Wednesday

SMS palsu cetus keadaan cemas di Asia Tenggara



Sebuah mesej pesanan ringkas (SMS) yang memberi amaran kononnya radiasi di Jepun menuju ke negara-negara Asian telah menimbulkan suasana cemas di Filipina, Thailand dan singapura.

Mesej ringkas yang mendakwa satu laporan berita gempar dari portal BBC News itu menasihatkan orang ramai agar mengelakkan diri keluar sebaliknya diminta untuk tinggal di rumah.

SMS itu berbunyi "Kerajaan Jepun telah mengesahkan kebocoran radiasi di Janakuasa Nuklear Fukushima. Negara-negara Asean harus mengambil langkah berjaga-jaga"

"Sekiranya hujan turun, pastikan anda tinggal di dalam rumah bagi 24 jam pertama. Tutup semua pintu dan tingkap. Cuci kulit bahagian leher dengan betadine di kawasan kelenjar thyroid kerana radiasi akan menyerang Thyroid terlebih dahulu"

"Sila ambil langkah tambahan berjaga-jaga memandangkan radiasi akan menyerang Filipina pada pukul 4 petang ini"

SMS palsu itu dikatakan berpunca dari Filipina dan merebak bagaikan api yang marak melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun, pakar nuklear di Filipina menolak kebenaran mesej tersebut.

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Institut Kajian Nuklear Filipina (PNRI), kadar radiasi nuklear di Filipina berada pada paras normal sejak 14 Mac lalu, dan menyaksikan tiada sebarang peningkatan sejak letupan janakuasa nuklear Fukushima dilaporkan berlaku.


Sumber: [Free Malays]

ReJaM©

3 comments

Tak salah kita ambil langkah berjaga2.

puak umngok kata barang tak nampak mana boleh percaya

kerja sms provider kot...buat duit byk ooooo.


EmoticonEmoticon