Panas! Parti komponen BN Sarawak benci dengan UMNO

Pelik tapi benar, di sebalik laungan gerombolan songkok tinggi kononnya Parti Perikatan yang disertai mereka Barisan Nasional adalah parti yang sepakat, rupa-rupanya hanyalah retorik untuk menipu rakyat. Ini terbukti apabila Naib Presiden parti komponen Barisan Nasional Sarawak dilihat menakut-nakutkan pengundi dengan kemungkinan kehadiran UMNO di Sarawak jika parti itu kalah.

Dalam ucapan ceramah yang terbaru, Naib Presiden SUPP Datuk Tiong Thai King memberi amaran kehilangan majoriti dua pertiga BN Sarawak akan membuka pintu kepada kemasukan Umno di negeri terbesar itu.

Parti dominan BN itu tidak popular di kalangan bukan Melayu, malah di kalangan Melayu Sarawak.

Tiong juga memberitahu penyokongnya bahawa jika SUPP gagal menerima sokongan kali ini daripada masyarakat Cina, parti-parti seperti MCA dan Gerakan akan dibawa masuk untuk mengisi kekosongan itu [Msia Insider].


Parti komponen Barisan Nasional SUPP ini secara terang-terangan menanam kebencian kepada UMNO, Gerakan dan MCA kepada para pengundi di Sarawak. Jelas sekali menunjukkan di belakang rakyat, parti komponen BN Sarawak dan Semenanjung saling bermusuhan kerana bimbang kekuasaan masing-masing tergugat.

Apa yang jelas yang harus diketahui oleh rakyat Sarawak, selama ini di depan mata anda, Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud perompak harta rakyat Sarawak. Selain itu hasil kekayaan negeri Sarawak dibawa ke semenanjung untuk memajukan semenanjung Malaysia, sedangkan Malaysia Timur terus dibiarkan mundur walaupun memiliki hasil bumi yang banyak.

Sepatutnya bila banyak hasil bumi, semakin maju dan kayalah Sarawak, sebaliknya, Sarawak hanya mampu duduk di kalangan negeri-negeri mundur selama 30 tahun di bawah pentadbiran Taib Mahmud. Aram Meh Kitai Berubah!

ReJaM© "Hentikan pembodohan rakyat Sarawak! Jangan biarkan UMNO merompak hasil rakyat Sarawak!"

11 Comments

  1. hai org serawak org semenanjung pun dh jijik dg umno ni ,lu mau ke .pasal umno ni fitnah dengki kianat penipu rakyat,lucah.klau lu mau anak bini lu kna fitnah ,lu ambil lh .kami kt sini mau tanam ini umno.

    ReplyDelete
  2. Harap org sarawak mampu buat perubahan..Buktikan kuasa rakyat dalam negara demokrasi..ketepikan perasuah.

    ReplyDelete
  3. ke ke
    Rakyat Serawak memang untung..esok boleh lagi bersama BN menikmati kemajuaan malah kesejahteraan yang tersergam..macam biasa..relax jer tak lah kalau PR yang kelam kabut. Tengok jer apa yang diaorang buat kat semananjung..kosong jer!!! Serupa sapi..tau sapi? bukan baka bersusu ngaku susu dia...dalam rasepi nasi GAM tuh.Ake keke...Serius ni! di serawak PR dah over aksi:dah lah tak sepakat perbendapon dari awal2 lagi..samada penamaan/peletakan calon sampailah berebut kabinet dan siapa jadi ketua menteri..pas tu nak cerita buku jingga yang aku pun boleh buat..senang jer buat(bagi jer gaji one ringgit sebulan pun tak apa setahun pun ok.janji elaun jagn miss aaa..pakai air lior.Di blog ni ada hati nak kata dikalangan anggota BN membenci satu sama lain! SUPP cakap memang betul, kalau majoriti 2/3 lingkup maka penjarah PR semenanjung akan ambil alih nuan...oooooo bukan UMNO.(Itu dikatakan ayat pisau mata dua tu...) Hati2 kepada orang serawak besok anda akan dijajah secara politik jika tidak mengundi BN. PR terutama DAP akan cuba meletakkan bom jangka pada semua bumi(serawakian)putra. PKR akan coba meletakkan peledaknya. PAS tukang cari jalan arah sasaranya..ake ake...

    Selamat mengundi. Undi BN untuk kesejahteraan sambil membangun negeri. Menang menang!

    ReplyDelete
  4. buka pintu port klang mcmn? ok? undilah penyamun

    ReplyDelete
  5. Selamat mengundi. Undi BNatang untuk kesejahteraan lanun MTaib sambil membaham harta rakyat. Menang menang Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  6. kempen dah habis kt sarawak..bila lagi nk kempen saikologi,,,,mlm ni sama wt solat hajat d istiharah....

    ReplyDelete
  7. hai org serawak yang miskin tu cuba fikir kamu menyokong BN selama ini apa perubahan yg kamu nampak,TIADA.kamu bandingkn rumah kamu dg tiang pagar kroni2 BN,INGAT 1 TIANG PAGAR BOLEH BUAT 2 BIJI RUMAH KAMU.KAMU FIKIRLH MAU TAMBAH KAYA KRONI BN lg ke.tp utk sama2 rakyat rasa ie hasil negeri UNDILAH PR(PAS,PKR ,DAP)UNTUK RAKYAT.

    ReplyDelete
  8. Kalau kedudukan 50-50 mesti ada yang akan lompat.....BN jadi pilihan hati... RMJuta2 dalam masa tak sampai sebulan kerja...siapa yang tak mahu...
    Kalau PR menang....harga minyak,tol,saman ekor dalam pertimbangan akan diturunkan/mansuhkan oleh BN demi survival politik mereka...
    Penjara2 akan diindahkan sedikit kerana mereka bakal menghuni disitu selepas PRU13..

    ReplyDelete
  9. JANGAN kata org serawak 1MALAYSIA pun benci umno. orang semenanjung dh lama dh jijik dg umnobn ni.orang serwak ngri lu kya tp itu wang mna pgi.gua ksian lu punya rkyat mnyak susah o. mcam blum merdeka.jd mari lh kta sma2 undi PR yg brhmat untuk rakyat.klu itu yb BN mnang dia mcm tuan tanah manyak x,ma.mcam itu ngri BN punya.MA

    ReplyDelete
  10. BN Menang.. Yes.... Biarkan tambah serta besarkan lagi rumah orang2 BN sementara orang Sarawak duduk dalam tanah, kalau boleh kuburlah la kan...
    Boleh songlap lagi duit rakyat bebanyak2 untuk anak, bini, cucu, pompuan simpanan... Hahaha... Takpelah, in the end harta2 itu tak dapat menyelamat orang BN bila tiba masanya nanti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan