Wednesday

Polis syok sangat dengar ceramah di Merlimau ?



Kempen pilihan raya kecil dewan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.

Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir.

Menurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.

Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis.

Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan.

"Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak,” katanya.

Menurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar. [Pentas DAP dibakar]

Pada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.

"Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis.

"Terdapat ramai anggota polis di sini dan saya pasti perbelanjaan mereka mungkin sehinga berjuta-juta ringgit tetapi mengapa mereka tidak boleh menghentikan tindakan sekupumpulan remaja nakal itu?” kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.

Katanya, beliau akan menghubungi ketua polis Melaka jika kejadian seumpama itu terus berulang.

Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby.

"Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak.

"Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan. [Malaysiakini]


ReJaM© "Polis beribu-ribu orang syok sangat dengar ceramah di Merlimau, sampai kereta kena pecah pun tak sedar kah kah kah..."

9 comments

ingat ni WWE ke???

kite blh tgk beza antara org yg bertamadun dgn org yg xde tamadun... ak lalu kt jln berdekatan dgn merlimau pasir ade banner yg tulis 'HANJING ANUAR' dkt banner PR... dlm ati ak ckp ni org ade akal ke x? bnyak bende lain ko blh... ak tgk kbnyakan banner/poset PR xde plak nk mencarut kt BN...hrrmmmmmm....

Apsal ek mereka ni cam desperate sangat...
Kata YAKIN dengam sokongan rakyat pada BN,
Biarlah Anwar ke, sapa ke datang untuk bagi ceramah.
Chillax la... takyah nak koyak2 poster, nak pecah2 cermin,
Ni gaya macam TAK YAKIN menang yang lawak tu..
Aku cadang kepada budak2 asuhan BN ni baik terus je bakar rumah penyokong PAS, Langgar terus kereta2 penyokong PAS..
Lagi BAGUS..
Biar rakyat Merlimau tengok sendiri kejelikan puak Jahannam ni.
Alang poster gambar Nik Aziz yang diletak pada kemaluan wanita tu je dah cukup untuk membuat beberapa Pak Aji UMNO gelong kepala...Bagus!!

Remaja Prihatin.... delete 2 March 2011 at 16:02

PAS GANTI UMNO...tapi x perlu ganti gejala buroknya.....

hmmm..mrk mmg dah terdesak sgt..byk banner yg mengutuk kepimpinan PAS.ceramah mrk pn ade mengaibkan org..ala..ape nk diherankan..dah pemimpin atas takde otak..mesti yang bwh lg takde otak..

Polis Yg Ramai Hadir Semasa DSAI Ceramah tu, Dia Org Nak Dengar Sendiri Apa Yg DSAI Cerita dan Nak Membezakan Apa Yg BOSS Dia Org Cerita,Ituje. Dia Org Pun Pengundi Juga. JANGAN Anggap PENGUNDI POS tu Org BN Je. Wakil Parti Dah Dibenarkan Untuk Menyaksikan Perjalanan UNDI POS di PRU 12 Dulu.
Ada Anggota Yg Tertinggal Tempat Tugas Dia,Sebabtu ada kes pecah kereta. Buka Di Merlimau Jee, Merbelimbing,MerJambu,Merdurian dan Macam2 Merlagi Ada Kes Pecah Kereta Semasa DSAI Berceramah. Yg Pecah Kereta tu,Org ....Lah dan Merekani Tak Layak Lagi Nak Mengundipun

biasalahtu.. umngok memang macam tu... aku tertunggu2 komen dari pro umngok??? mana???

Tadi saya nampak ade 'Orang Pangkat Besar' tolong gotong royong,
Tadi saya nampak ade 'Orang Pangkat Besar' derma duit kat orang susah,
Tadi saya nampak ade 'Orang Pangkat Besar' ziarah semua rumah,
Owh....patutlah, ade pilihanraya rupenye...,
Kalau x de pilihanraya, mintak simpang la dorang nk wat semua ni,
...Dasar UMNGOK!! Rasuah Didahulukan Kroni Diutamakan....

ketandusan modal. diambang kejatuhan. sebab tu terdesak jer


EmoticonEmoticon