakat kencing????......
kat pokok limau ke?...pokok rambutan ke??....pokok langsat ke??....
awat dia syok sangat kat pokok petai nie.......

jawaban dia mudah saja.....
setiap sesuatu ada sebabnya......
cari laa sebab yg sesuai dan tidak menampakan kebodohan berfikir......
kalau tak tau serah balik kepada Allah Taala.....
ada hikmat di sebalik setiap kejadian alamiah yg berlaku......

wallahua'lam.........

hahaha...lawak betoi tok kiyai ni...betoi ka tok kiyai atau terkiyai2...maap ler juz melawak jer..jgn amik ati..setahu n sepengalaman saya laa..saya pernah gak alami benda2 mcmni masa dok kampong dulu..pernah lepak bawah pokok tetiba rasa air menitis....tengok atas x dak plak burung berak atau kencing..bgtau kat org tua dia bgtau maybe hantu ludah x pon kencing kot...x suka angpa dok lepak main gitar bawah pokok tue dok wat bising..tapi lakan kalu dah banyak macam tu maybe hantu raya kot pakat panggil gang dia ramai2 p kencing kat situ..last2 manusia yg bodoh bangang yang x kenal & nampak alam ghaib tu bgtau pokok menangis..hahaha..hantu tu adalah jin..angpa kalu ble nampak angpa tau la sapa punya keja...tapi bagusla untuk rezeki kat org2 dekat situ ble niaga..dapat rezeki lebih...tapi org2 kat situ kena la bg nasihat jgn la pengunjung wat perkara2 syirik..just tengok untuk seronok dah la...x lebih dr itu...bila lg nk tengok kan?hihiihii...mudahnya manusia tertipu dengan jin..esok kalu dajjal x tau la mcmana plak nk kena tipu..

orang kepala batas delete 5 March 2011 at 06:42

frankly speaking,orang melayu mmg suka percaya bnda2 tahyul & khurafat cmni..air kencing riang-riang pun dianggap ubat..ade gak yg siap promote tmpt ni kpd bukan melayu utk ambil nombor ekor..astaghfirullah
produser2 filem lak sronok buat movie2 pasal hantu,akibatnya orang melayu makin taksub dgn hantu2
mcm ni ke orang melayu nk maju?

haha..klakar la pulak tk habis2 dengan banggang....gelinya minum air lebihan mengawan serangga ....cerdik pandai tolongla bg penerangan dengan jelas kt orang kg tu...dlm blog ni mana la baca,,,

Aku dah brape tahun tak tengok tv, aku mengadap pc & net je. Nak buat macam mane, tgk berita sumer berita tipu kelentong rakyat.

Drama pulak berlambak dari indon, dongeng2 pulak tu. Drama melayu pulak dari dulu sampai skarang tak improve, skrip cam hampeh, sikit2 skip nak bagi nasihat cam skip zaman 70an.

Cuba korang bandingkan skrip cite polis Malaysia ngan Amerika. Jauh beza. Skrip malaysia untuk bagi budak2 tengok je.

Contoh:-
Gerak Khas: "Sarjan xxx, tolong bawa bukti itu ke makmal forensik secepat mungkin supaya kita dapat mengesan siapa pembunuh itu berdasarkan cap jari yang terdapat pada pisau itu"

Tgk skrip malaysia, cam budak2. Tak payah la nak bagitau "supaya kita dapat mengesan siapa pembunuh itu berdasarkan cap jari yang terdapat pada pisau itu". Nampak sangat cam polis malaysia bebal sampai nak kena bagitau dengan detail, benda yang diorang dah tau.

Tu baru cite gerak khas, cite2 lain? Drama malaysia sumer sama je, plot recycle.

Sbb tu la skang ni aku ngadap net je, nak cite ape sume aku leh cari.

Hehehe... melalut lak aku pagi ni...

Semua Pernah Tengok dan Kena Burung Berak.
Siapa Pernah Tengok Burung Kencing???
Burung Minum Pakai Paruh, Sedut dan Dongak,Telan.
Semasa Burung Dongak Kepala,Dia Tengah Fikir... Macam mana Aku Nak Kencing.
Sebab Tu Org UMNO Perangai Macam Burung.

prcaya sgt bende khurafat camni....byk lgi bnde pnting dlm hidup ni......

keasihanya....begitu nipisnya iman umat Islam sekarang mudah sgt percaya kpd benda2 karut dan khurafat. mengaji ilmu mls tok2 guru/ustaz mengajar x mahu hadir...sedangkan org2 yg mencari ilmu itu dikira sedang berjihad.

Beginilah jadinya bila akal tak nak digunakan. Spatutnya siasat dulu sblum percaya dengan benda2 mengarut tu.

Pegi panjat pokok tu tgk sndiri dari mana datangnya air tu, tak pon amik air tu pegi wat kajian dulu. Bukan terus pecaya bulat2 dengan benda2 mengarut tu.

Nampak sangat bodohnya org2 yang percaya dengan membuta tuli tu. Siap pegi minum lagi air yg ntah dari mana asal usulnya tu.

pergi sembah matahari la....
bt malu org islam je...
ak nie yg jarang sembahyang pun tau benda2 camtu xyah layan sgt...

kesian, orang kampung suka cerita mistik

pengaruh cite2 mistik tv la..

hmmm.....
Apsal MiloSuam tak keluarkan artikel pasal harus SanaSini tgh naik gila mengarut dan mengutuk PAS.

Sekarang aku amat yakin yg Harus SanaSini tu memang tak layak jadi mufti dan sememangnya seorang yang buta hati dan gila kuasa.

inilah minda masyarakat melayu.....mcm mana laaa bangsa nak maju...sampai air kencing serangga pun nak minum....byk tengok drama indon kat tv3....

aku mmg sokong sangat statement ni..tv3 langsung takde beri info..tade nak mengajo manusia ni jadi cerdik dan berfikir secara bijak..banyak sangat drama tak berfaedah langsung takde moral..silap2 org bleh terpengaruh ngan drama2 yang tv3 ni siarkan..

minum air kencing cengkerik lagi bagus daripada di kencing umno.

kekurang ilmu sains..


EmoticonEmoticon