Friday

Fatwa dan hukum menyambut April Fool


Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur [Solihinzubir].

31 comments

pelik la kadang2 org melayu-islam ni. dah cukup perayaan kita ada, nak jugak cedok dr barat yg tah hape2 tu.

bro.....


aku jumpa link ni kat shoutbox you....

http://milomasam.blogspot.com

April fool sepatutnya bagi meraikan mereka yg:

suka membuat fitnah, menyebar video lucah, mengaibkan pemimpin yang baik, bersusah payah membodohkan rakyat, menutup penyelewengan, politik singkap kain, merogol golongan lemah amah, menyalahguna jentera kerajaan, menipu ICT = ICTipu dan undi pos utk menang pilihanraya secara bacul, golongan fasik dihormati, golongan baik dicerca, golongan pengampu dibela, golongan pembela dipenjara dll.

Dan April fool ini amat sesuai untuk mereka yg bacul tidak berani berhadapan pemimpin pembangkang dengan hujah dan kredibiliti tetapi masih terus berselindung dan menyorok dan mengharapkan kemenangan dengan menggunakan BONTOT saifool.

APRIL FOOL = SAI FOOL

masuk politik jap.. hehe
"Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran"

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/fatwa-dan-hukum-menyambut-april-fool.html#ixzz1IENXmMJG

So brader2 yg taksub politik cube pikir balik.. baik BN or PR.. pemimpin2 kamu ni suke sgt2 berdebat.. anwar ajak najib berdebat, khairi ajak husam berdebat.. beriman ke tak dog ni? bukn aku yg ckp.. nabi muhammad yg ckp.. xtawula hadis tu sahih ke tak..kalo btol sahih, berimankah pemimpin2 yg kamu sanjung ni? just thinking la bro...

*dorang.. Bukn dog ye..:)

hahahaa...JAKA, good one!! I like!!

Ntah pape

Luas lagi kupasan hadis tu, bukan semudah tu...
alim Ulama lalu menggunakan debat sebagai jalan menegakkan
kebenaran, juga jalan berdakwah. Imam Ghazali adalah salah seorang yang tinggi ilmu falsafah yang bijak berdebat dan berhujah.

Apa yg patut ditinggalkan adalah jika berdebat berdua, tidak melibatkan orang lain. Namun sekiranya ada org ketiga, kita harus utk berdebat sekiranya kita di pihak yg benar, kerana bimbang org ketiga akan menyangka seorg lagi sebagai pihak yg benar.

:) thanks rejam.

btol2,April fool nieh hanya sekadar memperlihatkan sikap Islam sekarang yg tidak mengetahui sejarah disebalik penyambutan Barat yg mempunyai seribu satu makna yg negatif yg mencacarkan kain putih Islam menjadi kotor dan susah utk dicuci.

bsng rejam,nak share kt blog sy ye...sy ltk link milosuam skali k..^^

Sedar tak sedar sebenarnye budaya menipu ni dah biasa diamalkan umat Islam kat M'sia ni bukan saje waktu AprilFool tp jgk waktu2 biasa. Lebih2 lagi budaya tipu untuk gurauan/hiburan(prank). Contohnye kat media bnyk perbuatan ni diamalkan mcm program Panggilan Hangit 'taik ayam' kat HotFM, Wakenabeb, Bang2Bodoh kat tv dan bnyk lg kat stesen2 radio lain. Jadi x hairanlah kalau budaya menipu ni diamalkan masyarakat Islam khususnya di negara kite. Sedangkan budaya ni Rasulullah S.A.W. dah ulang 3x celaka ke atas org amalkan perbuatan ni. Tapi org Islam tetap mencedok budaya Barat & Yahudi kerana inilah kesannyer apabila pentadbiran negara berasaskan sistem sekular dan AQ & Sunah tak dijadikan pegangan sepenuhnyer.

Ulasan @ ReJaM 9:51 - Betol tu Rejam. Sedangkan Imam Al-Ghazali pun berdebat dgn pakar2 falsafah pd zaman beliau kerana budaya falsafah dari Parsi dan Rom dah meresap dlm umat Islam mase tu. Sebabtulah Imam Al-Ghazali digelar Hujjatul Islam sbb kepakaran beliau berhujah mempertahankan Islam.

- Pemuda Bangi -

menipu..aku nrs kt Msia ni leh ltk satu lg tarikh yg sinonim dgn 1 April..hmm..16 September.

lps ni nk tipu org leh wat tym 16 September tu..buleh tipu satu negara, no hal.

salam...tak guna sambut april fool sbg umat islam..tahu tak apa sbnrnya sejarah april fool. kalau nak tahu pada hari ini la umat islam dibunuh beramai2 dgn kejam di sepanyol pd masa dulu.dan dari sini lah lahirnya hari april fool yg disambut mereka(kafir) sbg hari kemenangan mereka membunuh umat2 islam..anda leh cari sejarah april fool diinternet

Baru sahaja nak terangkan pada bro ntah pape tp rejam dh terangkan..... Janganlah umat Islam menyambut April Fool yg benar2 menipu dan mengenakan orang lain.

Jom debat demi keadilan.

-Abg Macho

haha 16 september ari menipu penyokong pakatan rakyat..

berani nak april fool dengan aku tapak kaki lekat kat muka,. haaaaaa

ade lagi org zaman batu duk sebut 16 september..
weh... apsal Facebook xleh bukak?? dia wat aprilfool ke apa??

org purba baru bangun dari tido lama dlm gua..bangun2 terus tanya 16 september.

ingat umporno ingat malas membaca .... hanya melucah je 24 jam

hi nama i jali..

i suka sangat tengok u,anyway i AMK kelana jaya.Kalau u free bg tau la yer,kita keluar mkn2..kalau sudi nak bermalam rumah i pun ok..dah lama mengidam

Hoi Jali,

Mana boleh, I dah ada apointment ngan BABY ni.. hauhauhau

MiloSuam blogger JAMBU delete 1 April 2011 at 16:02

Kah Kah Kah..
Kan gua dah kata gambar ko mesti tersebar punya
Dasar bapuk lu MiloSuam
Berapa Anwar bayar ko untuk liwat ko


Jom tengok wajah BAPUK blogger MiloSuam tajaan Anwar Al-Juburi yang kena liwat

http://mediawangsamaju.blogspot.com/2011/04/gaya-persis-gay-jamban-blogger-milosuam.html

milosuam..
parpukari, si gendut macam badan babi tu dok mengata kat lu.. anak ikan anuar. lu tolong check kat blog dia.. pastu bantai dia kaw2 sikit..

http://parpukari.blogspot.com/

milosuam..
blog gelombang wangsa maju mcm gampang..blog ni pn ngata lu jugk..create crite mcm pas bru minum todi je..nk menipu pn brtmpatlh...g bantai skit blog pencacai ni...

Real katak : renungkan ....

Citer sponge bob.... mermaidman ngan kawannya benicalboy.... banical boy marah kat mermaidman pasal mermaidman beli krabby petty kecil untuk benicalboy..so benical boy join ngan penjahat buat huruhara dalam bikini bottom...
Itu yang jadi dlm politik kita.. Ezam? Zul kambing? Zaid Ibrahim?? dan katak2 jahat yang lain....

blog si kari gendut tu mmg bodoh..ntah hape2 wat cerita bohong yg meloyakan..cara penulisan pun nmpak mcm bohong..mane ada org walaupun spesies sotong menjawab interview ngan cara mcm tu waimah dia bapuk plg hot di pasaran pun..dr gmbar pun x melambangkan dia bapuk yg gediks..agak2 la wei..

Ini adalah strategi puakx busuk hati nak tahu rupa sebenar MILO SUAM itu pasal dia buat cerita tu nak bagi MILO SUMA buat penafian dan tunjukkan wajah sebenar.

cube teka nama saya delete 1 April 2011 at 20:13

rasenye xpayah la kite nak ckp pape tah..asalkan x ikut jejak langkah mereka yg xbtol tu..insyaAllah ok la..ni da sampai sai fool sai fool.haha..

patutnya video seks dilancarkan pada 1 april......ha ha ha

kan dh umporno puak penipu. foto yg dikaitkan rejam tu pun mestilah tipu.

saja nk cari seorg lembut utk jadi mangsa konon penyokong nawar ramai yg lembut sebab mcm saifooool.

tkdapat fitnah anwar, dpt fitnah blog mcm ni pun dh seronok sgt puak jahanam fasik tu.

jgn layan la umporno gila tu.

Salam. minta izin share eh. tq :D

rasanya byk lg benda yg ada kaitan dengan hadis2 diatas selain drpd april fool. contohnya, panggilan hangit, bang bang boom, dll.


EmoticonEmoticon