Berita baik! Saman ekor akan dihapuskan!

SEKALUNG tahhniah untuk Saudara Mahfuz Omar merangkap Ahli Parlimen PAS Pokok Sena kerana telah berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk membela hak rakyat terhadap saman ekor di bawah Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor, KASE.

Hasil gesaan berterusan serta memberikan kesedaran kepada rakyat terhadap saman ekor, maka Pihak Polis yang pastinya di atas arahan kerajaan, akur untuk memansuhkan sistem perangkap had laju yang disifatkan sebagai tidak mendidik rakyat, sebaliknya sekadar mengaut keuntungan.

Tiada lagi perangkap laju, secara tak langsung tiadalah lagi saman ekor [klik gambar untuk ke laporan asal berita].

Sebelum ini Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor, KASE menggesa orang ramai agar mengabaikan notis saman ekor yang diterima kerana ia bercanggah dengan perlembagaan untuk menyenarai hitamkan pemandu sebelum didapati bersalah oleh mahkamah rujuk sini [Jangan bayar saman ekor].

Gerombolan songkok tinggi tentu antara pihak yang gembira mendengar berita ini. Namun merekalah antara yang paling lantang menentang usaha pemansuhan saman ekor oleh KASE sebelum ini.

Sebelum ini gerombolan songkok tinggi mendakwa pihak pembangkang membenarkan pengguna melanggar peraturan dan memandu laju. Malah ada pihak gerombolan songkok tinggi yang mendakwa pembangkang mahu membunuh rakyat dengan menggalakkan kemalangan.

Walaupun ini salah satu tanda kerajaan ingin mengambil hati rakyat sebelum mengadakan pilihanraya, namun ia memberikan kelegaan kepada rakyat.


ReJaM© "Gerombolan nak sangat bayar saman ekor, buatlah demo depan Balai Polis Shah Alam, bantah pemansuhan saman ekor kah kah kah..."

18 Comments

  1. macam tak leh nak cayer je..

    -LA

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. sekarang bantah sebab kerajaan tak dapat sedut duit rakyat xD

    ReplyDelete
  3. good action from KPN and the team.SYABAS YB MAHFUZ

    ReplyDelete
  4. tu la. yg bayar berjuta2 sblom ni kena la bagi balik. duit air mata org smo tu. jwb la di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  5. MAAF, NAK buat pembetulan neh speed trap bukan saman ekor. milo suam penat kot. :) sibuk bekerja neh. dia kan selalu bawa pendedahan2 panas. :) rehat dulu pekena milo. :)

    ReplyDelete
  6. Bukanke lepas tangkap gambar speed trap dia hantar surat kat tuanpunya nombor plet tu? Kalau dia tahan dan keluar surat kompoun itu bukan bukan saman ekor, tapi kalau dia hantar surat itu namanya saman ekor. Jadi betul le kata milo suam.

    ReplyDelete
  7. Em betul lah kata milo suam, Ameno World ni yang letih kot hahaha

    ReplyDelete
  8. Jika "Saman Ekor" di mansuhkan, ada saman jenis lain diwujudkan? Risau "Saman Ekor" di mansuh tapi wujudkan jenis saman yang lebih mengikis.
    Kenapa perempuan suka tayang body pada lelaki
    FARISZ@AZ.Com
    Cara Buka Banyak YM dan Banyak ID pada 1 Masa

    ReplyDelete
  9. saman tetap ada...cm cara saje yg berbeza...dh tk dibuat secra bersembunyi sebalik belukar...dn operasi akan diwarwarkan

    ReplyDelete
  10. aikkkk penat aku dok htr komen psl saman ekor ni (tk bgi notis immediately)...org politik je yg dpt nama?

    ReplyDelete
  11. waris kedim harta bertuan23 April 2011 at 20:43

    aku ada gak saman ekor..tapi memang aku tak berniat pun nak bayar...setahu aku...tak pernah pulak aku langgar undang2 kecuali saman ekor je yg aku taknak bayar...tapi mungkin gak ada saman2 ciptaan baru akan menjelma nanti...

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah selamat duit aku, kalu x nazir yg dpt utk biaya emel 1 malaysia

    ReplyDelete
  13. Selama ini rakyat tertipu dengan saman ekor ini. Disebabkan KASE telah menyebarkan cerita sebenar disebalik saman ekor kepada rakyat, banyak rakyat menyedari. Dan PDRM sudah tidak mampu menutup rahsia saman ekor ini dan terpaksa memansuhkannya.

    Tetapi seperti biasa, UMporNO Barisan NajisB akan katakan "Demi rakyat, kami hapuskan saman ekor ini". Jika semua berdiam diri, rasanya saman ekor ini akan terus berleluasa. Yang kaya tetap UMporNO/BN juga kroni.

    "Teruskan usaha anda, Malaysia untuk rakyat bukan kroni"

    -Dr. LatiF-

    ReplyDelete
  14. amenoworld ni x tau ker speed trap tu la sama ekor...
    iaitu saman yg dikeluarkan oleh polis akibat daripada perangkap hadlaju...
    tanpa ditandatangan oleh pesalah trafik tersebut...
    dan tetiba ja surat saman dtg kat rumah...
    kalo kene tahan dan disaman oleh polis masa diorg bt operasi...
    yg tu bukan saman ekor..
    sbb kesalahan trafik yg kita bt tu sudah terbukti...

    ReplyDelete
  15. Saman ekor ni memang x effektif langsung....menyusahkan rakyat je...

    cuba tengok sapa yang speeding kat hway kita ni? Kete Spore..x pecaye gunakan lah plus arah ke selatan pd hari Ahad...bole di katakan 80% kete plat S*** ni over limit...dan ade ke diorang bayar saman tu?

    Dan apa tindakan pihak berkuasa kita?
    Sistem kite terlalu kuno...

    Kalu kat Spore, dia bole immediately tau utk speeding and other offenses dan terus block masa exit kat checkpoint tu...and kena bayar on the spot...
    Kenapa kite x leh buat system mcm ni...
    Sbb tu diorang x respect kat kite...

    Dan Penguasa kita senang sangat "settle tepi jalan"...

    Cuba-cuba fikirkan...

    ReplyDelete
  16. hm..kita bakar je.. hheheh...
    bagi aried, saman ekor ni mmg patut di hapuskan... bahaya2....

    ReplyDelete
  17. Memang x boleh percaya. Sy baru kena saman ekor 20/3/2011. Penipu betul kerajaan UMNO/BN.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan