F-tracker, Bagaimana memerangkap pencuri laptop anda?

KALI ini ReJaM© nak kongsi satu software menarik dan canggih ciptaan anak tempatan. Ia sangat berkesan untuk memerangkap pencuri laptop anda. Seperti yang kita tahu, banyak kejadian kecurian laptop yang berlaku, terutama di universiti. Sewaktu di Universiti, ReJaM© sendiri pernah hilang laptop memang tension gila masa tu.

Pernah dengar F-Tracker? Software ni dicipta oleh anak tempatan yang tension sebab dah tiga kali laptop dia kena curi. Software ni berfungsi sebagai perangkap, ia boleh menangkap gambar pencuri saat pencuri bangsat itu menggunakan laptop yang dicuri. Bukan saja gambar malah masa, tarikh dan lokasi pencuri (IP Address) tersebut berjaya dikesan dengan F-Tracker.

ReJaM© sendiri kini dah mula menggunakan software ni. Kalau laptop kena curi, berjaga-jagalah pencuri tu, memang malang nasib dia, gambar dia akan diserah kepada polis, dan diupload ke internet he he he. Kalau kawan sendiri yang curi, lagilah malang nasib dia kah kah kah.

Bagaimana untuk menggunakan F-Tracker?

Korang kena install F-Tracker dalam laptop korang. Saiznya kecil je cuma 73.88 kb, lebih kecil dari saiz foto digital biasa. Dalam masa yang sama, korang diberikan satu akaun beserta ID dan Password di Fulamak Network.

Bila laptop korang dicuri, korang hanya perlu login di Fulamak Network (Website khas yang berfungsi bersama dengan F-Tracker) dan istiharkan bahawa laptop korang hilang iaitu pilih MISSING, kemudian SUBMIT.


Sebaik sahaja korang pilih istiharkan laptop korang dicuri, F-Tracker akan mula menjalankan operasi menangkap gambar secara berterusan (24 jam/day) dari laptop korang yang dicuri itu secara senyap.

Sebaik sahaja laptop itu berhubung dengan talian internet, F-Tracker akan segera menghantar gambar-gambar yang diambil itu dan diupload ke dalam akaun korang di Fulamak Network, beserta dengan tarikh, masa, dan IP address.

Korang boleh login semula ke dalam akaun korang di Fulamak Network untuk melihat hasil operasi F-Tracker. Tindakan seterusnya terpulang kepada korang, nak report polis ke, nak upload gambar tu ke facebook ke ikut kepada budi bicara korang.


Harga untuk F-tracker ni ialah RM50.00. Tapi sebelum korang beli software ni korang dibenarkan untuk test drive dulu. Cuba uji dulu bagaimana F-Tracker ni berfungsi. Tapi korang cuma boleh test drive selama 7 hari je. Bayaran yang dikenakan hanya sekali seumur hidup dan korang boleh menggunakan software ini untuk melindungi laptop kesayangan korang yang tentu sekali harganya beribu.

Apa yang lebih menarik yang ReJaM© nak kongsikan kat sini, korang boleh dapatkan software ni secara PERCUMA kalau korang kenalkan dengan 2 orang kawan. Setiap orang yang membeli yang korang kenalkan, akan diberikan RM30.00. Jadi dapat dua orang pembeli, F-tracker dah jadi percuma, siap untung RM10.00 lagi.

Kalau korang berminat, sama ada nak beli software ni atau nak try je, korang boleh daftar dan explore sendiri dalam tu, klik sini [Fulamak Network]









ReJaM© "Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua pengunjung setia blog jalanan ni"


Update 4:47: Untuk maklumat tambahan, selepas berbual dengan programer F-Tracker, sebentar tadi, F-Tracker tak snap gambar ikut suka. F-Tracker memanfaatkan face detection system, ia hanya akan tangkap gambar semasa ada orang di depan laptop. Korang boleh Test Drive.

69 Comments

  1. kalo laptop zaman kuno cam aku ni.. yang takda build in kamera.. camna dia nak detek?

    ReplyDelete
  2. kalau laptop takde camera (webcam) tak boleh bro... hehe

    ReplyDelete
  3. kesian kat laptop yg xde webcam.. kalau jenis pencuri tu pandai, dia akan format terus laptop tu.. segala data n software akan hilang.. ada satu cara yg better, free tapi aku dh lupa ape.. hehe

    ReplyDelete
  4. Tak ramai pencuri yang tau ada software mcm ni bro sebab masih baru. lagipun kita boleh sorokkan software ni kat lokasi tersembunyi. Tak boleh Uninstall sebab password protected. =)

    At least kebarangkalian untuk jumpa laptop yang hilang ni lebih tinggi. =)

    ReplyDelete
  5. dah kena curi x dapat la ea??hadui.......

    ReplyDelete
  6. Dah kena curi tak boleh la bro haha...
    Sediakan payung sebelum hujan... =)

    ReplyDelete
  7. zaman skg laptop sume ade webcam bro...huhu

    ReplyDelete
  8. useless jgk.. kalo pencuri 2 format laptop sebelum guna.. huhu..

    ReplyDelete
  9. kalo dia online xdpt gak la kan gmbr tuh?
    tp kalo pencuri2 sume bace blog ni mcm mane? nnt dia leh wat software anti f tracker plak..hahaha

    ReplyDelete
  10. perghhh!!! terbaik..sesuai utk student..ada kes yg tertinggal laptop dlm keta..pegi shopping pastu abis semua lesap..kena promote ni software ni..

    ReplyDelete
  11. kalau wa kenalkan 4 org kawan..wa dapat free dan duit 60ringgit ke bro..hehehe
    -ArulchelseA

    ReplyDelete
  12. tak seswai untuk yang tak berkamera..

    ingatkan leh buat cam henset htc tu... detected via gps

    ReplyDelete
  13. bang...
    kalau dok luar negara boleh pakai x software nie bang?

    ReplyDelete
  14. cmne nk detect kalo dy xon9?? boleh ke bc ip adress??

    NAQIE!

    ReplyDelete
  15. cne nk test drive broooo??ngehehe

    ReplyDelete
  16. pe kate inovasikan kt hp yg ilang plk???skang ni lg byk hp ilang dr lap top knknkn...

    ReplyDelete
  17. Kepada 24 April 2011 3:35 AM

    kat luar negara pun boleh gak bro. yang penting ada talian internet.

    Kalau tak ada talian internet tak boleh detect. Biasanya kalau laptop tak connect internet, apa gunanya? Main game? Hahaha

    ReplyDelete
  18. Aku gune dah software F-tracker 2 bulan lepas..kebetulan la mmg nak kena si pencuri tu.Kantoi lepas 3 hari laptop aku hilang. die ingat dah selamat la bwk blk kg..depan2 die aku tunjuk gmbar muka die terpampang kat akaun fulamak aku. Kire F-Tracker ni terbaek la.. Pernah berjasa pd aku.

    ReplyDelete
  19. Mungkin laptop akan diformat,jadi software tersebut akan terpadam dari fail.

    Kalau kunci Akaun Computer memang boleh hack dan ia akan online. Tapi kalau kunci sistem bukan saja komputer xdapat format tapi sistem pun xdapat buka.

    sistem lock : warna hitam sebelum akaun dibuka.

    Kenapa perempuan suka tayang body pada lelaki


    Cara Buka Banyak YM dan Banyak ID pada 1 Masa


    Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video)

    .

    ReplyDelete
  20. Ala..klu takut pencuri laptop tu format ke..xde internet ke..korang xnak guna software ni..klu pencuri tu xreti format ke..balik2 uma terus on9 ke.. korang xtakut lak..hak..hak.. Aku nak kene beli ni.. laptop mahal leh beli.xkan benda murah yg nak selamatkan laptop mahal ni aku xleh beli..ape2 pun aku nak try dulu.. tq ReJaM coz share this.

    ReplyDelete
  21. nk pnjam gmbr kat ats tu bleh bro???nk share kat my blog la..hiii..boley x??

    ReplyDelete
  22. Persoalannya mudah je, software antivirus harga berpuluh ringgit setahun kadang sampai beratus ringgit boleh beli untuk protect laptop dari virus.

    F-Tracker ni pun utk protect laptop gak, RM50.00 seumur hidup, kalau nak dapat free pun boleh, kenalkan kat kawan 2 org. Boleh untung RM10. Apa pun terpulang kat korang, kalau rasa perlu bolehlah pakai, tak perlu tak payah pakai.

    Kalau laptop hilang beli je baru hahaha...

    ReplyDelete
  23. Haha..dah hilang baru sibuk nak jumpa bomoh..bomoh pun bagi la gambaran pencuri.bayaq lak kat bomoh RM50,balik tangan kosong.pastu lupa lak tok bomoh td bagi gambaran camne.

    F-Tracker ni pade aku sgt berguna gak. Siap leh print out lg gambar pencuri.bawak p balai abes cite..polis xpercaya cakp bomoh bro.hehe

    Leh dapat komisen lak tu..best2!! moto kriss pun pakai insuran bro.. harga lebih kurang laptop gak..bayr insuran tiap2 thun xde masalah.. ni kire insuran laptop la ni..tp bayar sekali seumur hidup..ok pe..

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum.. ermm.. bagus SW ni.. but still ada pro n kontra.. untuk pencuri yg x berapa cekap kebarangkalian untuk kita jumpa semula NB kita tu memang ada. Namun untuk pencuri pro harapan memang tipis la.. apa2 pun yang penting mencegah lebih baik dari mengubati.. kena sering berhati2 nak simpan benda2 berharga ni. Tapi kalau dah nama pencuri ni.. enjin jet yang besar tu pun boleh disonglap tanpa terkantoi apa lagi laptop yang boleh disorokkan dalam rambut bik mama ni kan.. hehehehe

    ReplyDelete
  25. Ok juga kalau beli , kalau laptop kena curi n pencuri "kurang cerdik",insyaAllah boleh dapat balik laptop.
    Yang penting usaha , samaada pencuri "cerdik xbertempat" atau "kurang cerdik" itu kes selepas dicuri.

    Bujang Susah : Bila enjin kena curi , kayuh guna kaki lah , haha...

    ReplyDelete
  26. Dah lama cari software mcm ni, Terima Kasih Rejam. Lisa dah daftar dah, nak test dulu kalau ok lisa nak beli software ni =)

    Adik Lisa hari tu baru ilang laptop, dia kata kawan dia yang curi, tapi takde bukti, burn macam tu je... rugi je beli mahal-mahal :(

    ReplyDelete
  27. maknanye kalo ade orang leh hack akaun F-tracker ni, die leh amek gmba pemilik lappy 2 sendiri.. Sebagai perempuan, sy agak takut la nk install software ni.. tp seyes mende ni bgus..

    ReplyDelete
  28. oo..sbab tu la bnyak gmbar peribadi leh bongkar balik tanpa disedari..salah guna pun boleh gak..especially org yg beli laptop 2nd hand..

    ReplyDelete
  29. klau la ak tau bende ni 3 minggi yg lepas....

    ak rase bleh tangkap pencuri yg ambik laptop ak ngan member ak yg kene kebas....
    5 bijik 2......

    nk try dlu klau bgos bde ni ak tros beli tok laptop ak sem dpn......

    ReplyDelete
  30. Software F-tracker yg dipasang di laptop kita boleh dihidupkan atau dimatikan kerana passwordnya kita yang tau. Jadi kalau org hack akaun kita, kita boleh tau dgn cara kita check akaun fulamak Network kita. Kalau ada gambar kita sendiri maknanya adalah org hack. Tapi kalau tak ada tak adalah org hack.

    kalau kita bimbang, just matikan F-tracker sewaktu kita guna laptop, then bila nak simpan baru on kan balik. simple =)

    ReplyDelete
  31. Kepada student yang berminat nak cari duit tambahan, bolehlah promote kat kawan-kawan di Universiti, dapat sorang je beli komisyennya RM30. Lagipun student lah yang biasa hilang laptop ni.

    ReplyDelete
  32. perh..memang dasyat la..i like!!

    ReplyDelete
  33. Aku dah daftar dah, memang cantik sangat ada software ni. Aku memang tgh nak perangkap seseorang, lepas ni taulah nasib dia...
    Terima kasih Rejam. Nanti kalau aku dah berjaya perangkap mamat tu, aku bagi testimony... i like...

    ReplyDelete
  34. boleh guna utk tablet tak?

    ReplyDelete
  35. abis tu kalau laptop kene curi pastu pencuri x on pun terus format.. camnana? x ker ilang software tu? x pun dicuri nya dan di jual 1 1 alatan dia cam hdd , ram, board, ???

    ReplyDelete
  36. hahaha...kalu dia xconnect internet?and dia tau cmne nk buang natang nie?

    ReplyDelete
  37. Takde benda yang perfect..Tp sekurang-kurangya laptop kite tu dah ditambah baik ngan F-Tracker ni. Kalau hilang atau dicuri pun kite masih boleh mengharap kat software ni untuk tangkap pencuri tu. Kalau software mcm ni xde maka xde harapan la nak jumpe blk. memang terbaek software ni. bangga aku ade org melayu yang boleh wat software mcm ni.

    ReplyDelete
  38. mcm MLM plak care dia jual~

    ReplyDelete
  39. Haha. ok la tu..dpt gak income..klu MLM produk mcm ni mesti senang nak jual. yg penting berbaloi.

    ReplyDelete
  40. memang bagus, saya pun bangga dengan anak melayu..

    tapi,

    pencipta@syarikat pengeluar software nie ada buat kerjasama dengan PDRM tak?? kalo xde, sia-sia jugak..sebab di pihak PDRM, mereka kena pertingkatkan jugak IT Division diaorang utk face recognition dgn IP address detection..hurmmmm

    ReplyDelete
  41. tambahan,

    dah macam CSI pulak..hahaha..bukan ape, takkan report laptop hilang PDRM kena bawak jumpa IT Divison kat US..FBI, CIA..cam lawak la plak..

    ReplyDelete
  42. salam.

    berdasarkan info, aku boleh simpulkan software ni berfungi mcm server utk trojan/RAT.
    (server di laptop user & client dikawal oleh Fulamak)
    cuma digunakan utk kebaikan & limited dr segi fungsi.

    just utk dptkan kepastian.
    ape jaminan dari pihak F-Secure sendiri yg diorang x kan manipulasi/salahguna software ni??
    maksud aku of course diorang blh ambik pic & ip kita bila2 masa.

    tu belum lagi risiko akaun Fulamak tu sendiri diceroboh.
    betul ReJaM© ada ckp kita boleh cek akaun kita.
    kalau ada gambar kita maknanya ada org dah ceroboh akaun kita.
    tp mcm mana kalau password akaun ditukar?

    aku ckp ni pun based on pengalaman main trojan/RAT ni dah lebih 10 tahun.
    bukan nak kritik software.
    cuma aku rasa ada cara utk improvekan lagi.

    thanks.

    ReplyDelete
  43. wah.. face recognition... aku buat final pojek nak detect buah cili masak dengan cili tak masak pon pecah otak pikir..

    ReplyDelete
  44. - Sufive -

    Um tak silap aku rejam ada bagitau kalau masa kita guna laptop ni kita leh off suis nya...bila kita tak nak guna laptop kita on je lah.. So simple. aku tak beli la sebab tak guna laptop hihihi..

    ReplyDelete
  45. nampaknye bukan saja komputer, barangan lain yg dicuri bersama komputer pun mungkin dapat balik kerana pencuri dapat dikesan. contohnya pencuri pecah rumah dan mencuri berang barang lain bersama komputer, sekurang kurangnya kita dapat cam muka pencuri tu... bagus, bagus ambo pun nak cuba guna F-Tracker sbb kg ambo, selalu berlaku pecah rumah yg sentiasa hilang komputer dan barangan lain spt brg kemas yg nilanya puluhan ribu..rumah ambo pun dua minggu lepas dceroboh pencuri, puluhan ribu brg kemas wang lesap... nampaknya dgn F tracker ku nak buat umpan pencuri itu ... kali ni padam muka pencuri tu ha ha...

    ReplyDelete
  46. macam mane lak kalo pencuri tu format laptop?? zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

    ReplyDelete
  47. Biasenye pencuri tu mesti godek2 dulu laptop yang dicuri bile die rase berada kat tempat yang selamat. So time godek tu F-tracker akan snap gambar muka die. Kalau internet xde, gambar akan disimpan dlam hardisk hingga ada talian internet disambungkan. Biasenye kaki pecah umah ni xreti nak format laptop.yang die reti cuma padam file2 gambar or document2 yang ade dlm laptop tu sblum dijual. bile dah jual mungkin si pembeli tu ade internet n gambar dpat diupload. F-tracker tu boleh dicopy ke mane2 folder kat hardisk..so sorok la folder tu kat destinasi yang sukar dicari. Software ni pun fungsi die untuk meningkatkan peluang..So bile ade peluang ni kan lebih baik dari xde peluang langsung. dan rasenye peluang nak tangkap pencuri tu pun agak cerah.

    ReplyDelete
  48. salam rejam...bole bg tau cmne dy akn bg komisen kalau kt jak kwn kita?

    ReplyDelete
  49. hahamemang terbaik punye software..emang ini yang orang ramai cari selama ini..haha

    ReplyDelete
  50. bro...nk copy!!!
    leh ea...t aku credt kn blog ko ni...haha...
    tq!!!~

    ReplyDelete
  51. Pencuri kurang cerdik24 April 2011 at 14:33

    mak oii cangih nyer,takper-takper aku tampal jer web cam ngan black tap kihkihkih...

    ReplyDelete
  52. mcm mane nak tau alamat pencuri 2 dari ip address??
    bleh jelas kan dengan lebih lg x??
    xguna gak klu tau ip address tp xtau alamat.

    ReplyDelete
  53. ada x software yg bleh snap gmbr perakam video lucah dato T?

    ReplyDelete
  54. Thanks Rejam, aku beli pagi tadi, lepas tu promote kat member bilik aku, 3 orang, tiga-tiga beli dan sekarang aku dah dapat RM90 hehe. Maknanya F-Track ni aku dapat free dan dapat untung RM40 haha.

    Tak pasal-pasal boleh untung =)

    ReplyDelete
  55. BAGAIMANA NAK KENAL PASTI PENCURI TU YE..KALAU PENCURI ITU ASYIK GUNA TOPENG BILA BUAK LAPTOP...MACAM KAT ATAS TU,,,HEHEHEH

    ReplyDelete
  56. Ok gak software ni. Macam antivirus la juga.. ade beberapa virus yg antivirus xleh detect. tp korang still guna antivirus sbb nak kurangkan risiko.F-Tracker ni pun macam tu la..ade beberapa jenis pencuri yg die xleh detect. tp kate org tu sbb nak kurangkan risiko je.. ip address tu pun penting gak tp klu dah ade gambar tu mmg dah cukup la tu. silap2 gambar mmber serumah kite yang kuar selepas laptop kite hilang..pernah berlaku woo..bukti je xde.

    ReplyDelete
  57. harap-harap skalian pencuri xbaca posting ni~

    ReplyDelete
  58. mohon dicopy utk dpanjangkan kpd rakan2 lain ye

    ReplyDelete
  59. ader sesiapa yg dh test x software nie berfungsi mcm mane ~ klau ader boleh share x ?? plezz ~

    ReplyDelete
  60. Bro Mohamad Syafiq

    tak payah tunggu testimoni, software tu boleh test 7 hari percuma. boleh tengok sendiri keberkesanan dia. Dah try dan puas hati barulah beli dan bayar. Daftar je dulu untuk test, ada informasi dalam tu.

    ReplyDelete
  61. Kawan dah pakai software nie. Bukan stakat pencuri je..member kawan yang CURI-CURI GUNA laptop kawan pun leh kawan tau.haha.. Vote untuk F-Tracker. Kawan puas hati sangt2 lah. Setiap gambar yg ditangkap mmg jelas tunjuk kat muka. xde pun gambar yg xde org kat depan. time bile die snap pun kawan xtau.haha..canggih..intelek..

    ReplyDelete
  62. isbro

    kalo da hilang, cne bro? haha

    ReplyDelete
  63. siap MLM lagi. hahahaha. cool

    ReplyDelete
  64. laptop kena online 24 jam ataupun fungsinya mcm gprs?

    ReplyDelete
  65. salam...tumpang lalu..
    nie utk yg ade kamera je ek??

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan