Monday

Video seks, Jakarta Post perlekeh kredibiliti media Malaysia



Media Malaysia sudah mula menjadi bahan ejekan media-media antarabangsa selepas meletupnya video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim. Hari ini Jakarta Post mempertikai dan memperlekeh media Malaysia yang dikawal oleh Kerajaan berhubung isu video seks tersebut.

Kolum editorial akhbar terkenal Indonesia itu memuatkan pandangannya [Jakarta Post]dengan menyentuh siri fitnah terbaru terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan rakaman video lucah palsu baru-baru ini.

“Minggu lalu media tempatan melaporkan politik kotor terbaru Malaysia (kononnya) melibatkan Anwar Ibrahim dalam video lucah bersama pelacur di hotel.

“Timbul pertanyaan bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Anwar berdepan kes sodomi di mahkamah,” kata editorial itu yang turut menyebut kerajaan mengawal media untuk diperalat bagi merosakkan imej Anwar, sekalipun terpaksa melanggar etika kewartawanan.

“Media Malaysia tidak melaporkan mengenai orang dalam video tetapi menyatakan lelaki itu mirip Anwar bagi menjatuhkan kredibiliti dan integritinya di mata masyarakat.

Kebenaran dan pengesahan tidak dihirau apabila ia dijadikan alat propaganda,” kata tulisan, sinis.

Editorial akhbar itu turut menyelar tindakan individu yang terlibat dalam penyebaran video itu sebagai pengecut kerana menggunakan media.

“Sumber video tidak didedah, sikap mereka seperti pepatah Melayu ‘lempar batu sembunyi tangan’ kerana tiada sesiapa mahu bertanggungjawab atas penayangan video itu.

“Tetapi media arus perdana melaporkan berita itu daripada sudut pemerhatian mereka,” kata tulisan itu yang menganggap media seperti memberi tekanan kepada Anwar untuk membuat penafian sebagai satu bentuk gangguan sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Media meletakkan tanggungjawab pada Anwar untuk menafikan perkara itu, sesuatu yang kemungkinan akan membuatnya sibuk selama beberapa bulan dan bertahun-tahun, sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Kita pernah menyaksikan kes seumpama ini ketika Anwar dipenjara buat pertama kali tetapi dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Agong membatalkan kes tersebut,” kata tulisan itu lagi.


ReJaM© "Media arus perdana Malaysia jadi bahan jenaka antarabangsa kah kah kah..."

36 comments

aku ada sedara kat singapura, orang singapura pun duk gelak jer mende nie...apelah, wat malu jer...klau betul nk tuduh anwar, buat mcm mana islam suruh la dalam kendalikan isu zina..nie x..? asyik nk wat fitnah jer....nauzubillah minzalik

~remaja belum boleh mengundi~

mana gambaq blogger umno ni....dr td dok tunggguuuuuuu

kuba sama la kita tgu gambar blogger tu ni nk azan jap lg..

semua ini sekjap je nak jadi cerita basi buat yg ambil tau perkembangan.. tapi bagi orang2 di kampung,,ramai yg percaya pada utusan n the geng..pastu cepatla masukkan gambar blogger minum tue..nnt orang kata fitnah la pulak

hottest entry di blog khalis :
Kantoi ketika skodeng

5 Binatang paling bisa di dunia

Gambar miera liyana kini sopan

UMNO hidup bertunjangkan fitnah. Itulah kebenarannya! Fitnah itu datang nya dari sifat Dajjal! Maka dengan itu UMNO adalah cucu cicit Dajjal!

KEKAYAAN ANWAR SETARA HOSNI MUBARAK !!!?

Rumah Anwar Bernilai Rm 9 juta

Tatkala blogger-blogger pro-pembangkang begitu seronok membincangkan dan memfitnah sumber kekayaan Ketua Menteri Sarawak Phin Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya , mereka ramai yang tidak tahu ATAU sengaja meyelindungi bahawa individu ke-3 terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Lee Shin Cheng , ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia ada kiatan dengan Anwar.

Beliau bernilai AS$3.2 bilion dimana IOI pernah juga diterajui oleh bapa kepada Penasihat PKR DS Anwar .

Bapa DS Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rihman merupakan bekas ahli parlimen dan bekas Setiusaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Selepas beliau bersara, Dato Ibrahim telah menjadi pengerusi IOI Group dimana Tan Sri Lee Shin Chxng merupakan pemilik dan pemegang saham utama.
Dan dipercayai TSLSC adalah salah seorang proxy Anwar.
Belum dari sumber-sumber lain lagi....
Rupa-rupanya kekayaan Anwar yang diselindunginya ini menyamai kekayaan Hosni Mubarak!!!?

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ramai individu seperti Hosni Mubarak wujud di Malaysia sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, ini kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipercayai mempunyai kekayaan yang hampir setara dengan Presiden Mesir tersebut.
Katanya, jika Hosni yang kini berkemungkinan bakal digulingkan oleh rakyatnya mempunyai kekayaan AS$70 bilion (RM213.192 bilion), Anwar pun tidak kurang mewahnya.
“Saya ingin bertanya berapa nilai harta yang dimiliki Anwar sekarang sehingga beliau boleh ke luar negara dua hingga tiga kali sebulan selain, mampu membayar yuran guaman kepada Karpal Singh.
“Kalau proksinya sewaktu bergelar Menteri Kewangan dulu, terutama mereka yang digelar ‘empat budak hitam’ mempunyai kekayaan sehingga tujuh keturunan, cuba bayangkan harta Anwar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai mengulas dakwaan Anwar sewaktu berucap di Amerika Syarikat minggu ini bahawa ramai individu seperti Hosni di Malaysia.
Sehubungan itu, beliau mencabar ketua pembangkang tersebut mengisytiharkan kekayaan yang dimiliki serta kos guaman terhadap Karpal jika merasakan perkara itu tidak benar.
“Rakyat Malaysia nak tahu berapa kekayaan dia kerana selepas tidak berada dalam kerajaan sekian lama pun Anwar mampu menjalani kehidupan yang mewah,” katanya – utusan

saksikan juga kekayaan terperinci anwar semasa dan selepas beliau menjadi Menteri Kewangan dulu dan bagaimana beliau meng"kaya"kan kaum kerabatnya disini.

Inilah calon Wakil PM !!!

Sumber: Blog alehkayong

tok sah kata negara lain la...aku rkyt msia pn dok gelak kt politician2 malaysia

-dinobuzzzz

hebat resume...tpi hebat lagi resume aku..heheheeeeeee

Bekas rakan kongsi bapa Anwar merupakan individu ke-3 terkaya Malaysia

Tatkala blogger-blogger pro-pembangkang begitu seronok membincangkan posisi anak kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir dan adik kepada Najib Razak, Datuk Nazir Razak sebagai antara individu terkaya di Malaysia, mereka ramai yang tidak tahu bahawa individu ke-3 terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Lee Shin Cheng, ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia. Beliau bernilai AS$3.2 bilion dimana IOI pernah juga diterajui oleh bapa kepada Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim.
Bapa DS Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman merupakan bekas ahli parlimen dan bekas Setiusaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Selepas beliau bersara, Dato Ibrahim telah menjadi pengerusi IOI Group dimana Tan Sri Lee Shin Cheng merupakan pemilik dan pemegang saham utama.
Berita Harian ( 8 December 1998 ) melaporkan;

Bapa Anwar miliki saham 20 syarikat
KUALA LUMPUR, Isnin – Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengikutnya menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, mengamalkan kronisme, nepotisme dan kolusi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu membisu terhadap kepentingan perniagaan keluarga dan rakan rapatnya. Senarai Pendaftar Syarikat menunjukkan anggota keluarga Anwar dan rakan rapatnya adalah peneraju korporat yang penting.

Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.
Utusan Malaysia melaporkan pada 19 Jun 1998 sebagai berkata;

Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.

Pada 2 Mei 1998, bapa Anwar, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman, memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan 3,790500 saham Nissan Industrial Oxygen Incorporated manakala adik-beradik Anwar, Farizon memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan Marzukhi Memiliki 2,800,000 saham Penas Corporation.
Bapa Anwar juga menjadi Pengerusi bagi Syarikat IOI Corporation.
Berikut adalah petikan jadual dari majalah Asiaweek yang menunjukkan penerimaan saham yang diperuntukkan kerajaan yang diterima Ibrahim Abd Rahman.
109. Dato’ Hj Ibrahim B Abdul Rahman Nissan Industrial Oxygen Incorporated Bhd 3,790,500.00 10/6/97
Lam Soon Huat Development Bhd 400,000.00 4/3/85
Industrial Oxygen Incorporated Bhd 2,000,000.00 24/04/1993
- sumber mykmu.net
Dilaporkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, saham IOI group telah meningkat secara mendadak.
Puak pembangkang begitu seronok bercerita tentang kekayaan ahli keluarga Tun Dr.Mahathir Mohamad dan DS Najib Razak, tanpa menyedari bekas rakan kongsi bapa Anwar merupakan individu ke-3 terkaya di Malaysia ketika ini. Bagaimana boleh kaya? Itu anda kena tepuk dada, tanya Anwar bagaimana Tan Sri Lee Shin Cheng boleh kaya sehingga hari ini.
Filed under: Anwar Ibrahim

Sumber: Blog Taiping Mali

Media Umnongok KORUP...

Memang betol
Media arus perdana semua ikut telunjuk UMNgOk


Cari Kedai Coklat


Tempah Baju Murah Disini

nha, ini baru dikatakan rezeki..tak jadi pegawai kerajaan pun DSAI kaya..jelous k??

kaya kaya DSAI, xdelah dia menyusahkan rakyat..lagi di bantu adalah..ini barulah dinamakan DENGKI..dengki tak sudah2..

bukan mcm org disana, dah dok dlm kerajaan pun duit masih tak cukup2..kalo nak siasat pun xde masalah sbb DSAI bkn pegawai kerajaan..tapi kalo terheret juga ke mahkamah, inilah namanya KONSPIRASI..

**itulah, len kali..hidup tue jgn nak mnyusahkan org..**

lawan jangan tak lawan delete 28 March 2011 at 19:35

Orang yang merujuk kepada blog Alehkayong, harap dapat sertakan bukti serta fakta menyokong segala dakwaan anda.

Saya pun boleh cakap yang Najib kaya macam Mubarak sebab datuk beliau ( Tan Sri Haji Mohammed Noah bin Omar ) merupakan pemegang saham dan pengasas Genting Highlands Berhad, iaitu PUSAT PERJUDIAN terbesar di Asia Tenggara.

http://en.wikipedia.org/wiki/Mohamad_Noah_Omar
http://www.genting.com/history/index.htm

kan aku dah kata....malu la..negara lain main hujah politik dgn hal ekonomi, sosial...kita kat sila guna air mani, tilam, vid xxx....malu kat org....

aduh pedih dada,,,,rejam cpt jawab tulisan diorang tu ttg kekayaan anwar tu...cri sumber,,tp klu btl jalannye jadi kaya ape salahnye,,,,,gambar mana,,,,

UMNO mana tahu malu, hampa cakap apa pun,umno rasuah, umno penipu, umno kaki betina, umno perompak, umno perampas, umno banggang, umno bodoh, umno tengin, umno kebas bini orang. puak puak ni buat selamber aje.

ha'ah aku pon dok tggu gambar blogger umngok..

Hahaha...yg pencacai umno keluar cerita kt komen ni pasal crita kt blog pencacai umno buat pa.... sibuk ja kt sini.

http://www.iklan-mudah.com/planet/Mohd-Rafizi-Ramli-disekolahkan-Dr-Novandri...Edisi-Kantoi
sape2 boleh terankan x yg mana satu betul milo suam ke link diatas

lol...gelak aku baca resume anwar (tanpa nama yg post psl resume)..setahu aku la kan, yg lg kaya tu kroni2 geng songkok tinggi..cuba cek mukhriz mahathir, marina mahathir, rosmah mansor etc, brapa rmi dlm m'sia ni ade lamborghini mcm mukhriz? apa capacity rosmah pegi function oversea 5-6kali sebulan? dia menteri ke yg ade hak pki duit rakyat? tu la org ckp, bangkai semut nampak, bangkai gajah xnmpk, lain kali, ade akal guna jgn main sedap pos je..klu btol la anwar dlm vid tu, mana bukti? jgn menyalak mcm anjing kurap yg xde hasil

klau anwar ni harta bnyak2 dan hartanya diragui.tk de lah umno susah2 nak cipta fitnah..liwat la video sex la..baik gunakan harta anwar musnahkn anwar..bodoh umngok ni..

Tanpa Nama berkata...

aduh pedih dada,,,,rejam cpt jawab tulisan diorang tu ttg kekayaan anwar tu...cri sumber,,tp klu btl jalannye jadi kaya ape salahnye,,,,,gambar mana,,,,

----

Hahaha...yg pencacai umno keluar cerita kt komen ni pasal crita kt blog pencacai umno buat pa.... sibuk ja kt sini.

----

Sekarang baru hangpa tau Anwar punya kekayaan, senang2 ja kalo dia nak sogok, dengan harta dia yang melimpah ruah tu...

how come someone with title haji invested and earned money from gambling activity??

the political lads are out of their minds!!pots called the kettle black,I assume!!

Bodo ko ingat haji tu maksum ker???

media malaysia memang begitu,bangga dengan perbuatan buruk orang didedahkan....

lupe ke indonesia kan negara penjilat ANUwar? hahahah....

anwar xpyh keje pon dah tentu anak bini dya ahli parlimen...duet gaji anak beranak pun ad..xpyh la nk curi harta rakyat...lg satu anwar dah umo 60 lebih..kalo ikt logik xkan la dya gila kuasa lg nk jd pemimpin demi duet dlm umo cmni..

nak citer psal kekayaan nuar??... nape??... nuar tu menteri2 ker??... dia pegang? portfolio bnyk kementerian ker??... ok korg bole ckp dia pernah jadi TPM... masa tu la dia songlap.. kan??... kalau gitu naper UMNO x kuarkan bukti yg dia pernah songlap duit RAKYAT??... asik2... seks seks seks seks... tu pon bukti berterabur... x konsisten... x logik...

bekas TPM tak patut dpt byk tu je..ciput.

patut bekas TPM dok ada ratus2 juta. razak bagindo pun dok dapat 500juta dlm penjualan 2 kapalselam baru tu.

sokong di atas..kalau anwar menyeleweng, buktikan dan dakwa.

BaNgang dulu kini selamanya delete 29 March 2011 at 11:43

Korang yg kononnya buat pendedahan kekayaan di atas sudah2la nk mengaburi mata org lain. Klu berani dedahkan semua pihak pemerintah dan pihak pembangkang. Anak Mamakdey sbg cth ade ko brani dedahkan? antara orang melayu terkaya di malaysia, adik najib...kita buat siasatan menyeluruh yg adil dan telus..klu guna peguam negara guni petai aku reject lg x bole percaya

mungkin perkara ni jadi besar sebab kita negara islam? kalau kebanyakan negara antarabangsa yang mana penduduknya bukan beragama islam, mungkin pelacuran adalah perkara biasa tapi tidak di negara islam..mungkin....

adoi.. banyak benar la manipulasi politik... sampai maruah peribadi tak dihiraukan..


Mari tengok contoh manipulasi Media massa Benda baik boleh jadi buruk kalau dimanipulasi oleh madia massa. Jangan biarkan kita dimanipulasi. Mari baca dan tengok gambar di sini


EmoticonEmoticon